>

Selasa, 12 Ogos 2014

Babies blink yang TAK ok


Assalammualaikum wbth..

Salam 15 syawal 1435 dah dua minggu kita menyambut lebaran penuh kesederhanaan..Alhamdulillah

Dah lama sebenarnya saya tak update blog ni..
panjang umur bertemu lagi kita kan..Alhamdulillah
idea banyak tapi masa tak mengizinkan..

malam ni nak cerita tentang satu produk yang agak hot dengan testimoni2 yang gempak2 belaka..

saya mula2 tahu pasal product pada bulan 5 2014 baru2 ni bila saya bertanya pada salah seorang seller tentang set skincare ni, untuk hilangkan bekas jerawat dan jeragat di muka.. dia pun sembang panjang lebar tentang babies blink ni..dia sarankan saya pakai produk ni sebab kononya la ada kelulusan dari pihak KKM..so percaya dengan seller ni saya terus order satu set macam dekat bawah ni disertakan sekali dengan serum.. konon pakai awal nti untuk time raya ni muka nak ala2 pinkish la konon macam nora danish.


dah pakai hampir 3 bln kesannya mula2 mmg flawless gila..suami pon tegur kenapa kulit muka berlain..lawa la kot..eheh..tapi bila dah masuk bulan ke3 pakai..jerawat batu tak henti2 keluar, macam nanah tu..sepanjang umur nak masuk 3 series ni tak pernah lagi dapat jerawat batu gedabak macam ni..Sejarah hidup pertama kali tu pun sebab pakai babies blink ni..hampeh sungguh,.konon nak lawa di pagi raya..sekarang ni ambik kau..muka dah jadi belacan..lagi teruk sebelum pakai babies blink ni..


since katanye produk bumiputera ada kkm bagai. .tak boleh percaya sangat dah dengan produk2 macamni even bumiputera pon. sakit betul hati..skrg sy dah buang set tu..mls nk prcye mne2 produk lg skrg ni...

testimoni skrg ni pn jgnla prcye sgt.semuanya nak lariskan produk masing2..

-
-
-
-


Dalam diam daku tenyeh safi semula...uhuhu

Rabu, 23 April 2014

abah aku dan kenangan april 2014


Petang rabu 16 april aku dapat panggilan dari kak nyah..bagitau abah aku dah dikerjakan ke emergency hosp taiping, sebab sebelum tu abah muntah2 dan sakit perut. tak lalu makan, asyik tidur.bila bangun akan pitam.kakcik yang bawa abah . Allah gelisahnya hati aku..

Suami terus meminta cuti kecemasan dari balai dan kami bertolak sebelum maghrib..

dalam perjalanan pulang..fikiran aku kosong.. diam dan kaku seribu bahasa.. kebetulan anak pon tidur dalam kereta.. suami tanya aku cuma jawab sepatah dua..

ini bukan kali pertama abah masuk wad..entah tak terkira dek jari..selalunya hati dan perasaan aku tak risau macam ni.. tapi hari tu.... jiwa aku kosong.. jauh aku termenung..

sampai di hosp taiping..dah pukul 830 malam..
aku tak kira walau pun bukan waktu melawat aku tetap nak naik atas wad 4c nak jumpa abah..
aku tipu dekat security tu kata.. doktor nak jumpa aku..padahal tak da pon..
kalau tak buat macam tu memang esok la jawabnya baru dapa tjumpa abah...

kami tiga beranak terus menuju ke wad c4.. di wad c4 pon ada satu lagi security..
minta pada pakcik tu aku nk masuk jumpa abah..dia kata sorang sahaja boleh masuk..

tambah pula anak aku ada waktu tu.. suruh en suami temankan anak dulu.. masuk terus buka pintu wad... pergi ke katil 16..sambil berjlan dengan langkah longlai dan mata tercari2 ..terlihat sekujur tubuh abah aku yang lemah di atas katil..

terus menuju kearah abah cium peluk dan sayang.. alhamdulillah tengok keadaan abah baik.. boleh bercakap dan bertanya khabar macam biasa.. kebetulan kakcik aku ada temankan abah dari pagi lagi..kesian kakcik tak balik lagi rumah mandi dan makan. abah tanya mana cucu dan menantu dia.. aku jawab ada dekat luar tak boleh masuk ramai2 sebab bukan waktu melawat.. abah hanya angguk faham..


