>

Selasa, 30 November 2010

Cerita NIKAH Saya...


Entry ni dah lama Huda tulis since lepas nikah seminggu lg..tapi asyik pending je..tuptup2..kodek punye kodek..Huda jumpe balik..entry yang Huda dah buat dan  tak sempat nak post je dalam blog nie.. Huda edit2 skit..banyak yang Huda tambah lagi..eheeheh.. jum3x..
...
...
...
...

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz kami berdua telah sah menjadi suami isteri. Dua tiga hari sebelum majlis, En Tunang Suami dah start rasa nervous, while his wife ni pun same..hihih mana taknya. selepas selesaikan segala urusan pengkebumian bonda tercinta dan majlis2 tahlil dan rasa sedih memng sentiasa menyelubungi diri ketika itu.. sampai tak ingat yang lagi beberapa hari huda akan jadi isteri En suami....:):)



Tiga hari berturut-turut sebelum diijadkabul, En tunang Suami datang ke rumah untuk menyelesaikan borang nikah yang belum mendapat kelulusan dari pejabat agama kerana menunggu borang Pengesahan dari Jabatan En suami..alala...susahnya nak kahwin dengan anggota beruniform ni ..ngomel ku sendirian..ehehe..Tp demi En Tunang Suami dan cinta kami..dugaan sebesar itu insyaALLAH kami berusaha untuk menghadapinya dengan tenang.


Since 9.9.2010 kes borang dr Jabatan En suami memang tak settle2 lagi.
 Padahal tarikh nikah kami 11.09.2010 dua hari je lagi...
Dalam hati hanya ALLAH jela yang tahu bertapa kalut nya huda time tu...Tok kadi dah di beritahu awal tentang pertkara tersebut dan sedia maklum tentang kelewatan borang  itu..tok kadi tu kata dia akan tolong even borang Jabatan tak sampai lagi..lega kejap .! Padahal borang dah hantar 2 bulan awal dari tarikh nikah..aishh~ merungut sendiri..

Tuptup dapat panggilan dari En Tunang Suami time tu kata borang pengesahan Jabatan dah ada kat tangan beliau..wohoooo.. melompat gembira huda!!..bergegas la beliau datang ke Taiping ..terus abah dan abgchik bawak borang tu ke pejabat agama Taiping..ingatkan dah settle..rupanya tak boleh nak proceed jugak..Lusa dah nak nikah..aishhh~~.huda memang dah tak sedap hati  !!..bayangkanlah Pejabat agama taiping tolak ke pejabat agama ipoh pulak untuk uruskan.

 

Esok pagi2 lagi En suami dah datang rumah dan bergegas dengan abah dan abang chik ke Pejabat Agama Ipoh.. harapan huda terakhir adalah di pejabat Agama Ipoh..

lebih kurang pukul 1 petang abah, en Suami dan abg chik balik.. Huda nak dengar berita yang gembira je time tu..sayup dari luar bilik huda terdengar abah bagitahu dekat kak long kata "depa  tak boleh nikah esok.kena tunda"!! ..abah kata sijil tu pihak pejabat Agama ipoh tak dapat nak sign...apelagiiiiiiii... huwaaaaaaaaaaa...Huda nangiss lagi.. uhuhuh..sedih sangat-sangat!..macam2 Huda Fikir ..mungkinkah Allah nak uji sekali lagi selepas pemergian ibunda tercinta yang baru tak sampai seminggu...
Tiba-tiba abah panggil Huda keluar..abah tunjuk borang yang dah sign oleh pegawai yang berkenaan....uhuks2x..huda termenung panjang... bila dah sign maksudnya lulusla..so bila lulus maksud nya huda dah boleh nikah la esok...huda pandang abah...malunya pi nangis..eheheh..rasa macam nak melompat pun ade!! aiittt.. ..control2x..ahakss.." ooo abah tipu ye" adik beradik dan sedara-mara semua ketawa melihat reaksi Huda....termasuklah en suami tersenyum je." sampai hati ye~getusku..ehehehe..bila tanya..en Suami awal2 dah explain.. " Abah punya rancangan semua ni" eheheh..takpela.. yang penting sekarang ni ALhamdulilah segala nya berjalan dengan lancar berkat doa huda, En suami, abah dan adik beradik~ siapa yang tak kecut perut~

Masa tu Huda tgok En Suami..dia tak banyak cakap, mungkin En Suami Penat.yela.kehulu kehilir nak selesaikan borang tu.sian Abang~~..Abah minta En suami balik selepas solat  maghrib sebab nak buat tahlil Untuk Allahyarmah mak..dia setuju balik selepas maghrib..Alhamdulilah , bila sms dia barulah dia cite yang dia dh start rasa nervous....auuuuu, comel nyer.




