>

Selasa, 21 Disember 2010

3 months!


I’ve been married for 3 months already


dan huda sudah pon berjauhan dengan En suami juga 3 bulan yang lalu…


siapa kata tak sedih..sedih sangat-sangat.


baru kahwin dah kena tinggal jauh-jauh.
Anyway, I’m not  to kept on bebeling about my sadness.


ok...cukup-cukup.




Huda cuma nak ckp pada En suami yang..






Huda sangat bahagia dapat suami seperti Abang!!!!!!!






Not because of every month abang habiskan duit Abang utk ayang shopink simpan. ehehe


Tapi sebab Abang pampered ayang with the love that I’ve never expected to get it from you before this.




You’d do anything and everything for me which baru-baru ni Huda bagitahu yang huda hilangkan handphone yang abang beri tempoh hari.. abang terus call ayang bagitahu," it's ok kita boleh beli yang baru", ayang ingatkan abang nak marah-marah Atau bebel-bebel kat ayang..ternyata sangkaan ayang silap. padahal hp itu tak hilang sebenarnya..saja ayang nak uji abang, abang begitu baik sekali, Alhamdulilah






Huda sangat-sangat Gembira..:):):):)




I’m speechless for what you’ve done for me for the past 3 months.


you're good son's for my parent in law and also my abah


abang imam solat ayang....i am proud of u. :)





abang guide ayang bila ayang dalam kebuntuan..

segala-galanya abangggg...







Huda berdoa sentiasa semoga hubungan kita ini bahagia dan tenang dalam menghadapi mehnah dan tribulasi dunia juga berkongsi kegembiraan dengan baby-baby kita yang comel nanti...amennn :)

Batuk dan terbatuk-batuk



Huda dan En suami kena batuk teruk nih…adehh…



Sakitlah sangat dada ni…dah 6hari macam ni…tak larat rasanya…cam nak kena semput yer jugak…



Sudah 6hari tak baik-baik batuk nih…telefon dan pesan jugak dekat En suami suruh pergi klinik…
dia kata dah makan strepsile, padahal sebelum tu dia jugak dah kata strepsile tak berkesan..ahahaha
takut jumpa doktor la tu.,ehehe :)



ubat huda pulak cuma minyak cap kapak dan gula-gula hacks (hanya aku cinta kau seorang)ahaha.. ayat2  old school dulu ..















p/s: Tergoda dengan suara seksi En suami bila beliau sakit tekak..hak3x..






..

Tako ku..


Semalam Huda dapat juga makan Bendalah ni setelah sekian lamanya..best2x.:) jumpa bendalah ni dekat Jusco One Utama.

Huda Pilih Tako Unagi.sebab rasa dia best, rasa tako ni macam rasa whipped potato yang dicampur dengan ayam goreng, dalam tu juga ada sayur kobis rasanya.digoreng guna acuan bulat-bulat..ish2x. comel sungguh.ehehee


Pertama kali makan  kawan bagi satu. suruh cuba,  mula-mula huda pelik,yela huda ni bukan jenis makan sebarang. pandai makan nasi dengan sambal belacan saja,orang kampung la katakan.ehehe.. tekad nak cuba, bila huda dah makan...~wawaaauuu.. sangat-sangat sedap. nak lagi ..dan lagi..



tako tao ni ada banyak pilihan ada yang letak udang, baby octupos, abelon dan lain-lain.. huda tetap pilih unagi selamanya.. harga seperti diatas. boleh tahan sebab unagi memang mahal :)




Selesai makan kami bergerak pulang ke office, sempat lagi huda snap gamba clicks huda :)
memang diaorang sporting sangat-sangat


 ;p si kuwus dan Pn kechik.. hak3x.

 huda dngn puan kecik :) status pun macam huda juga sekarang ni sebab suami dia dah kena kerja jauh... kita serupa pn kecik
uhuhuh!



jom
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
masuk kerja :) :)

Betul Huda Tidak Suka?


Pernah tak korg rasa mcm ni : korang kadang-kadang meluat sangat dengan perangai orang tu..meaning korang kadang-kadang tak boleh tahan dgn kata-kata dia,perbuatan dia..tapi end up korang tetap kawan dengan dia?


