>

Jumaat, 28 Januari 2011

SAYA, SUAMI DAN MENGADA-NGADA..


Dulu sebelum kahwin. Huda selalu dengar suami isteri tu saling melengkapi. Perbedaan tu kadang2 baik kalau pandai control dengan baik. Sekarang bila dah kawin, Huda mengalaminya sendiri tentang certain2 perkara…
Contohnya…apa yang Huda tahu tentang diri Huda…


Huda Seorang yang sensitive. certain2 perkara terlalu mudah terkesan di hati. so susah nak lupa something even dah lama jadik..Huda ni jenis mudah membuat sangkaan…sort 0f a negative thinker…pastu jenis terlalu memikirkan sesuatu…dan Huda orang yang detail…
Tapi Huda senang lupa benda dalam short term…contoh kalau Huda terpikir atau nak bagitau something…Pastu ada kucing lalu…i would lose the thing..jadi in case of benda yang dah jadik…mungkin keterkesanannya tu pon kurang…


Suami Huda pulak…dia pun ada sensitive dia..tapi terkawal…




Tapi En suami lebih think positive…I would say that dia berhati baik…orang yang bersangka baik…

Suami huda sangat concern okey!! dan pendengar yang setia..ikut je cakap..hingga satu hari di awal bulan perkahwinan kami..Huda baru sampai di Taiping dari KL, penatnya ALLAH je yang tahu, tiap2 minggu berulang alik kan , tapi huda tak ambil pusing pun semua itu.. penat dan letih huda tolak ke tepi.. balik berjumpa suami tercinta lebih bahagia!!.cewahh..hehehe

En suami dah pun berada di rumah Mertua huda di Kubu Gajah pada waktu itu..dan  menunggu huda pulang ,sebelum tu memang En suami ada call huda bagitahu dia nak jemput huda dekat stesyen bas malam tu..tapi huda fikir en suami baru balik kerja, mesti penat..then huda pulak akan sampai di taiping lebih kurang pukul 12 malam.dah lewat sangat kan.... huda yang suruh en suami stay sahaja di rumah mak en suami. en suami setuju.dan mengingatkan en suami supaya balik pagi2 esok hari nye ke Taiping. tak sabar kan nak jumpa suami tercinta..ehehe..

Huda  tunggu punya tunggu, dari pagi sampai tengahri tak nampak pun batang hidung,,uhuhu,,bila call tak jawab,.risau jugak..takpela.. biarkan aje..mungkin dalam perjalanan bisik hati huda.kejap lagi sampaila kot..selepas siap memasak dan pakai cantek2 dan  wangi2x huda berada dalam mood menunggu,..pukul 2 kalau tak silap baru dapat call dari en suami. en suami bagitahu dia baru bangun tidur..En suami kata dia penat dan tak terjaga. dan bla.bla..^_^ ..abang minta maaf ye.... :)

Tak pela.rasa macam nak nangis je time tu..tapi huda sabar.mood dah merajuk dah masa ni..eheheh. tapi still cakap elok2 ngan en suami.." abang 'tak payah' datang la kalo dah penat.. tido je kat rumah sana, lagipon esok abang dah keje balik.. "(dalam nada yang sinis) ehehe.. terlepas jugak dalam nak control tu pon.. kesian kat abang..tapi dalam hati tak bermaksud nak ckap camtu..minta maaf abang, huda cuma berharap agar en suami boleh baca hati huda waktu tu.RINDU YANG MEMBUAK-BUAK tau.En suami tanya lagi.. "betul ke tak nak abang datang" huda jawab " a'a betul.. tak payah datang..sambung la tidur abang tu balik lagi pun esok abang dah kerja malam" terus bagi salam dan tekan button merah..off air..uhuhuhu..

Dan akhirnya sampai ke malam huda tunggu en suami tak datang-datang ~!! Huwaaaa..nanges giler2 dah time ni.. en suami kal pon huda tak jawab..mood merajukk.. "padan muka ko huda!! tadi suami ko tanya nak datang ke tak..ko tak bagi kan suami ko datang"  terdengar  ada suaraa yang mengejek2 huda masa tu".ouchh..huda tersilapp! tersilap cakap..huh.tak de niat tak nak jumpe en suami,,cuma engat en suami faham emosi huda masa tu...datanglah duhai kanda datanglah duhai penyeri hati ku..~~~...dah  takde makna hokeyyy~~ ..esok En suami dah kerja..huhuhu..

