>

Selasa, 20 Disember 2011

Bertambah seorang lagi ummat Nabi Muhammad


Alhamdulillah, huda dah selamat bersalin pada pagi ISNIN yang lalu,
pukul 8.27 pagi, 12 december 2011.

caeser delivery.

baby boy ;)

2.7 kg.

semoga zuriat kepada Ayob dan Huda jadi anak yang soleh, bijak, sihat dan hebat peribadinya.
amin.

Jumaat, 2 Disember 2011

Tiba masa.









Due date yg baru insha Allah 10/12/2011 ni..
Ouch, tengok tarikh arini. Ada la <8 hari lagi. Foo.
Tapi aritu ada sorang kakak sepupu  pandai2 buat ramalan http://jann-qistinaqaisara.blogspot.com, dia kata huda bersalin 4hb..
Rupanya dia doakan anak huda lahir sama dengan hari lahir suaminya abg faizul. Ehehe macam menarik jugak kan.
Tawakkaltu ‘alallah. 

Nak tahu tak, pregnant ni huda baru tahu yang doctor kira tempoh mengandung 40 minggu.
10 bulan pulak kan?.
Saya ingat macam biasa la 9 bulan 10 hari. Tapi tengok countdown babygaga kat tepi fb, dah 40 minggu lebih..
Macam pelik sikit cara kira ikut sains ni. Huhu.

Berat huda sebelum pregnant 70kg. Now berat terbaru menjengkau 3 angka tapi belum sampai lagi.ehee. Takpe la ok lah tu! lepas ni kena betul2 berpantang ye huda

Dengan ini, mintak tolong sangat,
Doakan semoga NURUL HUDA BINTI NAYAN selamat melahirkan anak, dipermudahkan Allah, baby selamat dan sihat semuanya. Amin.
Time kasih.

Dan dengan ini, HUDA dengan rendah hati,
Mohon maaf atas segala salah silap daripada semua sekali, maaf atas salah kata dan salah laku, segala buruk perasaan, buruk sangka, segala konflik, yang sengaja dan tak sengaja. HUDA minta maaf.
Mohon halalkan makan minum dan semuanya.
Sila tuntut cepat ye kalau ada apa2. :P

Insha Allah, HUDA akan melahirkan kat Hospital Taiping dan brpantang kat rumah Abah kat Rumah awam Batu 2 1/2= sila lah singgah jika berkelapangan

Family dah pesan selalu baca ni :
“La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin..”
And baru tadi kawan pesan baca ini juga :
“Thummas sabila yassarah.”

Buatmu dalam Rahimku...




Maafkan mama andai tidak mendidikmu dengan baik.
Maafkan mama andai mama tak membentuk hatimu dengan baik.
Maafkan mama andai tidak menjaga makan mu dengan baik.


Maafkan mama selalu menjeng merapuh…
Maafkan mama jika fikiran terganggu…
Maafkan mama selalu lemah dengan ujian…
Maafkan mama selalu buruk perasaan…


Sesungguhnya kamu lebih kuat dari mama…
Sungguh mama tak mahu terkesan pada kamu…
Segala apa yang mama lalu…


Masa berganti masa…
9 bulan kini usia…
Sungguh mama bahagia ada kamu…
Walau tak dapat dilihat tapi dapat dirasa…


Ya Allah, jadikanlah zuriat dalam kandunganku ini anak yang soleh solehah, yang sihat,
yang kuat, yang bijak, yang baik rupanya, yang baik akhlaknya,
yang satu hari dapat membantu agama Mu dan ummah ini…
Amin..

Hari-hari RINDU


Yeaaaa...abang dah pulang...!!! rindu tauuuu...janji selepas subuh dah ada dekat taiping..ekeke..tapi takpe..Huda memang dah faham dengan perangai En suami ni..kalau dapat tidur dia la orang..ehehe..saja tak nak telefon awal2..padahal semalam En suami dah remind suruh kejut awal2..kan abang kan.."lepas subuh abang bertolak ya yang" seperti entry sebelum ni..ehehehe!!!...ayang bagi can kat abang tidur puas2 kan..:)

 selepas ini ................


Welcome to join the parenthood World!!!! muah3x...(tak malu muah ye huda) ehehehe..takpe blog huda kan ni..



"SELAMAT TINGGAL  MALAM  YANG INDAH UNTUK JAGA BABY"

check up baby untuk Dec 2011


Pejam celik pejam celik..sekejap je rasa masa  berlalu..dah masuk bulan dec..alahai..yang pandai membahagi masa untuk peroleh kejayaan, mereka adalah diantara orag2 yang beruntung Alhamdulilah..

Tahun 2011 banyak meninggalkan memori yang terindah buat huda dan En suami..setelah menjalani 'PJJ' selama 6 bulan akhirnya kami bersama..eheheh..syukur ALhamdulilah..baru semalam rasanya tengah sibuk2 mengangkat barang untuk pindah rumah sewa di BM..cept sunguh masa berlalu kan..

Memori 2011 yang paling bernilai apa lagi kalau bukan berita gembira yang kami terima di pertengahan bulan Mei 2011..zuriat yang kami tunggu selama ini ..."anak baba n mama".mama nak tium2 dia pasni..lamenya berenang2 dalam perut mama sampai nak kena berjemput ye sayang..eheheh..Alhamdulilah 

1.12.2011 semalam huda pergi buat check up di KKA taiping..prosedur tetap sama macam di KKA BM, cuma di KKA taiping ada system temujanji...huda dapat temujanji pada pukul 10 pagi..tapi dah tercangguk dekat depan klinik sejak pukul 830 lagi..konon boleh la masuk awal..ehehe..no..no..no..memang staff dekat sana mengikut peraturan yang telah ditetapkan..ehehe..kalo di KKA BM..siapa datang dulu dia dilayan dulu..so... huda!!! awk tunggu jela sampai pukul 10pg ye baru nama awak dipanggil..ehehe.apa yg huda perhati perbezaan antara nurse dekat kedua2 klinik ini ada sedikit beza..Nurse dekat KKA taiping agak kasa waktu memeriksa jantung anak huda ..sakit nye ALlah je yang tahu..di KKA Bm alahai sngt lah lembut..eheh..sampai tak jumpa degupan jantung baby..maklumlah perut huda kan tebal..memang tiap kali nak check nurse kadang2 feedup ehehhe..ibu2 mengandung lain kejap je dah dapat kesan..huda ni..kadang2 dekat 5 minit..nurse guna alat scan degup jantung tu merayau keliling perut huda..kat sini takde..eh kat atas pun takde..kat bawah pon takde...bila nurse dah dapat kesan..haaa..rupanya dekat tepi..ahahah...baby puann ni asyik menyorok je ye..ahaha..senyum jela huda pon..nakal anak mama kan..sebenar bukannya salah baby pon. perut mama yang tebal kan baby kan....eheh walau bagaimana pon mereka tetap friendly..banyak membantu dan memberi nasihat yang penting kepada huda dan bakal2 ibu yang lain..terima kasih "misi"