Itu la yg terjadi pade huda skrg nih..adei la..huda tak tahan la dgn sume nih..dengar die gelak pon huda menyampah tau..tapi Huda still kwn dgn dia..aduih..tak baik betul Huda ni..kengkadang Huda cube buang perasaan tuh..buang perasaan menyampah tu sebab dia bukan buat salah sangat pon dengan Huda..cume die tu mmg irritating dan suke tikam belakang je..lain2 hal,die ok..tapi tak tahu la..Huda tak boleh buang la perasaan tu..mungkin sebab dia tuh suke kan perhatian..ntah la,bg huda suke hati la die nk dpt perhatian ke hape ke..tapi tak tahu kenapa hati Huda yang semakin hitam ni semakin menghantui jiwa Huda..tolonnngg!!!stop it HUDA!!







Huda patut pick one option : either Huda berkawan dengan dia lagi dan buang perasaan tu atau jangan  kawan dengan dia langsung..but neither pon yang Huda choose..sebab dia ok bile huda tak berapa nk kwn sangat dengan dia ..so huda ambik keputusan untuk tak berapa nak kawan sangat dengan dia..tak boleh jugak sebab dia berada di mane2..hahahah gila betol la kes huda nih..betol2 gile..






Huda tak suke ada perasaan kejam macam ni terhadap kwn huda..sampaikan kalau huda ada rasa menyampah tahap gaban dengan dia dan rasa nak marah,Huda terus Solat..bagi hati dan jiwa tenang.ehehe memang yg ni,Huda tak boleh bendung langung..puas Huda tahan dan puas huda kuatkan hati dan tebalkan telinga..tak lut jugak..gerammm nyer!ape patut Huda buat..ape masalah huda..nape huda jadik mcm nih.................alahai…takmo la..

Pedihnya merasa Kehilangan...


Bila Allah cepat makbulkan Doamu , Maka DIA Menyayangimu , Bila DIA Lambat Makbulkan doamu , Maka DIA Ingin Mengujimu , Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu , Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu….






Someone gave me this line when i’m down..thank you..thank you for your compasion towards me..Anda ada sesuatu yang anda inginkan tetapi xdapat?anak,cepat naik pangkat, byr hutang cepat, beli rumah, dpt bf, dpt gf, kahwin..mcm2 lagik..so if anda tidak dapat apa yang anda mahukan, ingatlah :
Bila Allah cepat makbulkan Doamu , Maka DIA Menyayangimu , Bila DIA Lambat Makbulkan doamu , Maka DIA Ingin Mengujimu , Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu , Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu….






Ape yang Huda buat jika huda tak dapat apa yang huda tak dpt ape yg huda inginkan, huda akan lihat balik ape yg Huda dah ade skrg.dan apa yg akan berlaku di kemudian hari..berlaku in future..apa perancangan Huda..dan utk lebih cepat melupakan kekecewaan itu,huda akan duduk bersama kwn2…kwn2 yang sering bersama semasa susah n senang..mereka yang tidak perlu huda ceritakan dgn detail,ape yg berlaku..mereka akan faham sendiri..mereka akan berada di situ utk kita..dan jika Huda berada bersama En suami, sudah pasti dia akan membawa Huda ke jalan yg betul…En Suami juga akan hilangkan perasaan kelabu Huda...utk buat Huda tersenyum semula..bila Huda dpt semua ni,Huda akan rasa bersyukur sgt..bersyukur dgn ape yg Huda ade..family yg supportive..Abah yg paling sporting, kwn2 yg memahami, En Suami yg sememangnyer my other half..Huda mmg sgt2 bertuah..dgn segala2 yg berlaku dulu,kini dan akan datang..Huda tak sabar nk tau,ape lagik yg menanti Huda..ape lagik kejutan dlm life nih..ape lg kenanagan indah dan hadiah yang bakal Huda terima..Huda bersyukur sgt..Alhamdulillah…






Jadi,..if anda tak dpt ape yg anda impikan..lakukan cara Huda…insya Allah..anda akan merase kemanisan kekecewaan itu……………………………………………….

Isteri yang bekerja..