Sebaik ada abah time ni..uhuhu..abah yang call en suami suruh datang..dengan alasan ada kenduri sedara abah..datang kejap pun jadilah abah kata.tp memang ada kenduri pon.kenduri bertunang sepupu abah.ehehe.agaknya abah dah perasan..mood huda yang swing, senyap dan tak keruan masa tu!!eheheh.TERIMA KASIH ABAHH!! ngade-ngade betul anak abah ni kan..ehehe.!! 

Esok pagi-pagi lagi En suami dah menghadap huda..time tu huda masih beradu di kamar lagi. lepas subuh landing balik.ehehe.." eh huda ko engat ape.. ko sultan ke hape..!! hak2x..
huda memang bukan sultan..tapi huda PERMAISURI di hati En Ayob.ehehe =P..
terasa ada orang disebelah huda..seyeess memang orang yang huda tunggu dan huda rindu..ehehe..buat2 tak terjaga..
Abang pegang tangan huda..abang cium tangan huda..abang kucup dahi huda.. n abang said..ayang abang minta maaf ye..auuwww sweeettt nyee!!! suka this momenttt. sayu beb!! terus jaga n nanges sambil cium tangan en suami minta maaf juga.eeheeh.." abang mc rini abang rindu nak jumpa isteri abang" ... huwaa.. lg la Huda rasa cam nak melalak.. baik sungguh en suami. sungguh menghargai perngorbananmu itu. I lOVE U



Dan satu lagi....... En suami seorang yang simple…lebih fokus..Huda nie benda2 tak penting pon nak detail…mungkin sebab tu En suami lebih bijak…=)




Okay..ini semua adalah pandangan dan pemikiran Huda semata-mata…


Sesungguhnya penilaian dari Allah itu yang hakiki…






Actually the main point that im gonna talk about is the effects of the difference above..


Knowing someone says something BAD about my husband would give BIGGER impacts to myself rather than himself..so if u d0nt really know him..please..please dont say anything…why?becoz it might be something hurt which would coz alfitnah , alchaos, albroken ukhwah and alkebencian…it’s the same goes t0 anybody else…what more if its ab0ut amal or ibadah…just leave it to ALLAH as HE knows BEST…



Alhamdulillah we r happy n0w … so please…please stop hurting…













~~Kenapa~~


kenapa menangis bila terasa keseorangan



kenapa menangis bila rasa tiada yg faham


kenapa menangis bila diri didatangi pelbagai ujian


kenapa menangis tika diselubungi rasa bersalah


kenapa takut apa yg dirancang tak jadi kenyataan


kenapa takut menghadapi takdir


kenapa berani menabur janji


kenapa berjanji jika tak yakin boleh ditepati


kenapa sedih bila impian tak tercapai


kenapa sedih bila disinggung sedikit


kenapa lemah memikirkan dosa


kenapa sering toleh ke belakang


kenapa sering rasa diri tak layak


kenapa terlalu melayan emosi


kenapa tak berfikir


kenapa tak cuba jd terbaik


kenapa tak cuba bahagiakan org lain


kenapa tak cuba hargai pengorbanan mereka


kenapa begitu?


dont be sad..


dont feel t0o bad..


talk t0 HIM..


He knows best..

SAYA SALAH SATU DARIPADANYA.


Ada perempuan yang ketika emosinya tak berapa bagus,,,



Bila ditanya sakit ke?


Dia jawab takdela sikit je.


Bila ditanya kenapa menangis?


Dia jawab takde la tadi gosok2 mata. Atau masuk habuk. Atau takdela menguap tadi.

 


Bila ditanya nak tidur ke nak makan?


Dia jawab nak tidur walaupun perutnya berbunyi2 dan badannya lemah.




Bila ditanya ada apa2 nak tolong tak?


Dia jawab takpe la dah nak siap pun sambil lap peluh.




Bila ditanya nak jalan2 tak?


Takpela penat la hari ni nak duk umah je.




Bila ditanya kenapa diam je muncung muka?


Takde apa pening kepala la letih sikit.




Tak pasti berapa peratus perempuan begitu.


Tapi yang pasti Huda satu darinya. =D









Khamis, 27 Januari 2011

MOGA BUKAN SAYA, BUKAN KAMU DAN BUKAN KITA



Wanita bertudung masuk ke surau. Tetapi rambutnya berkarat. Kemudian dia rukuk, sujud dan berdoa kpd Allah.





Wanita yang tak tinggal solat. Tetapi tidak betudung dan pakai baju jarang Nampak pakaian kecil yang tak sepatutnya yang berwarna warni.










 

Wanita yang tak tinggal solat. Tetapi berpegangan tangan dengan lelaki bukan mahram.