Setelah pemeriksaan dengan nurse selesai..satu hal lagi nak tunggu Q utk scan dengan doktor pula..alahai..:)..tapi tak apa huda kena kuat.demi anak mama n baba..cayang dia~~.sejam jugak la nak menanti nama huda dipanggil..abah huda yang awlnya menemani huda pun dah surender..dia balik rumah dulu..eheheh.tula dah pesan kat abah tak payah hantar..huda boleh drive sendiri..abah huda takut huda jadi apa2..maklumlah dah overdue..En suami pula dekat penang masih bertugas..jadi tugas tu digalas oleh abah huda..walaupun huda tk bagi..kesian abah.. -( tunggu punya tunggu ahkhirnya rasa bosan itu di segarkan kembali dengan nama huda dipanggil..huh~~ lega..;)

sesi scan menyeken (apa punya bhssa la ni) ehehe dah selesai..bagusnya doktor dekat sini..sangat detail penerangan beliau..doktor tu tunjuk dari kepala..tulang belakang kaki tangan..jantung..semua part baby la..kalau dekat KKA BM jangan harapla...ehehe..doktor bagi huda tempoh 9 hari shaja untuk prepare masuk wad..jika baby tak keluar juga..nampak gayanya memang kena induce la permaisuri mama ni..=) mama tak kesah janji mama n baby nanti sehat dan selamat..amenn..push mama pushh~~ baby keluar cepat2 yea sayang..

Rabu, 30 November 2011

Tanda-tanda bersalin



Semalam genap sudah huda 40 minggu..ramai saudara dan rakan taulan menanyakan tentang bkelahiran baby huda ini..Alhamdulillah..baby masih mahu berenang2,berguling2 didalam perut mamanya sambil  dihidangkan dengan makanan yang lazat2 ...ehehehe

Dari sudut emosionalnya huda agak rasa terganggu dan bimbang memikirkan baby yang belom mahu keluar ..bertanya sendiri..di mana silapnya..cara pemakanan huda ke? silap cara tidur huda ke? atau  stress sangat ke? tapi apa-pun pertanyaan yang membelenggu dalam benak fikiran ini tak mampu menandingi dengan kuasa ALLAH swt..percaya dan yakin setiap kejadian cepat dan lambat seseorang ada hikmahnya.. mungkin kerana terlalu excited dengan  persedian  yang telah dibuat untuk menyambut kelahiran bayi seorang ini. eheheh . Hanya menunggu detik untuk menatap wajah bakal anak ini yang huda dan suami nantikan.. maklumlah apabila sudah berhempas pulas mengendong , membelai satu jasad dalam perut  dengan penuh kasih sayang ini kehulu ke hilir..pasti hendak merasa manis nya nikmat menjadi ibu dan ayah kepada bayi ini..huda cuma positifkan diri baby tak lari ke mana..still inside my tummy yang aktif bergerak-gerak..

dari sudut fisiologinya pula huda berasa agak gentar dan takut memikirkan proses kelahiran yang bakal huda jalani tidak lama lagi..apa-apapun semua itu huda kena hadap dengan sabar..semoga mama dan baby akan selamat dan sihat walafiat hendakNya..amen
huda caiyokkkk~~~

jom kat bawah ni kita share ilmu sikit...
*********************************************

Tanda-Tanda Bersalin dari Alam Hamil.

Kontraksi Rahim
Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. Sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. Sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian. Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.

Sakit Belakang
Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

Pecah Ketuban
Dalam cerita drama atau filem, wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar. Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah di saat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin. Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.

Bloody Show
Di saat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam serviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. Sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.

Serviks Terbuka
Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semasa pemeriksaan faraj.

*********************************************

Tanda-Tanda Bersalin dari Ratu Hati.

Bayi Turun Ke BawahPerut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • Sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • Kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • Sakit perut & memulas
  • Kerap buang air besar
  • Kerap terkentut

Keluar Lendir Pekat Atau Keluar Darah Bercampur Lendir
  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.

Sakit Belakang

  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

Pecah Air Ketuban

Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

Pintu Pangkal Rahim Terbuka Dan Menipis
Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.

Kontraksi Yang Tetap Dan Berterusan
Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda.

*********************************************

Tanda-Tanda Bersalin dari mengandung.com.

Biasanya ada 3 tanda utama yang menunjukkan seseorang itu telah hampir masa untuk melahirkan anak, iaitu:
  • Lumrahnya, apabila berlaku pengeluaran lendir yang bercampur dengan darah di faraj. Pengeluaran ini menunjukkan bahawa ruang serviks anda telah mula membuka dan menyebabkan cecair lendir bercampur darah tadi keluar.
  • Apabila air ketuban mula pecah dalam proses pengecutan rahim yang menyebabkan pemecahan karung bayi. Air ketuban ini berbau hanyir dan tidak bewarna. Tidak seperti air kencing yang bewarna kuning dan berbau hancing. Pastikan pada masa ini anda telah sampai di pusat bersalin yang telah dipilih, jika tidak segera dapatkan bantuan untuk ke hospital.
  • Apabila anda mula berasa sakit di bahagian perut dan belakang seumpama sakit tatkala senggugut, tapi yang ini lebih sakit dari senggugut. Sakit ini datang sekali sekala yang biasanya selang sejam, kemudian makin kerap sehingga selang 15 minit dan seterusnya setiap 5 minit dan rasa sakit makin kuat. Setiap kali rasa sakit itu datang, ia akan berlarutan sehingga 15 ke 30 saat.
*********************************************

Selasa, 29 November 2011

cuti sekolah ...Huda pon bercuti..yehaa


Assalamualaikum...dan salam sejahtera ..hari ni genap dua minggu cuti sekolah bermula.. begitu jugalah dengan huda hampir dua minggu dirumah abah menunggu detik baby keluar saje lagi..hari ni sehari due "terover" eheheh...mengusung la perut kesana dan kemari lagi..wauweee..mungkin hikmah yang tersirat huda tak tahu..mungkin baby nak bagi mama dia rest cukup2x..lepas ni "selamat berjaga malam mama n baba" huk2x...bayangkanlah nanti..eheh..macam mana pon mama sayang baby..semoga baby keluar cepat2 n sihat2 saja ye..

