Renungan sejenak....
Di mana letakkan perasaan? Kalau kita kata letaknya di hati, kenapa kita tak ber'hati perut' pulak ? Macamana nak menjaga perasaan seseorang? Selalu kita kata muhasabah diri dan berpesan-pesan kepada diri kita dan orang lain, tapi kita buat tak? Jangan cakap saja mudah, tapi tak ada hasilnya...
Kenapa Huda cakap macam ni pagi-pagi? Banyak persoalan yang timbul bila di depan kita konon nak tunjukkan contoh tapi sebenarnya dalam pada tu kita mengenakan dan menindas orang lain, tak ada perasaan betul..
Mari kita cuba baca terjemahan dari ayat Thoha surah 1 hingga 5:
Tho.. Ha. Kami (Allah) tidak menurunkan al-Qur’an ini kepada engkau supaya engkau menjadi susah. Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut. Diturunkan daripada yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. (Iaitu) al-Rahman (Yang Maha Pemurah), yang bersemayam (menetapkan pentadbiran-Nya) di atas 'Arash.
Amalkan hari-hari, biar lembut hati kita, banyakkan sabar di hati kita, sebab itulah moto blog Huda ni..Biar kita hidup susah kerana orang lain, jangan kita hidup menyusahkan orang lain.. Hari ini kita menyusahkan hidup seseorang, suatu hari nanti orang lain pulak akan menyusahkan hidup kita, harap-harapnya tidaklah..jadilah contoh yang baik dan seikhlas-ikhlasnya. Kadang-kadang sayu hati Huda ni kenapalah kita ni sukar nak jujur dan menunjukkan sesuatu kerja kita ni dengan tanpa seuatu niat yang baik.
Sesiapa baca ni dan tak ada kena mengena jangan terasa pulak, bukan huda nak menyindir, tapi inilah hakikat, kalau yang biasa buat dan sedarlah di mana kita sekarang..Hidup kita bukannya lama, entah kan hari ni dapat tulis kat blog, esok dah tak ada, tak sempat nak mintak maaf..
Cuba kita balik semula kepada kedudukan kita masa dulu-dulu, adakah kita buat semua macam yang kita hendak sekarang? Belum tahu lagikan, sekurang-kurangnya kita ber'perasaan' kasih' dan 'kasihan'...
Sendiri
Sendiri
Manempuh hidup
Tiada berayah tiada beribu
Sendiri aku berjalan
Tiada harta menjadi bekalan
( korus )
Belum pernahku kesali hidupku
Lahir kedunia pun begitu
Suka dukaku tanggung sendiri
Dengan ketabahan hati
Mana saudara manakah teman teman
Disaatku memerlukan
Kepalsuanmu makin menjadi nyata
Kemesraan sementara
Sendiri
Kadang menyiksakan
Kerna tiada teman bicara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan