>

Isnin, 21 Mei 2012

bila anak masuk wad


Sunyi lagi blog ni sebab Mama Afham busy sangat-sangat tp pagi ni Alhamdulillah masih diberi kelapangan masa untuk saya mengupdate,walaupun selalunya memang tak sempat! sibuk dengan aktiviti yang tak akan pernah habis2 sebagai isteri dan Ibu..syukur ALhamdulillah dipanjat kan kepada ALLAH swt atas kesenangan dan kesihatan yang baik tika ini=) Sebut pasal kesihatan baru-baru ini anak teruna saya terpaksa saya kejarkan ke wad kecemasan di hospital BM atas sebab batuk berkahak yang tak henti2 disertai dengan demam,ini kali kedua afham demam teruk..selalunya bagi ubat demam afham dah beransur pulih tapi kali ni asyik mengamuk je bila kahak tak boleh keluar dari mulut..sementelah kita yang dewasa bila kena batuk berkahak pun rimas..tambah baby yang tak tahu apa. Ahad lepas saya merasakan yang batuk berkahak afham dah masuk tahap serius dah.sampai muaka merah2, Apa lagi, kelam kabut jumpa doktor kat Hosp BM.pergi ke bhgn kecemasan,siap afham kena masuk oksigen sambil mengamuk2 bukan sebab sakit tp sebab nak tidur..ehehe, lepas doktor bhgn kecemasan tu observe Sekali kene tahan wad dan refer pada Doktor pediatrik pulak dah. So, doktor bagi Reference Letter untuk jumpe pediatrik petang tu juga, memang kes kena tahan wad la ni..tapi takpe demi anak untuk sembuh berkorban je..banyak pulak prosudere masuk wad hosp kerajaan ni..dengan anak mengamuk di kendong..mujur lah ada suami..gilir2 nak tenteram kan si anak teruna ku itu,tunggu nak masuk wad pun dekat 1 jam..dok tanya tu dok tanya ni..tapi mujur lah saya sabar, dekat pukul 3 ptg juga baru dapat katil di wad 1,letak2 afham atas katil terus lena dia..en suami pula balik rumah ambil barang2 saya n afham Tunggu punya tunggu, bertegur sapalah dengan parents yang dok sebilik. Maklumlah, mulut ramah tamah. Huehueheu. Saja meramahkan mulut sebab perasan mereka jumpa doktor yang sama. So, nak tau apa yang berlaku pada anak parents tu. Sama kes dengan Afham. demam + batuk. Ramai juga kanak2 yang kene demam + batuk berkahak ni rupanya minggu tu.musim agaknya! Ada yang sampai berkudis2 macam kudis buta. Kasihan sangat. Kalau orang luar yang tak tahu, pasti takkan nak dekat dengan kanak2 ni. Pasti takkan biar anak mereka dekat dengan kanak2 ini, risau jangkit kononnya. Saya pegang kanak-kanak ni. Kasihan. Risau physiology mereka sebenarnya. Risau ramai orang tunjuk muka geli dan sebagainya. Sebab tak ramai yang paham. Hanya orang yang eczema paham perasaan orang yang dijangkiti eczema; Hanya orang yang gemok paham perasaan orang yang gemok; Hanya orang yang ada jerawat paham perasaan orang yang ada jerawat; Hanya orang yang jongan paham perasaan orang yang jongan; Orang yang tak paham selalu buat muka geli, buat muka sinis, buat kondem, buat ejek; Kan? suami hantar barang dekat pukul 5 ptg..bagitau dia dapat cuti kecemasan dua hari..tapi yang spoil dia tak boleh teman saya jaga afham sekali..maklumlah hosp kerajaan..uhuhuh..tinggal lah saya dengan afham je malam tu..dalam hati ni yang nak buat insurans peribadi untuk afham cepat2, kalau hosp swasta anytime boleh masuk,berapa orang nak jaga pon tak kesah..bukan sebab tak mampu nak jaga afham sorang2 tapi jeles sebab en suami dapat cuti,sebaiknya guna lah cuti tu jaga afham kan..ekekekek..!! setiap 4 jam sekali tidur afham di ganggu oleh kakak2 misi yang cun untuk masukkan antibiotik,ambil tekanan darah, nadi ,check suhu demam dan sebagainya..tidur mama afham juga terganggu ..tapi mujur afham tak mengamuk sebab lali dek penagan ubat rasanya..kalau tak habis satu wad dengar suara anak mama yang lantang itu.. ha satu lagi bila hari kedua di wad agak susah nak tidur kan afham ni sebab dirumah saya letak afham dalam buaian tapi di hospital..aduiii jenuh juge lah nak pujuk afham supaya tidur dengan nyenyak..kejap2 dia bangun..tapi penyelamat tika itu adalah ubat yang diberi oleh misi yang buat dia asyik nak tidur.. hari ketiga 2 orang doktor chinnese datang check di awal pagi..macam biasa si afham ni memang ramah gamaknya besar nnti, dia dah senyum2 dengan doktor2 tu,,siap buat bunyi bunyi2 lagi.. doktor tu kata " anak kakak cerdik la,comel n sangat kiut looo" mari adik doktor check!! lepas check dada atas bawah dia cek belakang pulak, doktor kata "ok tak boleh balik lagi yea baby..dada ada bunyi lagi!kita tngok esok plak macam mana".dan lepas tu afham kena masuk oksigen selang 4 jam sekali,pukul 12 dan pukul 4 pagi tak lena diulit mimpi la mama afham sebab afham mengamuk nak tidur tak mau pakai bendalah tu..apa boleh buat nak sehat kan sayang,,mama paksa dalam manja jugaklah..akhir sekali tertidur sambil melekap oksigen di hidung afham. keesokan hari nya pun sama juga, batuk dah tak teruk sangat cuma tetiba muka, kaki dan tangan afham naik merah..macam ken gigit nyamuk..~sampai ke kelopak mata, serius dah lain jadi muka anak teruna saya tu..dari mata bulat terus jadi sepet..entah la kenapa..terus doktor suruh stay sehari lagi kemungkinan alergic dengan ubat, tak sampai petang pun,merah2 di seluruh badan afham dah berkurang,tapi nampak afham sangat tak senang duduk..mungkin kesan dari merah tu buat badan dia jadi gatal dan miang..petang tu pon doktor ada datang..dia kata kalau dah surut merah2 tu esok dah boleh balik.. "ni bukan sebab ubat kalau sebab ubat dari hari pertama lagi dah boleh detect.. ni mungkin sebab hama atau sabun yang tak sesuai", tapi oklah merah2 tu dah kurang hari kelima kebetulan en suami cuti..jadi saya suruh dia datang awal sikit ganti tempat saya jaga afham sebab saya ada urusan nak settle diluar, nak daftar itu dan ini..last tershopink lakh kat jusco perda..alasannyer nak g amik duit je,,ihihi..beli bantal dan botol susu baru kat afham..balik tu dalam 12.30 tghri terus suami gtau afham dah boleh keluar petg ni..hiphip horay la saya!.. tak sabar nak balik rumah..masa kat wad teringat dirumah walaupun kecil tapi bagai di syurga..home sweet home!!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...