Sepanjang huda berada di rumah abah ni..ada cucu2 abah yang turut serta tinggal disini.. Almaklumlah cuti sekolah yang panjang...anak abang huda yang sulong seramai 3 orang dua perempuan dan seorang lelaki...penat juga melayan kerenah anak2 buah huda ni..macam2 permintaan macam2 kerenah ada yang nak menolong ada yang rajin menolong utk memungah..aduhaiii..bangun2 tidur terus menghadap televisyen..sampai nak tidur pun tak henti2 lagi dengan cerita yang ditotnton..cerita apa lagi kan..cerita kartoon la..sampai mak buahnye ni tak sempat nak tengok cerita lain.. kadang2 tu kena sorok alat kawalan jauh tu..eheheh,,,kalau tak bagi tengok ada pulak kerja lain yang nak dibuat..ehehe terselamat la sekejap dari saban hari mengemas rumah dengan memberi "remote" itu kepada mereka..

Kalau zaman kita dulu..memang berlain sangatkan..cuti2 sekolah macam  ni ada je xtvt yang nak dibuat..main masak2x dengan kawan2..main rounders..main tepuk gambar..aishh macam2 la permainan yang boleh dimain ketika itu..sampaikan nak makan tu pon kena panggil dan kena marah dengan mak.tapi zaman sekarang dah lain..budak2 sekarang macam dah pasif asyik menghadap tv dan internet sahaja..almaklumlah dunia sekarang macam2 kejadian yang berlaku.di cetuskan dengan anasir2 penculikan kanak2 yang sangat berleluasa di media2 tv saat ini.dan ibu bapa mengambil jalan yang.lebih selamat iaitu menghidangkan xtvt televisyen dan internet sahaja dirumah..

Bagaimana pula dengan keadaan  anak2 huda nanti ye..makin takut dengan masalah2 sosial yang berlaku pada zaman yang serba teknologi ini....mudah2 doa ibu dan usaha ayah membentuk dan  menjadikan anak2 yang sempurna cerdik aqal serta soleh dan solehah berterusan hingga akhir hayat...




p/s (dah mula terasa naluri seorang ibu membenih dalam jiwa) ecewaaahhhh

Isnin, 28 November 2011

hari ini hari due date dan cerita 6 bulan yang lepas.:)preview back


Alhamdulilah ruang dan masa masih memberi huda kesempatan untuk meng"update' blog ini walaupun lebih 6 bulan tiada khaba berita dari huda..rindu tak...eheheh..tapi jauh disudut hati memang ingin terus menulis dan terus menulis...sampaikan suami sering bertanya mengenai blog huda"ayang dah update blog.." sambil huda membuat muka dan mengelengkan kepala"eheheh.. kemalasan terus melanda dari hari ke hari..minggu ke minggu dan bulan ke bulan..alahai...

Semua benda yang malas tu mesti ada sebab kan..ehehe..alhamdulilah kini huda dah pon pregnant(itulah sebabnya)...hari ni cukup  40 minggu dah..wauuuuweee dah 40 minggu baru nak update huda!!! rajin nye..
!!...rehat sakan..ahahah..tiba masa huda nak berjumpa dengan baby saja ni..mungkin boleh jadi malam ini..atau esok lusa..setiap hari setiap masa..setiap hari setiap masa sering berdoa kepadaNYA agar huda dan bayi ini sihat dan selamat..huda sangat rindu dengan baby dalam perut yang rajin menendang, bergolek dan menguling kat dalam ni..sakan dia ye...cepat lah menjengah dunya duhai sayang... mama dah tak sabar nak peluk sayanglah!!!...

Diberi kesempatan dan masa terluang ni huda nak cerita sikit mengenai pengalaman huda semasa mula2 dapat tahu huda mengandung 7 bulan yang lepas..ehehe..kelakar sebab dah nak masuk 3 bulan @11 minggu mengandung baru huda tahu yang ada something inside my stomach..ehehe..Alhamdulilah...hijrah huda dari rumah sewa di KL ke sisi suami di penang membawa seribu rahmat kepada kami sekeluarga..sujud syukur kepada Allah Subhanawataala diatas kurniaan yang sangat diidamkan oleh para isteri dan suami di muka bumi ini untuk meneruskan zuriat yangsoleh dan solehah mereka..amenn..kami suami isteri juga tidak ketinggalan untuk merasa nikmat itu..10.5.11 huda mengalami demam menyebabkan huda tidak ada tenaga untuk bangun bekerja..tapi disebabkan baru berpindah masuk ke cawangan baru di pulau pinang..huda gagahkan diri juga bersiap2 ke pejabat..Alhamdulilah..dihantar dan diambil oleh suami lebih bersemnagat untuk huda meneruskan jadual bekerja pada hari itu..tiada tenaga,.tiada selera membuat kan huda jadi lesu..ditambah pulang dan masuk kerumah dengan bauan masakan dari jiran sebelah rumah menyebabkan tekak huda semacam mual..tetapi huda belum mengesyaki yang huda sudah mengandung saat itu kerana bulan yang sebelumnya pun kerap berlaku huda kurang selera makan dan badan rasa tak sedap..period juga delay agak lama..jadi untuk bulan mei 2011 huda ignore jela..tak risau langsung ,..ahaha..petang 14.5.11 berbekal kan dengan nasihat suami..dari pejabat huda terus ke klinik mendapat kan ubat demam huda..konon jela..padahal dalam hati nak juga test pregnant..kalau ada.Alhamdulilah..tapi sesungguhnya memang tidak terlalu mengharap, maklumlah disebabkan bulan yang sebelumnya huda memang beriya-iya.over excited sangat dan bagitahu suami kata dah ada tanda2 macam orang mengandung....tapi hasilnya -ve..sian kan..eheheh..

selepas doktor check nadi dan tekanan darah .huda sempat  bg tahu doktor nak jalani ujian test mengandung..sebab period tak datang 2 bulan..doktor suruh ke tandas jalani prosuder biasa untuk urine test..time menunggu doktor mengesahkan tu memang tak yakin kata huda dah mengandung..tapi test jugak..atleast apa2 jadi huda bleh prepare seawal mungkin..Alhamdulilah doktor cina tu bagitahu yang hasil urine test tu ujian adalah positif...positif mean adalakan..tapi dia kata masih kecil dansuruh huda berjaga2 dengan kandungan itu..seronok bukan kepalang lagi saat itu..ternyata benda yang huda tak duga huda terima dengan penuh kesyukuran...Alhamdulilah..balik dari pejabat suami jemput..mintak suami singgah di pasaraya dan kebetulan ada jual alat test pregnancy..terus amik dan bayar..masa tu suami tak tahu lagi..huda nak sahkan sendiri yang ujian doktor jalankan siang tadi betul..wauuuweee..meragu2 tugas doktor ye..ahaha.. bukanlah macam tu..atleast huda yakin dengan sungguh2 huda dah mengandung..bukak je pintu rumah huda terus masuk ketandas...mesti suami huda pelikk,,eheheh~~selalu rehat2 duu kat ruang tamu maklumlah nak panjat tingkat 4 rumah kami.beradoi setiap kali masuk rumah..ahaha..dan bila menitiskan urine huda ke atas stick pregnancy itu..dan tiba2 naik dua line merah..gembira bukan kepalang lagi..terus huda menjerit kecil didalam tandas memanggil nama suami dan membuka pintu ala2 cite omputih dalam filem..ahaha..wah berterbangan rambut dan baju gaun..(tipulah baru balik keje dengan baju kurung tak berbuka lagi) ekeke..terus tunjukan stick test tu tadi..dua line..suami pon binggung.," ayang mengandung abang" terbeliak n terus tersenyum lebar tengok suami huda time tu...Alhamdulilah saat2 gembira yang memang huda nak kongsikan bersama suami..melihat suami tersenyum bangga dan gembira..akhirnyaa..isterimu mengandung~~ ..saat tulah yang huda tunggu selama 6 bulan perkahwinan kami.. Alhamdulilah..akan huda simpan menjadi kenangan yang terindah dalam hidup.. Bermulalah episod diari seorang bakal ibu yang sentiasa ingin di samping suami tercinta.