setakat yang aku jumpa malam tu keadaan abah bertambah baik..alhamdulillah.. aku check buku rawatan di atas meja makan abah..tengok bp masa di kecemasan tadi.. 44/22 patotla abah pitam.. tapi lepas doktor masukkan ubat adrenalin utk mengepam jantung abah, alhamdulillah bp abah dah naik 107/60.. alhamdulillah ada peningkatan..syukur dan gembiranya aku..

aku sembang dengan abah..abah kata..dia kena cucuk dekat leher utk masuk kan ubat..ya aku nampakk..wayar berselirat dekat leher abah..aku nampak wayar berselirat dekat lengan abah..macam2 mesin ada..mesin ubat ada dua jenis yang masuk dalam badan abah aku guna wayar dari tengkok..mesin bacaan untuk jantung dan mesin tekanan bp abah..dia mengetus..punyala sakit doktor tak bius n buat hidup.. mentang2 la aku ni orang tua..cetus abah ku. aduhhh.. kesiannya abah..

aku kata dekat abah.."abah kena kuat semangat tau..sabar banyak2.ingat ALLAH je ye bah"dan abah aku angguk.."sabtu depan abah nak ambil pingat kan,kalau abah sihat nanti "org" belikan abah kerusi roda tu".

kebetulan abah berhajat nak beli kerusi roda jenis travel..yang ringan walaupun dah ada satu..tapi tak sesuai utk travel.sebab abah aku memang suka berjalan dan shoping..

tetapi disebabkan keadaan sakitnya itu..kadang2 abah cepat penat dah gerak langkah nya pun perlahan..

aku dah pun servey harga dekat penang..aku bagitau abah kalau abah sihat dan boleh keluar hospital..sebelum abah dapat pingat..aku belikan satu kerusi roda travel tu.. dia pon jawab "ok nanti abah bagi duit rm150" jauh di sudut hati aku dah bernazar.. kalau abah sembuh kali ni dan dapat keluar wad..memang aku nak hadiahkan kerusi roda tu untuk dia..

aku peluk cium salam abah aku minta maaf,aku minta abah ampunkan dosa2 aku.aku minta abah halalkan makan minum.
aku kata esok pagi pulak aku datang..minta izin keluar utk suami aku pulak masuk tengok abah..
aku jaga anak diluar.. suami aku masuk tak lama dalam 5 minit..kak ety sampai bawa baju sejuk dan bekalan ubat abah..
borak2 kejap tunggu kak ety keluar..suami aku senyap je..dia kata abah nampak sihat.. aku tersenyum kelat. =)

dalam kereta otw balik ke rumah kakcik aku di bukit jana.. baru suami aku bagitau.. dia kata dia peganng kaki abah n tangan abah dah sejuk..aku tak mau ambil tau apa maksud suami aku tu..


pagi khamis 17/4 .. semua adik beradik aku dah berkumpul di rumah kakcik.. mereka sampai pagi dari kl.. semua balik kali ni..
pagi lagi kak cik dah siap masak nasi goreng utk kami semua..kami bersiap2 terus ke hospital.. anak aku tinggal kan dengan suami..kak long ganti dengan kakcik rupanya waktu kaklong smpai dari kl..kaklong dah ada di wad.. aku tumpang kakcik dan kaknyah ikut serta .. sampai di hospital pukul 830pg.. dan seperti biasa bukan waktu melawat.. kaknyah naik dulu jumpa abah..yang lain semua tunggu di bawah.. sementara tunggu waktu melawat sempat juga kami adik beradik pergi ziarah tok menakan dan mak menakan sebelah abah di wad 17 hosp taiping.. alhamdulilah mereka semua baik dan beransur pulih..