Huda ada baca satu artikel ini yang mengatakan tidak ada hukum ‘harus’ bagi seorang isteri untuk memikul tanggungjawab bagi keperluan kewangan dalam rumahtangga. Kedudukan isteri itu lebih mulia di rumah, menguruskan rumahtangga, menjaga anak2, melayan suami.
Semua itu tugas berat seorang isteri yang tak dapat dinilai dengan wang ringgit. Namun begitu, mendapat isteri yang bekerja juga satu bonus. Selain membantu ekonomi rumah tangga, boleh juga tambah untuk education fund anak2 atau kumpul duit pegi haji.



Keperluan kewangan dan keperluan rumahtangga adalah tanggungjawab suami. Namun, dalam arus hidup masa kin, menjadi lumrah bagi seorang wanita memilik kerjaya serta mengendalikan rumahtangga. 2x ganda lebih berat tugasnya itu. Sebaik2nya isteri tadi tak perlu bekerja di luar. Namun, adakalanya ada yang terpaksa akur membenarkan isteri bekerja untuk mencari rezeki, kebanyakannya dengan harapan hidup mereka dan anak2 lebih selesa berbanding zaman dulu2. Zaman dulu tak ramai yang dapat bersekolah apatah lagi belajar di universiti. Zaman sekarang manusia celik ilmu, masing2 mahukan yang terbaik supaya keturunan akan datang lebih improve. Makanya bagi memenuhi tuntutan2 tersebut, isteri terpaksa berkorban tinggalkan rumah keluar bekerja.




Suami tidak boleh memaksa isterinya bekerja, melainkan atas kerelaan dan persetujuan suami. Jika masing2 sefahaman mengenai apa yang ingin dicapai dunia dan akhirat maka tetapkan keputusan yang terbaik dan kemudikanlah rumahtangga itu dengan baik.



Wallahualam

Isnin, 20 Disember 2010






MInggu Demam





Menunggu nombor giliran makyang dipanggil


Hari Rabu Yang Lepas Huda dan kekty ( kakak Huda yang paling kuat mengusik) ehehehe.. pergi ke klinik Kesihatan Jalan Tupai kerana Huda demam panas, lepas melawat abah di wad Huda mengajak kekty ke klinik, sementara menunggu kekty memarkir kereta huda dan anak-anak buah huda iaitu annur, aisyah dan annis yang sentiasa nak mengekor menemani huda ke mana sahaja. Pada mulanya huda naik ke tingkat satu ke klinik pergigian di situ, nak check gigi dah lama rasanya tak pergi jumpa doktor gigi, hampir 7 bulan.ehehe.tapi entah macam mana. rasa badan huda dah lain macam pulak, berat sahaja rasa. tak boleh jadi ni dan secara kebetulan jururawat di situ memberitahu pemeriksaan gigi dibuat hanya pada hari isnin khamis dan jumaat, kesudahnannya huda dan kekty pergi dapatkan rawatan untuk demam sahaja..Huda nasihatkan kekty supaya dapatkan rawatan susulan untuk sakit tiriodnya. kekty bersetuju. kami pun pergi ke tempat pendaftaran.alhamdulilah sekejap sahaja nama sudah dipanggil,agaknya mungkin masa kami datang sudah menunjukan jam pukul 1150 am. semua pekerja dah standby untuk pergi makan tengahari agaknya. jadi jimat lah masa kami untuk hari itu.

Aisyah datang dekat ucu pujuk nak main dekat playground katanya :)


 Di bilik yang sama dan doktor yang sama, nama huda dipanggil dahulu, alhamdulilah tak ada apa-apa doktor bagitahu suhu badan huda agak panas. doktor surh berehat dan makan ubat. kemudian kekty menyusul, kekty agak lama berada di dalam bilik doktor , sementara nak menunggu huda ke kaunter farmasi untuk mengambil ubat, kesian dekat aisyah, annur dan annis. dah bosan agaknya menunggu ucu dan makyang dan nasib baik ada psp cu yob leh la layan mereka dari terus merengek nak balik.ehehehe tuptup batery pulak habis.. aishh.. mereka minta kebenaran huda nak main di taman permainan sementara huda menunggu nama untuk mengambil ubat. kekty pula keluar dari bilik doktor, dia datang dekat huda bagitahu yang dia kena ambil darah, sementara mata huda meliar memerhati kan anak-anak buah yang seronok bermain di taman permainan."seronoknya jadi kanak-kanak" getus hati ku, tak payah nak fikir masalah apa-apa :)