Sepanjang bergelar bakal mama ni..tiada alah yang teruk ..cuma sekadar muntah2 di awal pagi time mengosok gigi..memang tak boleh masuk tandas dan bau menumis..sepanjang awal pregnant tu..suami la yang bersusah payah sikit..sebab huda langsung tak boleh masuk dapur..tekak rasa semacam..alahai..itulah rupanya pengorbanan seorang suami untuk isteri tercinta..:) rasa dihargai..rasa di sayangi..rasa dicintai..kalau macam nilah rasanya tiap2 tahun nak mengandung...ahahah wauuweeee..!~~LOve AbanG sAnGaT2

Jumaat, 28 Oktober 2011

Bila dah lama tak berblog



Assalamualaikum. Mak aih, ganjil rasanya bila dah lama tinggalkan blog lepas tu tetiba update entri ni. Last entri huda pada 09/03/2011 . Hari ni dah 28/10/2011  Ce kira dah berapa bulan tak update tu. Hahaa! sungguh rajin kau huda~~ekekek

Sebelum buka blog, ada perkara wajib yang huda kena buat. Yeahh! Check analytics dekat Nuffnang. 7 bulan tak update pun, trafik maintain aje . Uish! Siapa agaknya yang rajin menyinggah ni. Ke dari enjin carian google? Urmm??

Bila dah mula nak kepit blog ni balik rasa ganjil pulak ye. Tak tau nak buat apa dulu. Takpe, mula-mula sekali tengok follower yee. Bagus! Sentiasa bertambah. Ce tengok fan page facebook pulak. Yeahh! Ada jugak manusia yang klik LIKE ye. Thank youuuu~

Tengok blog list, hmm. Ada jugak yang macam huda sampai 7 bulan tak update blog. Heheh! Nak blogwalking tapi tak tau nak start mana. Start dari tukang komen lah. Boleh? Toink, toinkkk ~

So, motif entri ni ialah .. huda jadik blur kejap bila dah lama tinggalkan blog ni .. Idea bersepah-sepah dalam kepala. Kena susun elok-elok lepas ni .. ahaaa ..

Rabu, 9 Mac 2011

MARCH BORNZZ...


ehehe..special sket bulan nieee~~~







9 Mac 1977 - kak cik..kakak no 5 huda.. 33




9 Mac 1983 - Dik Yan..Adik Ipar huda.. 28





9 Mac 1982- Kak ida..senior huda di company lama..29





10 Mac 2001-Aizad Aqasyah Mohd khairi..anak saudara..10





10 Mac 1944- Mak..mak mertua huda..67






12 Mac 1986- Aida.. staff di site Kuala kangsar yang rajin bertegur sapa..25




*sorriee kal0 ade yg salah taun...







HAPPY BELATED BIRTHDAY TO ALL..(",)

HAPPY BECOMING BIRTHDAY ...

HAPPY BIRTHDAY TO SAPE2 JE YG LAHIR BULAN NI..





m0ge Allah berkati umur..rahmati sume..kurniakan hidayahNya sentiasa..amin...

Selasa, 1 Mac 2011

Nescafe punya penangan


Sakit kepala minum bendalah ni...tersilap order pagi tadi..kesannya sampai sekarang !..uhuhu..
macam orang tak betul pon ada...alahaiiiii nescafe..tak mahulah huda sentuh kamu lagi..



MOOD
:
:
:

swingg...
swinggg..
:
:
:
:
:(

Isnin, 28 Februari 2011

:::::::Buat Abang::::::


Abang yang baik hati...

ooo....abg slalu bukak blog Ayang ye?....hahaha...



Lain kali, jangan selalu bukak tau, ayang segan abang baca entry2 yang ada dalam ni...


last but not least...love u dear!!!...


tata batu feringgi and welcome to Bukit Mertajam :)


Rumah yang baru ni kakak ipar yang tolong carikan,Alhamdulilah tingkat 3, jadilah..tapi tak lah sebesar dengan rumah yang lama kat batu feringgi yang ada 4 bilik tu. tak sempat sebulan letak barang dah kena hangkut..motifnye: parking kereta susah nak cari sementalahan pula, ura-ura huda dapat bertukar ke bukit mertajam, just prepare ape yang patut bincang dengan En suami.

Pn isteri : "abang sewa je rumah dulu dekat BM ye. kalau tak dapat tukar pun atleast sewa nya lebih murah seganda dari batu feringgi, dah boleh jimat tu",,

hari minggu boleh bercanda di situ.ehehe

 en suami : "bila la ayang nak berhenti kerja ni"

pn isteri: tiada suara yang keluar~~~mood swingg..ehehehe

hari sabtu yang lepas huda macam biasa tiap2 minggu menunggu kepulangan en suami ke taiping..tapi kali ini dengan misi nak angkat semua barang2 di batu feringgi ke BM , maklumlah dah dapat rumah baru sewa.. ^_^ begitu excited!
:
:
:
:
:
:
;

menunggu en suami di rumah abah yang tak menjelma-jelma pun. kelmarin call janji pukul 9pg akan sampai  kan abang kan..ehehe

faham dah sangat...terlajak tido la tu..tapi takpe abang datang lambat pun huda boleh kemas2 rumah abah dulu, ALhamdulilah tepat pukul 1030 dapat panggilan dari en suami dengan suara yang serak2 basah beliau..faham dah sangat..!!

en suami: " Assalamaualikum ayang.. abang baru bangun ni..eheheh..

Pn isteri: W.salam.. ooo baru bangun ye intan payung gunung berlian...

masing-masing gelak.. nak marah tak boleh..rindu dah ni..~~ehehe..