Wanita yang bertudung labuh dan tak tinggal solat. Tetapi sanggup memberi tubuhnya kpd lelaki bkn mahram.





Wanita yang mohon kebahagiaan dan jodoh yg baik dr Allah, tapi mengajak lelaki idamannya keluar dating tiap hari.





Wanita yang minta ampun setiap kali lepas solat, tapi dia melakukan dosa setiap hari.





Wanita yang bertudung labuh, tapi akhlaknya tak melambangkan imejnya.





DEDIKASI BUAT BONDA YANG HUDA RINDU




"Ya Allah, diakhirat kelak kau hadiahkanlah ibuku sebuah Mahkota yang sinarnya lebih terang dari pancaran matahari, Kau hiaskanlah ibuku dengan perhiasan syurga yang cahayanya menyinari sanubari, Kau serikanlah ibuku dengan wangian kasturi bidadari syurga, agar ibuku menjadi wanita tercantik yang pernah disentuh mata, agar ibuku menjadi wanita paling bahagia di Firdausi sana. Biarpun.."teman ku hanya lah aku

Isnin, 17 Januari 2011

kenangan terindah...


Setiap dari kita pasti mempunyai kenangan.samada indah atau pahit.adalah terpulang kepada kita utk menilainya.seperti yg lain, Huda jua punya kenangan.bukan satu, bukan dua dan bukan tiga.ya, terlalu banyak kenangan yg Huda punyai.rasanya tidak cukup satu hari seandainya ingin Huda ceritakan semua kenangan dalam hidupku....

bagi Huda, semua kenangan dalam hidupku terlalu inda..biarpun adakalanya pahit namun ia terlalu mengesankan.sehingga memberikan Huda satu pengajaran baru buat penerus hidup.ternyata kegagalan & kekecewaan semalam mampu menciptakan kejayaan & kebahagiaan hari ini...inilah yg ku kira indah.terlalu indah....

antara yg terindah.ialah lahir sebagai anak emak..Huda cukup bangga punya dia sebagai emakku...biarpun kini dia telah tiada...namun semangat & kekuatannya sentiasa ada bersamaku..mana mungkin Huda lupa wajah Lembut  itu...ia telah terpahat kukuh di dalam hati ini.kerna hanya itu yg Huda ada di kala kerinduan yg teramat.cuma satu, emak mungkin jauh dariku.namun, hati ini.hati ini masih terlalu dekat padanya.adik rindu emak, adik sayang emak....

yg terlalu indah.Huda masih punya keluarga & teman2 tersayang.kehadiran mereka dalam hidupku terlalu mengesankan.merekalah tunggak kekuatanku saat ini.tanpa mereka, entah bagaimana hidupku agaknya..Huda sayang kalian.....

Yang paling terindah dalam hidup huda..adalah dengan kehadiran insan bernama Ayob bin Mat Isa sebagai imam ku,suamiku & peneman di kala susah dan senang.tiada yg lebih indah melainkan memiliki cinta & kasih sayangnya.Huda bahagia..sgt bahagia bersama dia.dan saat ini, dialah segala-galanya dalam hidup Huda.moga dia cinta terakhir dalam hidup Huda..Abang~ janji dengan Huda.temani Huda seumur hidup...

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau peliharakan istana cinta yg telah kami bina ini....moga ia kekal tersergam indah hingga ke akhir nanti....

dan yg paling teragung...adalah Dia...Dia yg selalu di sisiku dan tak pernah jemu2 menemaniku...Dia datangkan Huda Ujian, Cubaan & Dugaan...namun setiap kali itu juga Dia kurniakan kepadaku Kecekalan, Ketabahan & Kekuatan....itulah Dia....cinta abadiku....

indah...ya, hidup ini terlalu indah sebenarnya...

Jumaat, 14 Januari 2011

Semalam Punya Cerita..Hari Ni ber entry..:):)


Rindu sangat-sangat!!....Kat sapa!!kat siapa lagi kalau bukan kat En Suami la.....:)

Seharian menunggu pangilan dari En Suami..Hampe dan bosan nya..
apa la sebok sangat En suami ni .. nak kata kerja malam ..
en suami kerja siang..nak kata cuti En Suami tak cuti.~Please lah Call Huda. laalalalal..