Selepas selesai mengambil ubat, kekty keluar dari bilik ujian darah bagitahu rawatan susulan untuk penyakit nya adalah dalam tempoh sebulan, huda kata  "tak apalah kekty janji kita usaha nak ubatkan penyakit tu, tawakal je. insyaALLAH". dan Giliran kekty pula untuk mengambil ubat, masa ni dah tak ramai orang, kekty serah transaksi dalam masa dua minit nombor giliran di panggil, Alhamdulilah, Allah permudahkan urusan masa kami pada hari itu..Terima kasih Ya ALLAH.

Misi tamat..eheheh..Tugas huda memanggil 3 sepupu yang leka asyik bermain di taman..ish..ish..ish.. dapat main tak ingat apa kan.:):)
ini aisyah :) kakak yang rajin insyaALLAH



ini annis @ chenis pandai bergaya time ambil gamba satu lagi dia kuat memerap.ehehe



ini annur @ chenot :) cita-cita nak jadi Doktor

Cerita Mimpi Huda


Tiga hari lepas Huda ada bermimpi errr. seram atau kelakar atau sweet. ehem.

 biar Huda cerita dulu. nak tahu~

 Huda mimpi ada baby dalam perut Huda. ehehe.

Best sangat masa tu.rasa macam betul-betul.dapat mengandung dapat bersalin..

Tapi masa bersalin tu huda rasa macam senang sangat sekali push dah nampak baby.

Suami jangan kata la time tu..gembira sangat-sangat.dapat baby perempuan yang sangat comel pulak tu, muka ada iras-iras wajah En suami.wauu~  mata bulat dan kening yang lobat.ehehe..persis hubby ku. Huda Suka! :)

huda sangat2 teruja saat itu seram dan sweet bagi Huda sama je..mana taknya secara sekejap huda dah dapat anak,

 terfikir juga huda, Huda bermimpi ke ni.dalam mimipi tu memang sangat2 macam reality situation.huda bangun terus cubit2x pipi.sakit auww..memang betul huda bermimpi..wuhuhuhu.

Telefon En suami..En suami kata mimpi tu mainan tido Ayang ..selalu yang kita mimpikan itu ia adalah disebaliknya.. memang betul pon time tu huda period..darah keluar banyak sangat lepas huda sedar dari mimpi itu.entahlah kenapa.? :(

masa mimpi tu, Huda siap boleh rasa pergerakan baby dalam perut..wauwau,..pengalaman jugak kan..best2x.

Mohon Doa dari kawan-kawan semua.mudah2 an huda cepat mengandung yea.:)

SEMOGA ABAH CEPAT SEMBUH..


Dah seminggu genap abah di hospital.

baru-baru ini abah dikejarkan ke wad C.C.U

kami adik beradik semua dah gelisah dan pakat-pakat balik.

sehinggakan kakak di oversea pun balik sekali.

risau berulang dua kali kata kakchik.

semasa hayat bonda ada dan dimasukkan ke hospital. kakchik tak sempat balik.

mungkinkah rasa ralat membuku di hati kakak ku itu. :(



adakah abah akan menyusul seperti Arwah Mak

oh tidak..

janganlah buat masa sekarang....

Ya ALLAH ku mohon sangat2 padamu.

berikanlah kesempatan untuk Huda balas semula jasa Abah.

dan segala limpahan kasih sayang beliau kepada kami adik beradik.

walaupun hakikat nya memang kita akan kembali ke sana semula.

huda redha ya ALLAH..cuma berikanlah kami sedikit kesempatan untuk lebih bersama Abah.

tak sanggup rasanya....

untuk pemergian kali kedua.

Arwah mak baru sangat pergi meninggal kan kami.

kami tak mampu kehilangan seorang lagi insan yang kami sayangi.



Huda tahu abah kuat semangat.

cuba bertahan ya duhai ABAH sayang.

rindu nak abah balik.

gelak ketawa abah.

usikan manja abah.

berleter abah dekat Huda dan Kekty(kakak Huda)

kesian dekat abah.

kena serangan jantung

dan paru-paru berair.

semua itu kesan dari abah seorang perokok tegar 15 tahun yang lepas.