En suami: maaf yang, terlewat....abang sarapan dulu terus balik taiping ye...(maklumlah En suami dirumah mak di kubu gajah) suasana kampung dan udara yang begitu best untuk terus lena sepanjang hari...kan abang kan!! grrrr....eheeheh

Pn isteri: baiklah Hati2 ye.... :):)

abah siap dah beli ikan suruh huda masak lagi time tu, maklumlah menantu nak balik ni :) kalau tidak ke kedai je destinasi untuk makan tengahari tu..eheheh

dalam 3.30 bertolak ke penang
sesi kosongkan rumah di batu feringgi en suami tak bagi huda tolong angkat , dia suruh dok je dalam kereta..tp huda tak sampai hati nak biarkn En suami buat kerja sorang2..pergilah jugak tolong..tolong tangkap gambar niii!!!hak3x..
satu keta pun dah cukup..sebaik tak beli banyak barang masa dekat batu feringgi



dann
;
;
;
;
;
;

terus ke BM letak barang kat rumah sewa baru ni pulak, tingkat 3 ayoyoooo...sian en suami..nasib baik gagah perkasa..dan ada kakak ipar dan anak2 buah yang tolong sama..terima kasih kak ella, iwan dan solehah..!! kalau tidak jenuh jugak en suami nak angkat sorang2. huda tolong jugak lah angkat bantal dan yang ringan2..( ngada2 kan huda..ko  engat ko sape huda..puteri kayangan ke) eheheh...melampau la kalau tak angkat langsunggg!!





sekarang ni huda dah mula buat bajet nak beli barang2 kelengkapan rumah...sangat banyakkkk....insyALLAH.. ALLAH permudahkan urusan kami suami istri....even pening kepala tengok bajet yang mencecah beribu2 ni tapi ---> duit boleh cari kan...sebab itu kalau boleh cepat2 la gaji masuk...cam tak best je semua en suami kena keluarkan duit...Huda yang buat budget then yang keluar duit en suami...



:(



















Sabar sayang!!!





Nak cerita pasal minggu lepas punya story ni..masih tersimpan rapi dalam ingatan ni.. selepas en suami pulang dari kerja dan terus berjumpa dengan isteri beliau di taiping.eheheh, terus ajak teman pergi showroom proton bersama kakak huda dan abang huda..tujuannya untuk bayar duit booking untuk kakak huda ambil kereta baru nya..kereta ape lagi.. saga FL...

Masuk-masuk saja, Huda dan suami terus pergi tengok-tengok dekat kereta baru saga FL tu..okla untuk kereta family..lepas tu..pusing2 kat kereta lain sampai try dekat INSPIRA dan try2 seat driver,co driver n passnger tu cam rasa sangatt berkenan la plak..orang cakap inspira ni betul2 tiru lancer mitsubishi....perkakas ( ye ke perkakas?) dlm inspira pon ada lmbang mitsubishi...sebab tu en suami sangat gila2 kan kereta inspira ni, dah lama dah kepingin nak lancer tapi nak beli tak mmpu...haha...en suami dengan muka terujanya tengok bahagian itu dan ini, try pusing2 stereng, bukak dashboard bagai...Huda just tengok saje coz tak tahu sangat bab2 kereta ni..

melihat keterujaan En suami pada inspirasi begitu menyakinkan huda en suami nak beli kereta ni..siap en suami bisik lagi kat huda.

En suami :" kalau ayang pandai pujuk abang beli kereta ni, boleh lah dipertimbangkan"

 ahahaha..bila dengar je En suami cakap camtu.mula lah nafsu nak pakai inspira membuak2..maklumlah kereta yang luas, enjin yang tiptop dan nampak macam mewah....eheheh..mulakan strategi menyusun ayat nak cairkan hati En suami..bukan setakat ayat..lentuk2 sikit, kenyit2 mata..(dua2 belah lagi) ahaha..



kami pergi jumpa salesman yang tengah melayan kakak huda dan abang untuk bayar duit booking tu tanya pasal harga  dan kereta..

en suami : "kita ambil warna merah ye yang ye"..

Pn isteri: betul ke abang.??( mcam tak caya je(..wauuu..so impress..sangat2 lah best.mula dah berangan-angan..~
dan tiba-tiba

en suami: "kalo 50-50 boleh lah kita ambil inspira ni ye yang"..sambil tersenyum,,

hurmmmmm!! dah pulakkk..ahahah..

En suami: lagipun banyak prosuder abang kena buat kalau ambil kereta ni, dokumen dari jabatan lagi..lambat pulak tu.

salesman : abang ni polis ke?
suami menganguk," ada kes dulu saya pernah buat pada anggota polis jugak.tapi proses dia agak rumit dan lambat nak bawa kereta keluar" tapi macam mana pun kita boleh adjust bagi ok (ayat2 salesman)ehehe..

Pn isteri: takpe abang huda faham" ok abang kita cancel" persona pun dah ok!!" ahahaha..yang penting semua abang yang bayar..! noktahhh..ahahah






kesimpulannya...tak jadi sebab huda fikir ada benda yang lebih bijak untuk gunakan duit untuk membeli rumah sendiri dulu..lepas kahwin memang banyak nak guna duit..duit nk beli perabot umah lg--->

kalau adik beradik dan saudara2 datang ..tak kan nak biar rumah kosong je kan? malu plak if dorang datang tak ada apa ape kt umh...

semalam pergi tesco bukit mertajam dan  just beli barang-barang  macam almari tv, baldi,kuali, periuk nasi,cerek, pncuci lntai, sabun n etc pon dah cecah rm 600...bnda2 kecik tu pon tak habis lagi shopping...adeihh..

nota kaki:


1. en suami sangat2 maksudkan apa saje yang kuar dari mulut dia...by hook o by crook En suami akan dapatkan jugak apa2 yang En suami nak even lambat atau  cepat.. semua benda dia akan rujuk pada huda dulu samada boleh atau tak kami berbincang sama-sama..so sweett~~

 
2. terasa cam geram je nak suruh en suami apply kad kredit....tak ada la rasa duit kuar cam air..tapi bila memikirkan pasal hutang di kemudian hari..tak jadi!! eheeh..then macam  nak la tukar inspira tu..baik ambil accord ke....hahaha....berlagakkk betul...tengah kopak cam ni pon berangan nak accord yer....tapi mana taw pasni betul2 boleh pkai? aminnnnnnn....:

Jumaat, 25 Februari 2011

sambung KES CURI HANDPHONE


Dan  setelah bercuti weekend.............huda bersemangat balik nak sambung entri yang tergendala sebelum  ni..

Jum....jum nak cerita balik..kiranye dah 2 hari huda tidak berteman handphone yang comel tu kan.. sedih..tambah2 lagi benda tu sentimental value pada huda..telefon abah, abah suruh buat solat hajat..Alhamdulilah huda buat malam tu..huda cume pasrah andai hp tu tak jumpa balik, itu bukan rezeki huda...ape nak buattt..bergayut guna public phone la lepas ni..kononla tu..huda balik dengan keadaan yang lemah longlai..alahaiiii.. kesian ko huda..