( Situasi Di pejabat)

Tipula kalau huda kata En Suami tak call langsung!!
memang ada.. pukul 2.44pm..ha..tgok Huda engat tau tarikh2 darurat camtu.ehehe ..
 tapi En suami miscall aje lah.huda tak sempat nak accept panggilan En suami..
Sebok dengan kerja..dah huda tak angkat sekali..
En Suami kena la cuba untuk kali ke 2-3 kali..
hurmm..En Suami tak buat seperti yang huda nak..huwaaa~~
Huda pon satu! kredit ada kan!! (sambil huda mengangguk kepala menandakan ada berbaki  Rm13.62,),,, ehehe.tapi kan..Huda cuma nak suruh EnSuami pujukkk huda..call la..pleasee...pleasee..huk3x.


(Masih situasi sama di pejabat)

 En Suami ada Ym Huda..sekali lagi Huda terlambat balas daaa.. ini bukan sebab merajuk dah..
tapi sebab memang banyak kerja
(situasi di YM)
abang:   salam
abang:   ayang...                                                       4.02pm







Huda: salam
Huda: abang...                                                                  5.02pm




(abang tak reply)but still online..... Huwaaaaaaaa...

kembali merajukkk..sob.sob!



offline ym                                                                            5.10pm






hunf..hunff..padan muka huda! uhukss


huh!! ada ka patot..ish3x. tak patot..tak patot..memang betul2x tak patot.. 



(Situasi MALAM sebelum huda merajuk) Kejadian di Rumah.ihihihhi...

Last night En suami call...memang hari2 en suami call..bergayut berjam-jam....macam-macam benda yang kami sembang..dari satu topik ke topik yang lain sampai tak sedar jam menunjukan pukul 12;30 am lepas tu kan  ( huda dengar ketukan pintu di rumah en suami " tok.tok.tok..Assalamualikum) dan cepat-cepat en suami nak letakkan gangang..
En Suami:   " takpala ayang abang nak berehat ni"
Huda:         " yeke abang...eleh..... abang nak berehat ke sebab kawan abang ada datang tu"......
 tiba-tiba dia gelak besar..ahahah...
En suami: " dia buat dahhh.. ahahah..
sakit nya hati.
huda: Assalamualikum.
Abang: walaikumusalam..berbaki gelak masih kedengaran..( tu yang geram)
Huda: sambil menekan button merah di telefon...:)
mood entah apa-apa malam tu!!


(Malam ni)

lepas makan malam dan solat isya' Huda terus tidur..wahh bestnya baring-baring.. dapat jumpa dengan katil selimut n paling mustahak bantak busuk!!eheheh..lupa dekat Rindu si buah hati tu kejap...lalalala

Huda terjaga dari enak nya tidur..sebab mimpi  bersama Arwah mak..Rindu sangat dekat mak..mengalir air mata kejap..tambah rindu pada En suami dan Abah

Mata huda tak boleh pejam..situasi yang tidak begitu selesa utnuk huda malam ni.huda tak dapat tidur..golek ke kiri tak boleh..golek ke kanan pon sama.."tak boleh jadi ni".ngomel huda sendirian.. huda bangun dapatkan tuala kecil dan terus menuju kebilik air untuk berwudhuk..Solat hajat n sedekah kan yasin buat Allahyarhamah bonda..semoga roh mak Aman di sana bersama-sama para solehin,,amennn..Alhamdulilah.. sedikit ketenangan dan kekuatan huda dapat dari berwudhuk..

Mula teringat dekat en.suami balik..RINDU yang sangat terukkk!!Huda cuba buat panggilan tapi tak jawab..masa tu dah pukul 1153pm...rindu bangett sehh...sambil tertidur dan bangun pagi handphone diatas muka..eheheh..lena sungguh malam tadi.:):)

(Pagi ni)

Huda bangun seawal 6.00 dah terpacak kat bilik air ( awal ke??pleaselah)..eheheh..sejuk bukan main..aishh..basuh muka,gosok gigi, syampo rambut,syampoo badan, basuh kain baju semalam dan pakai malam tadi bla.bla.bla( tu pun nak cerita ke huda!!..) uhuks..takpela blog huda kan..eheheh..dah selesai semua, masuk kebilik dan terpandang handphone di sudut katil.. sipi lagi nak jatuh..ehehe.. angkat hp sambil terpandang ...hah..~~ ada miscall.auww..dari abang la.ehehehe ..kan dahkata.. abang miscal sekali je..:):):).. tetap hati huda berbunga girang..tak kira la.. nak denga jugak suara suami huda yang seharian tak dengar..aishhh rinduusehhh:):)
Huda: Assalamualaikum abang

Abang: walaikumsalam ayang dah bangun...

huda: ayang dah bangun, abang call tadi ayang tengah mandi..maaf ye,..awalnya abang bangun, hari ni tak kerja kan..balik kampung takk..(Semua soalan utk En Suami kalo boleh huda nak tanya dalam satu nafas je..rindu woooo.. semua nak one shoot..ehehe

Abang: takpa..,hari ni abang off, abang tak balik kampung abang tak tidur dari semalam tau     ayangg..