Allah...aku tak mampu teruskan tulisan ini.. ;(

sementara kami pergi ziarah tok menakan abah .. kaknyah temankan abah di wad..bila time melawat kami pun naik jumpa abah. aku tengok muka kaknyah macam dah bergenang air mata..tapi aku tak tanya apa2.terus salam peluk cium abah..macama biasa waktu melawat penuh dengan adik beradik aku..abang ipar dan anak2 buah yang lain pun sampai. siap abah n kaknyah boleh cerita lagi pasal karpal singh meninggal dunia. rancak perbualan dua beranak tu. =) tersenyum aku dan yang lain.. di fikiran ku kalau abah kuat bersembang..abah dah sihat..alhamdulillah getus hati ku.

sebelah petang turn aku pulak jaga abah.. sampai ke petang aku duduk dekat abah.. 2 kali abah minta oat..dan banyak kali abah nak minum air masak..dia kata dahaga..aku tengok dari mesin2 yang berselirat di badan abah..aku tengok mesin utk bacaan bp dan jantung abah..masya ALLAH..beratnya sakit yang abah tanggung selama ni..mesin tu menunjukkan bacaan jantung abah ok.. tapi tekanan darah makin rendah..kalau pagi tadi..100/80.. ptg dah turun 80/60.. doktor kata mungkin sebab tukar ubat utk mengepam darah abah..bp abah turun balik...doktor akan tukar balik ubat yang semalam..ubat adrenalin..

pukul 130 ptg..abah solat hormat waktu ..sebab masuk waktu zohor. aku tengok je abah.. lepas habis solat...dia minta air masak lagi.. aku bangun kan abah dari katil walaupun abah boleh buat sendiri..abah sembang lagi..tapi tengok abah dah tak larat.. dia gagahkan juga sembang dengan aku.. sempat lagi ajar aku niat solat mayat.. terdiam aku tak kata apa..sambil2 tu dia pesan juga dengan aku..dia nak anak aku masuk sekolah tahfiz.macam2 kami sembang.. tapi abah dah mengantuk nak tidur.. aku biarkan abah lena..

aku tengok abah yang lemah.. aku tengok mata abah..hidung abah.. telinga abah..totally berubah..aku pegang erat tangan abah yang sejuk..macam2 bermain di fikiran aku..bukan masanya lagi..aku tetap yakin...semoga abah cepat sembuh doaku..

teringat kaklong aku ada bgtau..nurse2 yang dah kenal abah aku kata..awat pakcik masuk wad kali ni lain..tak ceria..abah aku senyum ja..

sementara abah tidur..aku keluar kejap pergi kantin..beli air dan kudapan..balik ke wad..tengok abah dah terjaga..abah minta aku bangun kan dia.. dan suruh tengok berapa bacaan bp dia.. "masih sama bacaannya abah" abah aku diam..

pukul 4 ptg waktu melawat ramai sanak saudara datang ziarah abah aku.. dia macam selalu masih bersembang rancak..siap nasihatkan itu ini pada adik ipar dan sepupu2 nya..

lepas habis waktu melawat .. abah tanya dah 4.45 ke.. dia nak solat asar..lepas solat..aku ambil kain tuala basah lapkan muka abah..tangan dan kaki abah..abah kata" awat muka abah berminyak ka".. aku kata " takdela abah.. nak bagi abah segar ja." abah angguk.. lepas tu abah dah tak banyak cakap.. dia minta ubat bawah lidah utk jantung.. dia kata dia sakit dada..lepas tu dia suruh aku ambil kan ubat bawah lidah yang satu lagi..kalau tak silap 3 kali ubat berganti..still sakit dadanya tak berkurang..

aku bagitahu doktor.. doktor akan buat pemeriksaan untuk jantung abah lepas tu..

habis waktu melawat.. kakak2 aku suruh aku balik..lagi pon dah pukul 7ptg..abang cik aku pulak nak gantikan turn menjaga abah pada waktu malam.. tengok abah nak tidur..aku salam peluk cium bagitau kata esok pagi aku mai pulak jaga abah..masa tu abah tidur..aku capai beg dan terus keluar..di luar..anak aku dan suami dah tunggu.. allah rindu si cerdik afham itu..dia nampak aku..terus peluk dengan geram sayang pipi aku kiri kanan.... dekat 11 jam tak jumpa afham. =)

18hb april
-
-
-
-
-
-
-
-
hari jumaat 18/4 tepat 8.27 pagi abah kembali kerahmatullah..kembali kepada penciptaNYA.. berjurai airmata mengalirr..hancur luluh aku mendapat berita itu..semalam abah berbual rancak..pagi ni abah dah tak ada..


sabar lah wahai hati..setiap yang hidup pasti akan mati.. hebatnya pengorbanan abah.. kuatnya semangat mu duhai abah.. bertahun abah bertahan dan berjuang dengan kesakitan.. 3 tahun 6 bulan abah bertahan..

semoga roh dan jasadnya tenang dan di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman.