Esok paginyaaa.....~~


Sampai ke office macam biasa terlewat 1, 2 minit.. jangan ikut huda yea,,:):) dari jauh lagi dah kedengaran suara kak liza menjerit panggil huda..." huda!!" ada berita baik" handphone huda dah jumpe lah"
berubah terus wajah huda tika itu..terperanjat..ingatkan dah takda rezeki.alhamdulilah doa dari semua ..terima kasih ya ALLAH.." mana kak liza! jumpa kat mana!" macam2 soalan yang Huda nak tanya kak liza.." relex2 dulu huda..duduk dulu Hp itu kak ina pegang dia pergi breakfirst dulu nanti dia bagi ya"...sengeh smpai ke telinga huda dengar perkhabaran baik dari kak liza tu. Alhamdulilah yang penting dah jumpa. tuptup kak ina pun keluar dari bilik pantry..huda dah senyum kambing sama kak ina..ehehe.."huda ni hp huda. kak ina jumpe pagi tadi kat atas meja staff ni tuuuuttt (nama dirahsiakan) tu pun sebab ada calling dari suami huda.. kak ina jawab panggilan tu dan dah bagi tahu pada suami huda"tak sempat nak sembang panjang kak ina dah jawab panggilan telefon dari klien plakkk,.. owhhh ok2 kak ina.. terima kasih. huda dok fikir jugakk..pelik!!  huda charge kat meja belakang huda je. kenapa jauh sangat telefon ini dijumpai..ish2x..
sambil2 tu huda check kot2 memory kad hilang ke.. Alhamdulilah ada. cuma yang tak best.. habis semua contact nombor huda pencuri tu dah delete bahkan gambar-gambar huda pon sama, memang sah dia ada niat nak mencuri..benggangla jugak.no kawan2 lama bukan senang nak dapat dah.ishhh.. nyusah kan orang la pencuri ni..tp takpe.huda fikir positif je..ujian untuk huda supaya tak careless lagi selepas ni..yang penting huda dah dapat balik si comel huda tu..ehehe..Alhamdulilah..lantas terus telefon En suami sampaikan berita si comel telah dijumpai..walaupun en suami dah sedia maklum...motif: huda suka mention dekat en suami banyak-banyak kali.. sebab en suami tak jemu nak layan kerenah huda. paling kuat pun dia malas layan dia akan tido...ahahahah... terima kasih semua...~~

Jumaat, 18 Februari 2011

Kes Curi HandPhone


Pada hari Isnin yang  lepas, 16 Feb 2011 :




_4:30Pm _Huda,baru sahaja selesai sembang panjang dengan En suami . maklumlah seharian sebok dengan kerja masing2..rindu yang membuak2 menjengah sebentar.lagipun huda baru sampai pagi tu ke opis dari kampung..perasaan penat itulah yang huda luahkan pada En suami.saat demi saat.minit demi minit..gurauan  senda dan bebelan pon berakhir dan huda dengan tergesa-gesa minta izin En suami untuk sambung kerja semula..telefon ditangan berbunyi  pendek menunjukan batery telefon perlu di charge semula..lantas tanpa membuang masa Huda meletakan punat charger ke lubang hp huda di belakang meja yang kosong port yang selalu kami guna untuk charge hanphone masing.


5.00PM - Huda tergesa-gesa mahu pulang ke rumah sewa dengan segera kerana seharian tidak cukup tidur.
memang penat..tak mampu nak melayan mata yang asyik nak katopp je dari tadi..nasibbaik kerja melambak.. boleh lah coverr..dan kemudian selepas kemas2 meja asingkan file dan shutdown pc huda terus capai beg tangan dan beg galas huda terus balas..siap ucap selamat tinggal kepada staff2 yang lewat balik kerja time tu..bila dah sampai dalam bas nak balik rumah baru huda tersedar yang Handphone huda tiada dalam gengaman dan juga beg..



So takpela Huda assume Hp tu takda siapa nak usik.sebab sebelum tu memang huda selalu tertinggal hp jugak kat office..esok datang still ada di tempat yang sama.. fikir macam tu jela nak bagi sedap hati. dan Jangan mudah buat assumption bahaya!!



tepat pukul 6 huda pun dah sampai rumah. sebelum naik ke rumah tu nampak public phone di tepi kedai makan..(sebelum ni tak pernah perasan pon) ahhahaha..pergi kat situ.capai gangang letak duit Rm o.5o dan dail nombor 014-740***1  nombor sapa lagi.. En suami lakan.. nak bagitahu kat dia yang huda tertinggal hp di opis..telefon 3 kali tak berangkat..uhuhuh..tido la gamaknya tu..:):) takpelah besok pagi2 huda inform kat En suami je.



Semalaman tanpa suara En suami untuk teman beraduku...uhuhuhu



Besok paginya sesampai huda di office dengan penuh ceria sebab dah cukup tidur nihhh..letak2 beg dan terus ke meja belakang untuk mengambil balik hp huda dan dalam benak hati ( mesti banyak misscal dari En suami) eheheh..yela huda tak inform langsung kan..opsss acctually huda try untuk inform okehh..abang je yang tak jawab. tup-tup tgok kosong kat atas meja tu yang ada ada plastic deliveri pos laju jah.. aisshhh.. tak boleh jadi ni..ada orang try main sorok2 ka ngn hp Huda tu.. takpela.. mungkin ada staff yang tolong simpankan, lepas sorang2 huda tanya
kak Ina: orang pertama yang huda tanya.

huda: akak ada nampak tak hanphone huda
k' ina: tak nampak la huda kak ina balik awal. munkin ada orang tolong simpankan dulu kot.
(hati huda mula dah tak sedap) boleh jadi kot..

huda: kak liza ada nampak tak huda punye handset atas meja tu semalam.
kak liza: ada semalam dalam pukul 730, akak balik lewat..dan telefon tu ada lagi, nak sentuh handphone orang kak liza tak berani la huda~...uhuhuuh..macam tu pulak..

pastu tak pueh hati kal ayu n yati, derang tengah ontheway ke office punye tak sabar nak tnya.."ayu semalam balik awal jugak la kak huda" ouchhh ~~ orang ke tiga pon tak nampak..