Majlis kami bermula lebih kurang sekitar pukul 10 Pg, lepas je rombongan dari pihak lelaki sampai..tak lama sejurus itu Pegawai kadi dan saksi2 pun tiba..Aku diminta untuk datang keruang depan untuk duduk disebelah En suami..sebab pegawai kadi tu nak baca khutbah nikah..huda tengok en suami cool je..:):) tapi tak tahulah kalo dalam hati dah macam tsunami ke tak..ahaks.. terus Abah proceed dengan akad nikah.rupanya ada petua sebab suami cool je time angkat nikah tu..Dia dapat Nasihat dari abang ipar En Suami, .time nak akad tu kalo boleh jangan tngok muka jurunikah..sebab tu buat kita lagi gementar..hanya tengok tangan juru nikah itu sahaja. Saya rasa ini satu tindakan yg bijak untuk mengelakkan pengantin lelaki rasa nervous.











Abah n En suami kene buat simulation 2 kali test hihihih then, saksi - huda tengok abah yang tersekat-sekat.eheheeh. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz....sah lah sudah hubungan ini.

Sedih sangat saat-saat ni..sah bergelar Isteri kepada En Ayob tetapi Mak pula tiada disisi..Kalau Mak ada mesti ..mak lah orang yang paling gembira saat itu..Huda cuba tabah kan hati .huda memang tak boleh nak ukir senyuman..teringat sangat dekat MAK.tapi huda pasrah.Abah dan adik beradik di sisi memberi semangat.. Alhamdulillah.




Even though majlis ni berjalan dengan baik sekali saya masih rasa terkilan sampai sekarang, disebab kan  terlalu occupied dengan sesi bergambar...masa ni tak sempat lansung nak bergambar dengan famili Huda.Mean semua adik beradik ada sekali dalam satu gamba. Sampai sekarang rasa sedih sangat-sangat. Lepas akad, kami bergambar untuk pembatalan air sembahyang. Then bergambar dengan famili lelaki...









~: listen carefully :~


Then, bergambar di pelamin + pembatalan air sembahyang kali kedua atas permintaan Abg Nuar sebab dia nak capture gambar betul-betul. then, proceed pulak dengan persalinan yang saya amik tu. So bila tengok kat semua gamba....sampai sekarang rasa terkilan yang amat. Mujur lah masa hari bertandang, dapat grab my family untuk bergambar..kalau tak, sekali lagi rasa terkilan


Jom kita review sikit ehehheeh macam lah ada yang nak baca ek :p.




~: first kiss from him :~


Sepersalinan Nikah : Kami berdua dah berbincang untuk menempah baju kami masing2,en suami di penang dan huda di kl..maklumla jarak kami yang jauh dan jarang berjumpa..persiapan hanya ala kadar. Huda buat baju kurung moden utk persalinan nikah.at least lepas ni boleh pakai semula untuk masjlis formal atau paling tidak pun boleh dijadikan kenangan kan. Kain dibeli di Jakel - amik promosi beli 2 meter Lace + 4 meter Satin then dapat free 4 meter satin untuk baju melayu..

 




~: Cincin Nikah :~
Amik ukuran then adik en suami yang pilihkan.hihihi ada hilang few inches, berkat puasa & diet lah ni.


Kasut: Idea asal nak pakai kasut yang dibeli kat Robinson yang beli kat midvalley tu., hihihi last tak berkasut..sebab nikah kat dalam rumah.. ingat ni ape rumah mat sallleh.ehehehe. nak berkasut bagai..ahakss!!! kasut tu pon sampai sekarang masih bersadai lagi di bawah cermin solek..



Tudung & Veil: Kain chiffon beaded yang dibeli di Plaza City One, Jalan Masjid India. Sementara veil pulak adalah ihsan dari kekty.dah lama since dia balik 2001 lagi dari mesir..veil tu dia beli..cantik sangt..jadi  Asalnya nak beli tapi kekty cakap takyah bazir-bazir, guna aje yang dia punya. Thanks Kekty :)




Make Up: Done by my bridal, so far memang puas hati dengan style make up beliau. Takdelah pakai lipstick merah menyala kan...no no no. Untuk hari nikah, Kak Ira buat sesimple yang boleh sesuai dengan majlis.











Door Gift: Untuk semua tetamu, saya sediakan sapu tangan yang dihias + buah kurma + kerepek dan sedikit kuih.  Kurma  di sponsor oleh kakcik di beli di Arab saudi.










~: first kiss from her:~


Santapan:  Air Tea' O dan kuih muih ihsan dari jiran-jiran dan para makcik-makcik yang bertungkus lumus dari tengah hari hingga petang.














~: senyum :~






Alhamdulillah, majlis berakhir sekitar pukul 11.30 pg dengan baiknya :).




Take care,










Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...