Alfatihah buat allahyarham ayahnda tercinta Nayan @ aminudin bin che piah
dan Allahyarhamah hajar binti rafeah.

Isnin, 21 April 2014

Baju melayu abah dalam kenangan ..




Awal bulan Januari abah dah beli baju tu..

aku yang teman abah pi beli

bukan main suka lagi abah..

sebab 26 hb 4 2014 sabtu akan datang ni ..

abah dapat PINGAT JASA NEGARA dari SULTAN PERAK

dan ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

setelah 22tahun berkhidmat untuk negara..

dan 30 tahun bersara.

Segak takk abah aku...


-
-
-
-
-
-
-
-
-



tapi kan ....

abah tak sempat ambil pingat tu..

abah sempat pakai baju melayu hitam tu je malam tu..

katanya "abah rehearsal"

songkok hitam

kasut hitam

yang semuanya baru...

aku cuma...... sempat ambil gambar abah je.

macam allahyarhamah emak pergi seminggu sebelum aku nikah...

macam allahyarham abah pergi seminggu sebelum dapat pingat..

aku rindu cerita2 abah... cerita yang penuh semangat perjuangan,,cerita zaman kanak2nya..cerita sejarah2 lama.

aku rindu tazkirah abah tentang solat, niatt iman, amal.. shahadat..zikir..solat dll

aku rindu amarah abah yang cepat high tempure..

aku rindu coleteh abah tentang dunia politik semasaa..

aku rindu dapat panggilan dari abah hari2 semata2 nak bersembang dengan Afham..walaupun afham tak pandai cakap lagi..Abah tetap telefon afham hari hari.....

aku rindu suara abah.. suara yang makin perlahan tenggelam dek kesakitan.

oh abah,..
-
-
-
-
-
Dugaan dan ujian semoga kami adik beradik lebih bersabar.....

tapi kan..semuanya dah tersimpan kuat dalam hati.


apa lah yang ada dengan pingat, pangkat, harta benda dan lain..

amalan , sedekah jariah dan anak2 yg soleh juga yang kekal nanti....

alhamdulillah abah ada anak2 cucu2 yang soleh solehah.. mendoakan abah dan emak di sana..

semoga abah dan emak tenang setenang2nya di sana.. doa dan yassin hadiah terbaik utk mak aabah

karangan untuk abah..tapi mampukah aku menghabiskan sisa2 tulisan ini


oh abah dan emak tenanglah kalian di sana..setiap sujud ku..ku titipkan doa utk mak abah sebagai hadiah yang ditunggu semua ibu dan ayah di alam sana..


aku memang redho..
kalau aku tak redho sekalipon...
ape yang boleh aku buat....
keadaan tetap tak akan berubah..
jadi...redho tu mungkin adalah lebih baik tuk melepaskan arwah..
tapi di mata...tak mungkin dihati...


tetapi...
hubungan dengan Allah sangat rapat..[Alhamdulillah]

dapat aku lihat sehari sebelum kematian nya...
subhanallah....sangat besar petunjuk Allah..



in syaa Allah...aku yakin ade bahagian yang baik untuknya di sana...amin...

aku tak sekuat kawan2 sahabat atau orang lain...
mungkin aku masih belum benar2 sembuh dan tabah berhadapan dengan hakikat...


bagi aku ruang..dan sedikit masa..
biar aku 'sembuh' dengan care aku sendiri...



walaupon Afham mungkin tak paham lagi..
tapi satu hari nanti aku akan bagitau afham yang opah dan wan teramat sayang kan dia.

p/s :: arwah mak dan abah akan sentiasa di hati... tenang lah makabah di sana yer..semoga tak terputus ingatan dan doa aku untuk nya....in syaa Allah.....

selamat tinggal abah.. 1943-2014


Assalamualaikum..