 Wad D4 Hospital Taiping



 time ini abah tak sedar.baru lepas inject morphin.sian abah :( sakit sangat katanya.




 Abah dan kekty sebelum dimasukkan ke wad c.c.u




 Kakak2 di ruang menunggu( masa ni kekty demam)





Abang2 sedang menunggu di ruang menunggu wad c.c.u



p/s: tidak dibenarkan untuk mengambil gambar di wad c.c.u

Jumaat, 10 Disember 2010

Dalam Kenangan


Awal Muharam 1432 Hijrah sudah dilepasi dan 1 Januari 2011 sudah semakin hampir. Selama ini, jika Huda hendak menyasarkan azam baru untuk sesuatu tahun itu, Huda ada kriteria Huda yang tersendiri. Azam yang berbentuk perubahan positif untuk sifat dan hati sebagai seorang Muslim, Isteri dan anak, Huda sentiasa mengguna pakai kalendar Hijrah sebagai titik permulaan. Huda senaraikan apa yang Huda sasarkan dalam tempoh setahun itu. Bagi perubahan dari segi Keluarga, etika diri, cita-cita dalam pelajaran dan pekerjaan juga sasaran dalam setahun mendatang sebagai seorang Isteri dan anak, Huda menjadikan kalendar Masihi sebagai titik permulaannya.

Untuk kali ini Huda telah merangkumkan kesemuanya dalam satu senarai. Sebelum Huda mula menyenaraikan target Huda untuk setahun mendatang ini, Huda mengkaji dulu pencapaian Huda untuk tempoh setahun ini.

 
Alhamdulillah, sebelum habis beberapa hari lagi dalam tahun 1431 Hijrah dan 2010 ini, hampir 100% target Huda sebagai seorang Isteri, Muslim dan anak tercapai. Jadi sasaran Huda untuk tahun depan semoga apa yang Huda telah mulakan akan Huda teruskan selamanya dengan penghayatan yang lebih. Bukankah maksud istiqamah itu ialah berterusan dan semakin memperbaiki kualiti pekerjaan kita itu. Jadi, untuk tahun baru ni, Huda cuma nak tambah Enam.

Huda nak Bahagia Selamanya dengan Lelaki yang Huda cintai  iaitu, AYOB BIN MAT ISA.. lelaki yang Huda cinta luar dan dalamnya, hati dan jiwanya. Manja dan mengadanya. 'Cool dan Sabarnya", Bertanggungjawab dan romantiknya.,Senyum dan jelingnya,.dan Huda berniat dalam tahun 2011 ni, Huda nak dapat kan CAHAYA CINTA kami. En Suami pun sudah beriya-ria nak kan baby, kalau lah baby boleh beli dekat mana-mana. Hari ini jugak huda pergi Beli.:) Kita jauh kan.Tapi setakat ni belum ada rezeki lagi..Sabar ye Abang ..Huda lagi tak sabar. Uhuksss..
pst: En Suami sebelum Nikah lagi dah siap cari nama untuk Baby.ehehehe.

Huda nak bahagiakan Abah Huda, Tuan Haji Nayan Bin Kamarudin hingga ke akhir hayat beliau. Huda tahu,Huda bukan lah seorang anak yang baik. Kadang-kadang nakal, Kadang-kadang degil. selalu kecikkan hati Abah.Tetapi Huda sayang Abah Huda Sangat-sangat pst: huda anak manje abah.ehehe tapi selepas nikah kekty pula ambil alih..huwaaaa


Huda nak keluarga yang sungguh-sungguh bahagia. Ye, macam keluarga Huda sekarang.


 
Ada K'LONG yang  sanggup berkorban untuk adik beradiknya yang lain
 
 
 
 
Ada K'NYAH yang mengambil berat dan baik hati. 

