>

Jumaat, 16 Mac 2012

Majlis Aqiqah Si anak Bujang Part II


Alhamdulilah hari yang di tunggu telah berlalu dengan jayanya..kami 3 beranak pun dah balik ke BM..penat semasa majlis tu takde lah terasa sangat sebab semuanya main tempah n makanan order catering je.. cerita nak mula dari 2 hari sebelum berlangsungnya majlis si anak teruna sy tu.. cerita tentang 2 ekor kambing tunggangnya seekor hitam dan seekor putih..pada asalnya kambing yang ditempah hanya satu..disebabkan kambing boer yang kami beli tu memang besar berat nye pun mencecah 50kg dan kambing2 yang lain masih belum cukup umur..berbincang dengan suami dan abah sy..cukuplah sekadar seekor .....tup-tup seminggu sebelum majlis berlangsung..abang kandung sy abg firdauz telefon bagitahu dia nak 'sponsor' seekor lagi kambing, katanya sunat untuk anak lelaki dua ekor..dah kelam kabut abg kandung sy yang sorang lagi tinggal berhampiran dengan rumah abah mencari kambing tersebut.. ALhamdulilah jumpa di saat2 akhir Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing.
Untuk majlis aqiqah Muhammad Afham kami dah balik kampung awal 3 hari sebelumnya untuk membuat preparation..en suami bercuti selama seminggu..bukan senang tau en suami nak cuti panjang2 macam tu..workholic punya olang~~ ehehe..Pagi khamis kami dah membuat temujanji dengan ustaz yang menjual kambing untuk menyembelih dua ekor kambing di rumah nya...ooohh sebenarnya macam ni..kambing ustaz tu jual hanya seekor je yang warna putih tu sebab kambing yang lain tak cukup umur dan seekor lagi abg kandung huda dapat dekat kampung lain..terima kasih abg cho susah payah cari kambing yang seekor lagi tu..pagi pukul 8 kami dah berhimpun di rumah ustaz nak tgok kambing punya pasal..sampaikan afham pon saya heret dukung bawa pi tgok kambing dia...
kambing paktam ni special sikit...kambing kampung la katakan,., break first dia makan kuih je hari2 kata tuanya... ce tgok kambing putih kat atas tu..dia makan dedak kan!! kambing hitam tu tak sentuh langsung..tak de selera katanya!! eheheh
En suami yang sangat rajin..even dah upah orang untuk sembelih n melapah..dia tetap menolong orang yang bagi upah tu..dua2 kambing pulak tu dia lapah..ehehehe rajin kan!!
ok ni untuk gift tetamu lak..apam polkadot saya tempah dekat Parit buntar..mujur dia boleh hantar ke rumah..ehehe.
DIY bunga kertas untuk 200... wah tak sangka tangan sy berseni jugak..ambil masa dua minggu nak siap..kalau anak kecik tak kacau..sehari pon boleh siap dah rasanya..=) tema PUTIH BIRU + sape2 yang nak tempah tu dialu2 kan..eheheh
coklat ni pon homeade by kakak sy ..bagi RM 50 sahaja ..nah kau!! bleh dapat dalam 150 biji.. wahhh tempat lain 2 biji tu pon dah seringgit..eheheh..Alhamdulilah rezeki anak.
kan saya dah kata En suami saya sangat rajin...ihihihi
fancy cookies ni saya tempah dekat klebang ipoh.. petang sebelum kenduri tu pergi mencari2 dengan suami rumah kakak yang buat biskut ni.tapi memang berbaloi sedap sangt walaupun jauh..=)
taraaaaa.... ciktam dah siap di perap tinggal untuk dibakar je lagi./. abgcho dan En suami mengambil peranan nak buat kambing golek ni walaupun first time ...rasa dia tak menghampakan
dah masak sikit kan.. nak tunggu 12 jam baru betul2 masak..:)
goodies bag untuk tetamu.. buat semuanya 200 pcs made DIY sendiri tau En suami nolong print n gam..jimat tak yah nak beli beg mahal2 sebab last2 orang buang jugak kan.eheh..yang terlewat datang maaf ye kalau tak dapat..
ha ni nak citer sikit pasal marhaban..aduiii.. kelam kabut jadinya..maunye tak..janji derang datang pukul 1130 pg..tiba2 tersenggul depan muka pintu pukul 1030 pg..maunnye tak kalut dengan sy belom mandi lagi..duit untuk para marhaban baru nak isi..en suami pun baru balik dari kedai..anak belum pakai baju lagi..sebaik ramai kakak2 saya yang menolong..kelam kabut juga time ni..hurmmm sabor jela..
time marhaban ni afham tak sporting langsung..dia mengamuk sakan sebab tak cukup tidur pagi tu..mana tak nya ramai sangat peminat2 yang nak main dengan dia.saya pulak memang tak layan dia langsung..merajuk la gamamknye tu..eheheh..sian mama n baba dia yang memang dah sedia kalut dari pagi lagi ..
hidangan untuk para tetamu memang sedap..ada kambing msak kurma,ayam goreng berempah,kambing golek, ayam golek, air asam, kuih badak berendam, tepung talam.. macam2 ada.. =)
bapa n mak pengantin..en suami tetap sibuk time ni..tangah dia sebok2 tu..tarik jap tangan dia nak tngkap gambo..eheheh
ni hari kedua selepas majlis..sementara butik punya orang tak datang nak ambil balik buaian ni..kami bergamba lah dulu,,maklumlah semalam pengantin mengamuk sakan..memang tak sempat nak ambil gamba ngn si kecik ni..
afham tak suka duduk atas buai ni la mama!! please la angkat..eheheh
ha last but not least.. nila abgcik sy yang men"sponsor" seekor kambing untuk Afham..TERIMA KASIH ABG CIK
Sy dan suami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kakak2 dan abang2 yang sudi membantu menjayakan majlis aqiqah afham .. love all of u very muchh!!! Thanks jugak Pada yang bagi hadiah, Duit dan "salam" buat afham..sangat2 menghargai Rasa lega sangat bila majlis Aqiqah afham dah selesai.. pasni boleh lah pergi jalan2 dah kan.. =)

2 ulasan:

Mursyidah Ahmad Azam berkata...

sweet sgt putih biru - my feveret colour =)

tamarahuda berkata...

sy memang ingat biru warna feberet syidah n noya..eheheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...