lepas tu abg azrul masuk dengan ain..soklan yang sama huda tanya.. jawapan still sama." semalam abg azrul ada nampak" nak simpan takut huda patah balik ambil handphone tu..so biarkan jela"


sampai pukul 1200 orang yang last masuk huda tunggu..sapa lagi boss la kan..masa tu hati tak berdebar sangat...sebab dapat positif think dari kak ina.." takpela huda mungkin lingam yang simpan kot" tunggu je la jap lagi"..dalam hati huda kalo nak simpan nape perlu dengan charger skali(sungguh tidak logik) takpela.. huda kena banyak positif..mana tahu mungkin ada kat lingam tolong simpankan or whatever.. dan..
jawapan yang lingam bagi sangat2 membuat huda tak keruann ,,dia  tak simpan pun handphone tu untuk huda......dammmmmnnnn it.......~~


 so memang ada seseorang yang telah mengambil handphone tu..
terus bergegas ke HR bagitahu kata nak tgok cctv sebab ada kecurian hp..tapi malangnya..bos hr tak masuk lagi or masuk meeting..dah tak dengar dah ape yang hidayah tu bagi tahu.." so macam mana huda nak buat ni" hidayah suruh tanya dengan programmer En kumar. terus jumpa Lingam bagi tahu pasal huda nak tengok cctv" rupanya lingam dah pun contact Mr Kumar. cepat sungguh mereka2 ini nak menolong huda. Alhamdulilah dapat kawan2 yang baik dan bersungguh-sungguh nak menolong huda.

dan
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
I really want to go back home this week ;'(
 
kena sambung sampai balik ke kampung semula....
 
 
jumpe lagiiiii........ :)

Dah lama tak berblog....tapi


banyak kerja tergendala yang nak kena buat...:( eheheh konon...!! kesnyaaa..cuma nak amik mood untuk

berblog ...bukan senang tau ...Huda bukan lah jenis boleh buat kerja 5+1..!! kompem hura hara..hukh3x. so

kena bagi settle semua perkara  and the last!! berblog jugak huda di jumaat yang tercinta ni

Sangat lama aku tk berblog... Tak tahu ler mood tak der ke ape...??


satu lagi sebab


mungkin Malas kot (",)..... lebih berminat pada komen kawan2 dekat fb agaknya...

Kering idea pun ader...

Banyak coretan yg Huda nk citer sebenarnya...tapi tak terluah lak kat sini...

Mungkin hari ni adalah permulaan untuk Huda meneruskan aktiviti berblog mcm dulu...

Chaiyok!!!

Alhamdulillah....walaupun dh lama tk berblog, dalam diam Huda dh ader follower baru.... :)

Terima kasih daun keladi sbb sudi mengikuti kisah Huda...

Korang tak tahu, walaupun Huda dh lama tk mengarang..langkahku tetap sampai ke blog rakan2 yg

lain...cuma Huda jd silent reader ja la.... :)




maklumlah baru kerja setelah dua minggu berfoya-foya..!!

cuti pergi mana ye.. korang nak tahu ke~!!!ehehe huda tk pergi mana pon.. uhuhuh bercuti sekadarnya

 sahaja dirumahh Haji Nayan dan rumah mertua je pastu ada sikit2 jalan2 g penang..angkat barang kat rumah

 sewa di batu feringgi.. jadila..jalan2 jugak tu kan...pada mulanya kita orang plan macam2 nak pergi..

alih2 ada je emergency case yang memang tak boleh nak elakkan..My MIL tk berapa sehat.kena sakit

 TIBI..sian  dekat mak. makan tak lalu makan lepastu dah tak boleh masak skrg ni.dan tak boleh buat kerja kuat2x...semoga mak cepat sembuh ye....insyaALLAH


 macam mana nak buat..postpone ye En suami utk honeymoon tu....ehehe

dah lama kan huda huda tak berblog hanya waktu rehat di office sahaja okehh..

kalo di rumah jangan lah harap waktu itu sempat untuk huda...nehiii

banyak benda yang huda kena bereskan dulu antaranya..

kemas2 rumah yang selalu tak kemas.basuh kain lipat kain angkat kain masak!! wajib..

malam pon same.. tk abis2.. aahahaha.. ^_^

Jumaat, 28 Januari 2011

SAYA, SUAMI DAN MENGADA-NGADA..


Dulu sebelum kahwin. Huda selalu dengar suami isteri tu saling melengkapi. Perbedaan tu kadang2 baik kalau pandai control dengan baik. Sekarang bila dah kawin, Huda mengalaminya sendiri tentang certain2 perkara…
Contohnya…apa yang Huda tahu tentang diri Huda…


Huda Seorang yang sensitive. certain2 perkara terlalu mudah terkesan di hati. so susah nak lupa something even dah lama jadik..Huda ni jenis mudah membuat sangkaan…sort 0f a negative thinker…pastu jenis terlalu memikirkan sesuatu…dan Huda orang yang detail…
Tapi Huda senang lupa benda dalam short term…contoh kalau Huda terpikir atau nak bagitau something…Pastu ada kucing lalu…i would lose the thing..jadi in case of benda yang dah jadik…mungkin keterkesanannya tu pon kurang…


Suami Huda pulak…dia pun ada sensitive dia..tapi terkawal…




Tapi En suami lebih think positive…I would say that dia berhati baik…orang yang bersangka baik…

Suami huda sangat concern okey!! dan pendengar yang setia..ikut je cakap..hingga satu hari di awal bulan perkahwinan kami..Huda baru sampai di Taiping dari KL, penatnya ALLAH je yang tahu, tiap2 minggu berulang alik kan , tapi huda tak ambil pusing pun semua itu.. penat dan letih huda tolak ke tepi.. balik berjumpa suami tercinta lebih bahagia!!.cewahh..hehehe

En suami dah pun berada di rumah Mertua huda di Kubu Gajah pada waktu itu..dan  menunggu huda pulang ,sebelum tu memang En suami ada call huda bagitahu dia nak jemput huda dekat stesyen bas malam tu..tapi huda fikir en suami baru balik kerja, mesti penat..then huda pulak akan sampai di taiping lebih kurang pukul 12 malam.dah lewat sangat kan.... huda yang suruh en suami stay sahaja di rumah mak en suami. en suami setuju.dan mengingatkan en suami supaya balik pagi2 esok hari nye ke Taiping. tak sabar kan nak jumpa suami tercinta..ehehe..

Huda  tunggu punya tunggu, dari pagi sampai tengahri tak nampak pun batang hidung,,uhuhu,,bila call tak jawab,.risau jugak..takpela.. biarkan aje..mungkin dalam perjalanan bisik hati huda.kejap lagi sampaila kot..selepas siap memasak dan pakai cantek2 dan  wangi2x huda berada dalam mood menunggu,..pukul 2 kalau tak silap baru dapat call dari en suami. en suami bagitahu dia baru bangun tidur..En suami kata dia penat dan tak terjaga. dan bla.bla..^_^ ..abang minta maaf ye.... :)

Tak pela.rasa macam nak nangis je time tu..tapi huda sabar.mood dah merajuk dah masa ni..eheheh. tapi still cakap elok2 ngan en suami.." abang 'tak payah' datang la kalo dah penat.. tido je kat rumah sana, lagipon esok abang dah keje balik.. "(dalam nada yang sinis) ehehe.. terlepas jugak dalam nak control tu pon.. kesian kat abang..tapi dalam hati tak bermaksud nak ckap camtu..minta maaf abang, huda cuma berharap agar en suami boleh baca hati huda waktu tu.RINDU YANG MEMBUAK-BUAK tau.En suami tanya lagi.. "betul ke tak nak abang datang" huda jawab " a'a betul.. tak payah datang..sambung la tidur abang tu balik lagi pun esok abang dah kerja malam" terus bagi salam dan tekan button merah..off air..uhuhuhu..