Hari yang sedih , minggu yang sebak, bulan yang penuh kesedihan, tahun2 yang mendatang tidak lagi mendapat kasih sayang seorang abah..



abah dah tiada di dunia..abah telah dijemput oleh NYA pada 18hb 4 2014 pada pukul 8:27 pagi hari jumaat yang indah.

bertuahnya abah dengan hari jumaat..



Allah..dan bertapa perit nya kami adik beradik utk melalui hari2 yang mendatang tanpa abah disisi..

selalu ada sahaja nasihatnya, ada sahaja tegurannya, ada sahaja ilmu2 akhirat nya yang dikongsi dengan kami anak2 abah

tapi sekarang semua dah hilang..hanya kenangan terikat kuat di hati ini..




selepas 3 tahun 6 bulan emak dijemput olehNya.. kini giliran abah pula..kami anak2 redho ..

abah telah selamat kembali kepada penciptanya dengan baik .. jasad yang sempurna, walaupun di dunia abah di caci di hina.

takpa..kata abah "itu semua urusan dunia yang pasti ALLAH tak memandang hina dengan kita hambaNYA"

Allah... tabah nya insan bernama abah..



semua sudah ditetapkan oleh sang penciptaNya setiap yang hidup pasti akan merasai kematian..semoga abah ditempatkan disisi para syuhada..soleh solehin

Semoga emak dan abah dapat bertemu semula di sana ...emak adalah bidadari syurga kepada abah yang setia.


Al fatihah buat ayahnda n bonda tercinta
HJ NAYAN @ AMINUDIN Bin Che Piah
HJH HAJAR Binti Rafaeah

Sabtu, 12 April 2014

Nasi Ayam Bertambah =)


Kenapa tajuk post bertambah.. ehehe..sebab bila huda masak nasi ayam je suami mesti tambah dengan rakusnya..ahaha. bukan satu pinggan tapi tiga pinggan.. si isteri pun tersenyum sampai ketelinga..seronok tengok suami dan anak menikmati hidangan.. Alhamdulillah.. sebenarnya antara sebab lain kami dah dua minggu tak jumpa nasi.. konon nak diet nasi kejap..alih2 suami bagi cadangan suruh buat nasi ayam malam tadi.. terpaksalah akur dan hancur kejap diet atkins kononnya la semalam.ehehe Nanti di berikan kelapangan masa huda nak kongsi juga resepi nasi ayam yang sedap ni.. allahyarhamah mak huda punya resepi..dulu masa di Kem Banting mak ada belajar dengan tokei cina yang buka restoran nasi ayam di sana..tapi lepas diolah oleh mak..semua bahan digunakan yang halal sahaja., almaklumla arwah seorang yang peramah dan baik hati.. ramai yang senang dengan arwah,,tak lokek(kedekut) pon tokei cina tu nak bagi resepi.. Allahyarhamah rajin buat nasi ayam, ada orang tempah, makan utk anak beranak.memang terbaik..sampai kan abah sendiri kata..tak da siapa boleh lawan nasi ayam mak hang! oh terharu=) semoga bonda Hajar binti rafeah tenang di sana.. rindu kenangan bersama =)

Rabu, 9 April 2014

Genap setahun kami di Penang, genap dua tahun blog tak updated


Masa kejap sahaja berlalu , pejam celik pejam celik rupa2nya hampir 2 tahun huda tak update blog kesayangan ini.. ALLAH.. sibuknya dengan urusan dunia..urusan anak, urusan suami, sesungguhnya ku bersyukur padamu ya ALLAH masih dikurniakan dengan akal dan kesihatan yang baik buat kami sekeluarga. entah kenapa tiba2..lepas sahaja mengemas "opisku" workstation..di waktu yang sama afham juga telah tidur dengan nyenyaknya..huda bercita2 nak update kisah ku di blog semula..cerita angan2 ku,,cerita yang memberi memori indah di kala membaca blog ku semula,. kalau tidak,, nak tengok pun susah sebabnya dah busy dengan bisnes online dan anak.. Alhamdulillah rezeki afham.
mudah2 an.. di berikan kekuatan utk huda terus menulis di blog kesayangan ini.. afham pun sudah 2 tahun 3 bulan, dan kami tinggal di pulau pinang pun dah hampir setahun..