Huda: abang buat apa.. ayang call semalam pun  abang tak jawab..huhuhuh..(ayat nak pay attention) ahahaha..

Abang: ayang pun sama, abang call ayang tak jawab...

(dalam hati abang merajuk jugak kah...ahahahahaha.. baru ayang tauuu..)

Huda: yeallllaaaa....(sambil tergelak kecil)..Assalamualikum...larikkkk!!!!eeheeheh




adakah sindrom orang yang nak PMS..alalala.. cik P nak datang ke.. tak bestnya..:(..
Mood Swing..huhuhu..



P/s: Abang yang terbaik untuk ayang!!!, ayang Sayang abang sangat-sangat!!!..semoga ayang lebih tabah dan namooo merajuk-merajuk dahhh.nak jadi positif thinker dan relevan dalam semua aspek..i can control myself if u can control me also..eheheeh..sebab ayang dari tulang rusuk abang yang bengkokk kan...:):):)
I LOVE U SO MUCH!!! ....

22.1.2010 tunggu Huda nak balik kampung..hoyeahh!!

Rabu, 12 Januari 2011

Gambar lama..


Dah seminggu huda tak update entry..asyik baca blog orang lain je..ehehe.
sampai rakan blog a.k.a sepupu huda kak @jann dah tanya dekat ruang chat. "mana n3 hari ni? ehehe..insyaALLAH akan di update dari semasa ke semasa..
maklumlah Sibuk dengan kerja yang menimbun di awal bulan..

Di sebabkan huda pekerja yang rajin dan dedikasi.cecewahhh..perasan!.
Huda dah laksanakan tanggungjawab dan amanah yang dipikul..dan tepat 12.1 time bersenang lenang..huda mula mencari idea  menupdate blog ini.!! hoyeaahh..Terimalah hasil ku..ehehe
 Nak cerita pasal apa yea..
:
:
:
:
:
:
:
:
:
jom2x.. release tension jap.... cerita syok sendiri huda ..eheheh

 

Pejam celik..pejam celik..semalam dah 4 bulan kitaorg kahwin..ALhamdulilah
Banyak benda baru yang Huda kena Explore dan belajar lagi...so far tak ada lagi masalah-masalah besar yang melanda, semua dapat di selesaikan dengan jayanya..semoga dengan kesabaran dan kasih sayang both of us akan bertambah-tambah..:):)

dan
:
:
:
:
:
:
:

 

agak2.. boleh tak Huda dapatkan badan mcm ni balik dalam tahun baru 2011??










p/s: ni gambar lama punya yea :)... jangan bandingkan dengan sekarang ni. dulu memang mak meletops.. hehehehe.. perasan pengsan :p






Selasa, 4 Januari 2011

Selamat Datang 2011.


Hakikatnya walaupun entry ini dah agak Basi.. tapi huda gagahkan juga untuk menulis.sebab kalau nak ikutkan Orang lain dah 4 hari masuk Tahun Baru, Huda baru nak hegeh-hegeh buat entry ni eheheh 'Selamat Datang 2011'. Tapi tetappp jugak nak buat entry neh. Tak nak jadi out-dated. Hehehe. :))

 

Kesimpulan untuk 2010 adalah sangat panjang. Tapi, tak ada hati Huda nak taip satu-satu nak cerita semua benda. kesibukan melanda bermula abahanda mula masuk wad pada 10.12.2010 dah hampir sebulan.letih penat usah ceritalah sebab huda berulang alik menjengok abah dari Hospital Taiping ke IJN..tapi demi abahanda tersayang huda rela.
nak dapat tittle anak yang solehah. :) Amen.


muka abah dah cebek, penat n lama kot menunggu.:)
cucu2 tersengeh di belakang.pantang kena snap.ehehe


menunggu sebelum dimasukan ke wad IJN





abang kecik huda dengan Abah.


Pn misi ehehe..



Abah telah ditolak ke dewan bedah

Apa yang best 2010?
AYOB BIN MAT ISA



Apa yang tak best 2010?
BONDA telah tiada(rindu mak):(



Apa yang Huda harap 2011?
BABY...





Alhamdulillah atas semua kebaikan dan keindahan. Syukur juga atas tiap keburukan dan kesedihan. Semoga Huda terus diberikan kekuatan untuk hidup bersama insan-insan tersayang.





P/S : 3 Januari - Happy Birthday to Chenot n Dik Nor



 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...