Ada ABGCHO yang Tegas dan penyayang
 

Ada ABGCHIK yang senyap dan disiplin tapi bernas dalam memberi pendapat dan dorongan untuk Huda,
Ada KAKCHIK yang Sempoi, pemurah dan baik hati sangat-sangat selalu dapat hadiah yang hebat-hebat
Dan juga KEKTY terlalu rapat dengan Huda tapi selalu marah dan membebel tapi sangat amik berat kesusahan adik dia yang seorang ini yang ni 2 kali ganda punya kalut..ehehe.impian Huda untuk mereka ini; moga talian persaudaraan ini takkan putus atau menerima panahan mata jahat sesiapa, amin.

Huda Juga semakin sayang pada Keluarga En Suami malah, Huda bersyukur kerana dilayan begitu baik oleh keluarga ini. Impian Huda untuk keluarga ini, Semoga MAK JAMILAH (tempat menumpang kasih selepas pemergian Allahyarhamah bonda) ABAH MAT ISA, KAKAK2 IPAR, ABG IPAR, ADIK AN DAN ADIK SITI bahagia selamanya.







SAHABAT.. yeah, insan yang dulunya Huda letak di tangga ke-3. (lepas En Suami datang je, terus jatuh di tangga ke-5...) Tapi percayalah SAHABAT, kamu semua tetap dalam hati Huda sampai bila-bila. Paling penting, Huda nak kongsi seribu impian & bahagia Huda bersama kalian... (this one Huda dedicate to LAILA FAEZAN, DIANA ABDUL WAHAB, KHAIRUZZAH BHARUM, SUHANA MATZAIN,SHAZAIMA CHEROSE, NORHAYATI AB TALIB, NORHAYATI A BAKIR dan NOOR HIDAYU ABU HASHIM).. i love u guys, and really2 love.impian Huda untuk kalian, moga persahabatan ini akan terus mekar walau kite dah tua bangka nanti. :P



Huda nak jadik orang yang FREE FINANCIAL PROBLEM. tak ada masalah duit langsung.nak ape, dapat. nak beli ape, beli..ada sesiapa nak tolong impian Huda untuk yang ke-6 ni ke.
Boleh Huda kasik akaun nombor Huda... =p

Salam Maal Hijrah 1432 Hijrah

dan

Selamat Tahun Baru 2011

Late to post this entry Sempena Awal Muharram 1432 Hijrah


Salam Awal Muharam.... 


Sempena Awal Muharam ini Huda terbaca petikan ini yang boleh kita manfaatkan bersama. Buat semua sahabat Huda yang Huda sayangi, moga kalian berbahagia selalu. Ni hadiah dari Huda buat semua. Nampak macam untuk sahabat muslimah, tetapi ada juga hadiah dari Huda buat anda yang lain tu. Sekadar peringatan buat suami, abah, abang.


30 LARANGAN UNTUK SAHABAT MUSLIMAHKU...




1. Menyambung rambut palsu


2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi


3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi


4. Memperlihatkan perhiasan(bersolek) di depan lalaki lain


5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama


6. Membuka rahsia hubungan suami isteri


7. Berpuasa sunat tanpa izin suami


8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami


9. Derhaka kepada suami


10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas


11. Mengingkari kebaikan suami


12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram


13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya


14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram


15. Menyerupai lelaki


16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami


17. Memandang aurat wanita lain


18. Keluar rumah tanpa ada keperluan


19. Masuk permandian awam


20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah


21. Meratapi kematian


22. Berhias atas meninggalnya seseorang


23. Menghantar jenazah


24. Mempercayai dukun dan peramal


25. Menyumpah anak-anak sendiri


26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim


27. Menganiaya pembantu


28. Mengganggu jiran


29. Minta cerai kerana suami sakit


30. Minta cerai kerana suami menikah lagi




SEMBILAN BELAS HADITH RASULLULLAH S.A.W MENGENAI WANITA


1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".


2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.


3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.


4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.


5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.


6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.


7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.


8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.


9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).


10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.


11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.


12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".


13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.


14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.


15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.


16 Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.


17 Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.


18 Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.


19 Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."


EMPAT GOLONGAN LELAKI DITARIK WANITA


Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka? Na'uzubillah, artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang kita pikul!


PERTAMA - AYAHNYA


Apabila seseorang yngg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.


KEDUA - SUAMINYA


Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.


KETIGA ABANG-ABANGNYA


Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pundak abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.


KEEMPAT - ANAK LELAKINYA


Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak nantikan tarikan ibunya maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar dan tidak silap.