Rabu, 21 November 2012

malasnya nak update


apa nak buat..bila anak dah pandai nak mengemas rumah lebih dari mamanya..aduss..berganda jadi kerja mama afham tau.. dalam letih2 pun hati saya tetap seronok!! anak yang seaktif afham seminit tak boleh senyap kecuali tidur..ngeh3.. entry yang sebelum ni cerita pasal afham masuk wad kan...masa tu afham baru nak masuk 5 bulan..now!! afham dah 11 bulan.dah pandai berjalan n berlari diusia 10 bulan..ayoyo..cepat nya anak mama ni..Alhamdulilah!!tq ALLAH banyak sebenarnya idea yang nak di tumpahkan atas entry setiap kali saya online ..tapi apakan daya!! anak lebih diutamakn dahulu`.. jom tengok gambar2 afham bila dia dah dapat kaki.. =)

Isnin, 21 Mei 2012

bila anak masuk wad


Sunyi lagi blog ni sebab Mama Afham busy sangat-sangat tp pagi ni Alhamdulillah masih diberi kelapangan masa untuk saya mengupdate,walaupun selalunya memang tak sempat! sibuk dengan aktiviti yang tak akan pernah habis2 sebagai isteri dan Ibu..syukur ALhamdulillah dipanjat kan kepada ALLAH swt atas kesenangan dan kesihatan yang baik tika ini=) Sebut pasal kesihatan baru-baru ini anak teruna saya terpaksa saya kejarkan ke wad kecemasan di hospital BM atas sebab batuk berkahak yang tak henti2 disertai dengan demam,ini kali kedua afham demam teruk..selalunya bagi ubat demam afham dah beransur pulih tapi kali ni asyik mengamuk je bila kahak tak boleh keluar dari mulut..sementelah kita yang dewasa bila kena batuk berkahak pun rimas..tambah baby yang tak tahu apa. Ahad lepas saya merasakan yang batuk berkahak afham dah masuk tahap serius dah.sampai muaka merah2, Apa lagi, kelam kabut jumpa doktor kat Hosp BM.pergi ke bhgn kecemasan,siap afham kena masuk oksigen sambil mengamuk2 bukan sebab sakit tp sebab nak tidur..ehehe, lepas doktor bhgn kecemasan tu observe Sekali kene tahan wad dan refer pada Doktor pediatrik pulak dah. So, doktor bagi Reference Letter untuk jumpe pediatrik petang tu juga, memang kes kena tahan wad la ni..tapi takpe demi anak untuk sembuh berkorban je..banyak pulak prosudere masuk wad hosp kerajaan ni..dengan anak mengamuk di kendong..mujur lah ada suami..gilir2 nak tenteram kan si anak teruna ku itu,tunggu nak masuk wad pun dekat 1 jam..dok tanya tu dok tanya ni..tapi mujur lah saya sabar, dekat pukul 3 ptg juga baru dapat katil di wad 1,letak2 afham atas katil terus lena dia..en suami pula balik rumah ambil barang2 saya n afham Tunggu punya tunggu, bertegur sapalah dengan parents yang dok sebilik. Maklumlah, mulut ramah tamah. Huehueheu. Saja meramahkan mulut sebab perasan mereka jumpa doktor yang sama. So, nak tau apa yang berlaku pada anak parents tu. Sama kes dengan Afham. demam + batuk. Ramai juga kanak2 yang kene demam + batuk berkahak ni rupanya minggu tu.musim agaknya! Ada yang sampai berkudis2 macam kudis buta. Kasihan sangat. Kalau orang luar yang tak tahu, pasti takkan nak dekat dengan kanak2 ni. Pasti takkan biar anak mereka dekat dengan kanak2 ini, risau jangkit kononnya. Saya pegang kanak-kanak ni. Kasihan. Risau physiology mereka sebenarnya. Risau ramai orang tunjuk muka geli dan sebagainya. Sebab tak ramai yang paham. Hanya orang yang eczema paham perasaan orang yang dijangkiti eczema; Hanya orang yang gemok paham perasaan orang yang gemok; Hanya orang yang ada jerawat paham perasaan orang yang ada jerawat; Hanya