>

Sabtu, 12 April 2014

Nasi Ayam Bertambah =)


Kenapa tajuk post bertambah.. ehehe..sebab bila huda masak nasi ayam je suami mesti tambah dengan rakusnya..ahaha. bukan satu pinggan tapi tiga pinggan.. si isteri pun tersenyum sampai ketelinga..seronok tengok suami dan anak menikmati hidangan.. Alhamdulillah.. sebenarnya antara sebab lain kami dah dua minggu tak jumpa nasi.. konon nak diet nasi kejap..alih2 suami bagi cadangan suruh buat nasi ayam malam tadi.. terpaksalah akur dan hancur kejap diet atkins kononnya la semalam.ehehe Nanti di berikan kelapangan masa huda nak kongsi juga resepi nasi ayam yang sedap ni.. allahyarhamah mak huda punya resepi..dulu masa di Kem Banting mak ada belajar dengan tokei cina yang buka restoran nasi ayam di sana..tapi lepas diolah oleh mak..semua bahan digunakan yang halal sahaja., almaklumla arwah seorang yang peramah dan baik hati.. ramai yang senang dengan arwah,,tak lokek(kedekut) pon tokei cina tu nak bagi resepi.. Allahyarhamah rajin buat nasi ayam, ada orang tempah, makan utk anak beranak.memang terbaik..sampai kan abah sendiri kata..tak da siapa boleh lawan nasi ayam mak hang! oh terharu=) semoga bonda Hajar binti rafeah tenang di sana.. rindu kenangan bersama =)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...