Firman ALLAH SWT:-


"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."


Hai wanita, kasihlah ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda kesihankanlah mereka dan diri kamu sendiri, jalankan perintah ALLAH S.W.T bersungguh dan dengan ikhlas.


Akhir kalam, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak.


Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yang mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yang ALLAH S.W.T berikan pada kita



PESANAN BUAT SAHABAT MUSLIMAHKU


Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:


"Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain dari yang nyata (mesti terbuka terdiri dari bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya,anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, laki-laki yang menjalankan kewajubannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan - umpanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalannya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah s.w.t, Hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung. (surah An-Nur ayat 31)


Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:


Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman untuk khusyuk (taat) hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran (suruhan dan larangan) Allah serta (taat) mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberi kitab sebelum mereka (Yahudi dan Nasrani), setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut (jauh dari zaman nabi mereka) maka hati mereka menjadi keras (dari mengikuti perintah/ajaran nabi mereka) dan banyak di antaranya orang-orang fasik. (surah Al-Hadid ayat 16)


Bila ayat menutup aurat turun sahaja semua wanita ketika itu tidak kira dari golongan Ansar mahupun Muhajirin dengan segera menutup aurat masing-masing. Yang ada di pasar, yang ada di rumah, yang sedang dalam perjalanan capai apa sahaja untuk menutup aurat masing-masing dengan SEGERA dan bukannya NANTI DULU. Yang tidak mendapat apa-apa mereka segera memalingkan muka menghadap dinding supaya tiada lelaki terpandang wajah mereka. Itulah kekuatan iman yang ada pada wanita-wanita ketika itu. Tetapi kini segala- galanya telah berubah makin jauh kita dari zaman Rasulullah s.a.w. makin kita jauh dari amalan agama.


Dalam ayat yang sama juga Allah s.w.t. menegur kita supaya tidak menjadi seperti ahli kitab sebelum kita (Yahudi dan Nasrani) di mana semakin mereka jauh dari zaman nabi mereka maka semakin kurang mengamalkan agama. Itulah keadaan kita ketika ini. Saudari-saudari seagama dengan kita bukan tidak tahu kewajiban menutup aurat, tetapi oleh kerana kelemahan iman serta sikap acuh tak acuh membuatkan mereka lalai. Perkataan yang biasa kita dengar dari saudari-saudari kita ialah "belum sampai seruan". Seruan apa yang ditunggunya atau seruan dari siapa yang sedang mereka tunggu? Bukankah Allah s.w.t. telah seru untuk menutup aurat sejak 14 abad dahulu lagi. Tetapi kenapa masih tak tutup-tutup lagi?


Lihat lagi ayat di atas Allah s.w.t. berfirma "Katakan kepada orang-orang perempuan yang beriman" Allah s.w.t. dengan khusus gunakan perkataan "beriman" dan bukannya "wahai manusia" kerana segala perintah hanya boleh didukung oleh orang-orang yang beriman sahaja.


Dalam ayat kedua pun sama yang ditujukan ayat-ayat ini adalah kepada orang-orang yang beriman. Kita kata kami beriman dengan Allah s.w.t, Rasul-rasulNya dan, Kitab-kitabNya tetapi apa yang kita ucapkan dan buat adalah sungguh bertentangan. Allah s.w.t. telah menggariskan peraturan dan rasul telah mengajarkannya dan peraturan itu telah termaktub di dalam kalamNya. Tetapi kenapa masih leka? Kita bimbang kalau-kalau kita dibungkus dengan kain putih sebelum kita sempat menutup aurat.


Maka wahai saudari-saudari seagamaku (YANG BERIMAN), sebelum terlewat rebutlah peluang yang ada jangan tunggu esok amalkan sekarang juga. Bimbang "Esok tiada bagi mu". Gembirakanlah Allah s.w.t. dan rasulNya dengan mengikut perintah mereka supaya dikala kamu dirundung malang Allah s.w.t. dan rasulNya dapat menggembirakan kamu.


BIAR KAMU TIDAK CANTIK DI MATA PENDUDUK BUMI TETAPI NAMAMU MENJADI PERBUALAN PENDUDUK LANGIT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...