orang yang jongan paham perasaan orang yang jongan; Orang yang tak paham selalu buat muka geli, buat muka sinis, buat kondem, buat ejek; Kan? suami hantar barang dekat pukul 5 ptg..bagitau dia dapat cuti kecemasan dua hari..tapi yang spoil dia tak boleh teman saya jaga afham sekali..maklumlah hosp kerajaan..uhuhuh..tinggal lah saya dengan afham je malam tu..dalam hati ni yang nak buat insurans peribadi untuk afham cepat2, kalau hosp swasta anytime boleh masuk,berapa orang nak jaga pon tak kesah..bukan sebab tak mampu nak jaga afham sorang2 tapi jeles sebab en suami dapat cuti,sebaiknya guna lah cuti tu jaga afham kan..ekekekek..!! setiap 4 jam sekali tidur afham di ganggu oleh kakak2 misi yang cun untuk masukkan antibiotik,ambil tekanan darah, nadi ,check suhu demam dan sebagainya..tidur mama afham juga terganggu ..tapi mujur afham tak mengamuk sebab lali dek penagan ubat rasanya..kalau tak habis satu wad dengar suara anak mama yang lantang itu.. ha satu lagi bila hari kedua di wad agak susah nak tidur kan afham ni sebab dirumah saya letak afham dalam buaian tapi di hospital..aduiii jenuh juge lah nak pujuk afham supaya tidur dengan nyenyak..kejap2 dia bangun..tapi penyelamat tika itu adalah ubat yang diberi oleh misi yang buat dia asyik nak tidur.. hari ketiga 2 orang doktor chinnese datang check di awal pagi..macam biasa si afham ni memang ramah gamaknya besar nnti, dia dah senyum2 dengan doktor2 tu,,siap buat bunyi bunyi2 lagi.. doktor tu kata " anak kakak cerdik la,comel n sangat kiut looo" mari adik doktor check!! lepas check dada atas bawah dia cek belakang pulak, doktor kata "ok tak boleh balik lagi yea baby..dada ada bunyi lagi!kita tngok esok plak macam mana".dan lepas tu afham kena masuk oksigen selang 4 jam sekali,pukul 12 dan pukul 4 pagi tak lena diulit mimpi la mama afham sebab afham mengamuk nak tidur tak mau pakai bendalah tu..apa boleh buat nak sehat kan sayang,,mama paksa dalam manja jugaklah..akhir sekali tertidur sambil melekap oksigen di hidung afham. keesokan hari nya pun sama juga, batuk dah tak teruk sangat cuma tetiba muka, kaki dan tangan afham naik merah..macam ken gigit nyamuk..~sampai ke kelopak mata, serius dah lain jadi muka anak teruna saya tu..dari mata bulat terus jadi sepet..entah la kenapa..terus doktor suruh stay sehari lagi kemungkinan alergic dengan ubat, tak sampai petang pun,merah2 di seluruh badan afham dah berkurang,tapi nampak afham sangat tak senang duduk..mungkin kesan dari merah tu buat badan dia jadi gatal dan miang..petang tu pon doktor ada datang..dia kata kalau dah surut merah2 tu esok dah boleh balik.. "ni bukan sebab ubat kalau sebab ubat dari hari pertama lagi dah boleh detect.. ni mungkin sebab hama atau sabun yang tak sesuai", tapi oklah merah2 tu dah kurang hari kelima kebetulan en suami cuti..jadi saya suruh dia datang awal sikit ganti tempat saya jaga afham sebab saya ada urusan nak settle diluar, nak daftar itu dan ini..last tershopink lakh kat jusco perda..alasannyer nak g amik duit je,,ihihi..beli bantal dan botol susu baru kat afham..balik tu dalam 12.30 tghri terus suami gtau afham dah boleh keluar petg ni..hiphip horay la saya!.. tak sabar nak balik rumah..masa kat wad teringat dirumah walaupun kecil tapi bagai di syurga..home sweet home!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...