Dan akhirnya sampai ke malam huda tunggu en suami tak datang-datang ~!! Huwaaaa..nanges giler2 dah time ni.. en suami kal pon huda tak jawab..mood merajukk.. "padan muka ko huda!! tadi suami ko tanya nak datang ke tak..ko tak bagi kan suami ko datang"  terdengar  ada suaraa yang mengejek2 huda masa tu".ouchh..huda tersilapp! tersilap cakap..huh.tak de niat tak nak jumpe en suami,,cuma engat en suami faham emosi huda masa tu...datanglah duhai kanda datanglah duhai penyeri hati ku..~~~...dah  takde makna hokeyyy~~ ..esok En suami dah kerja..huhuhu..

Sebaik ada abah time ni..uhuhu..abah yang call en suami suruh datang..dengan alasan ada kenduri sedara abah..datang kejap pun jadilah abah kata.tp memang ada kenduri pon.kenduri bertunang sepupu abah.ehehe.agaknya abah dah perasan..mood huda yang swing, senyap dan tak keruan masa tu!!eheheh.TERIMA KASIH ABAHH!! ngade-ngade betul anak abah ni kan..ehehe.!! 

Esok pagi-pagi lagi En suami dah menghadap huda..time tu huda masih beradu di kamar lagi. lepas subuh landing balik.ehehe.." eh huda ko engat ape.. ko sultan ke hape..!! hak2x..
huda memang bukan sultan..tapi huda PERMAISURI di hati En Ayob.ehehe =P..
terasa ada orang disebelah huda..seyeess memang orang yang huda tunggu dan huda rindu..ehehe..buat2 tak terjaga..
Abang pegang tangan huda..abang cium tangan huda..abang kucup dahi huda.. n abang said..ayang abang minta maaf ye..auuwww sweeettt nyee!!! suka this momenttt. sayu beb!! terus jaga n nanges sambil cium tangan en suami minta maaf juga.eeheeh.." abang mc rini abang rindu nak jumpa isteri abang" ... huwaa.. lg la Huda rasa cam nak melalak.. baik sungguh en suami. sungguh menghargai perngorbananmu itu. I lOVE U



Dan satu lagi....... En suami seorang yang simple…lebih fokus..Huda nie benda2 tak penting pon nak detail…mungkin sebab tu En suami lebih bijak…=)




Okay..ini semua adalah pandangan dan pemikiran Huda semata-mata…


Sesungguhnya penilaian dari Allah itu yang hakiki…






Actually the main point that im gonna talk about is the effects of the difference above..


Knowing someone says something BAD about my husband would give BIGGER impacts to myself rather than himself..so if u d0nt really know him..please..please dont say anything…why?becoz it might be something hurt which would coz alfitnah , alchaos, albroken ukhwah and alkebencian…it’s the same goes t0 anybody else…what more if its ab0ut amal or ibadah…just leave it to ALLAH as HE knows BEST…



Alhamdulillah we r happy n0w … so please…please stop hurting…













~~Kenapa~~


kenapa menangis bila terasa keseorangan



kenapa menangis bila rasa tiada yg faham


kenapa menangis bila diri didatangi pelbagai ujian


kenapa menangis tika diselubungi rasa bersalah


kenapa takut apa yg dirancang tak jadi kenyataan


kenapa takut menghadapi takdir


kenapa berani menabur janji


kenapa berjanji jika tak yakin boleh ditepati


kenapa sedih bila impian tak tercapai


kenapa sedih bila disinggung sedikit


kenapa lemah memikirkan dosa


kenapa sering toleh ke belakang


kenapa sering rasa diri tak layak


kenapa terlalu melayan emosi


kenapa tak berfikir


kenapa tak cuba jd terbaik


kenapa tak cuba bahagiakan org lain


kenapa tak cuba hargai pengorbanan mereka


kenapa begitu?


dont be sad..


dont feel t0o bad..


talk t0 HIM..


He knows best..

SAYA SALAH SATU DARIPADANYA.


Ada perempuan yang ketika emosinya tak berapa bagus,,,



Bila ditanya sakit ke?


Dia jawab takdela sikit je.


Bila ditanya kenapa menangis?


Dia jawab takde la tadi gosok2 mata. Atau masuk habuk. Atau takdela menguap tadi.

 


Bila ditanya nak tidur ke nak makan?


Dia jawab nak tidur walaupun perutnya berbunyi2 dan badannya lemah.




Bila ditanya ada apa2 nak tolong tak?


Dia jawab takpe la dah nak siap pun sambil lap peluh.




Bila ditanya nak jalan2 tak?


Takpela penat la hari ni nak duk umah je.




Bila ditanya kenapa diam je muncung muka?


Takde apa pening kepala la letih sikit.




Tak pasti berapa peratus perempuan begitu.


Tapi yang pasti Huda satu darinya. =D









Khamis, 27 Januari 2011

MOGA BUKAN SAYA, BUKAN KAMU DAN BUKAN KITA



Wanita bertudung masuk ke surau. Tetapi rambutnya berkarat. Kemudian dia rukuk, sujud dan berdoa kpd Allah.





Wanita yang tak tinggal solat. Tetapi tidak betudung dan pakai baju jarang Nampak pakaian kecil yang tak sepatutnya yang berwarna warni.










 

Wanita yang tak tinggal solat. Tetapi berpegangan tangan dengan lelaki bukan mahram.





Wanita yang bertudung labuh dan tak tinggal solat. Tetapi sanggup memberi tubuhnya kpd lelaki bkn mahram.





Wanita yang mohon kebahagiaan dan jodoh yg baik dr Allah, tapi mengajak lelaki idamannya keluar dating tiap hari.





Wanita yang minta ampun setiap kali lepas solat, tapi dia melakukan dosa setiap hari.





Wanita yang bertudung labuh, tapi akhlaknya tak melambangkan imejnya.





DEDIKASI BUAT BONDA YANG HUDA RINDU




"Ya Allah, diakhirat kelak kau hadiahkanlah ibuku sebuah Mahkota yang sinarnya lebih terang dari pancaran matahari, Kau hiaskanlah ibuku dengan perhiasan syurga yang cahayanya menyinari sanubari, Kau serikanlah ibuku dengan wangian kasturi bidadari syurga, agar ibuku menjadi wanita tercantik yang pernah disentuh mata, agar ibuku menjadi wanita paling bahagia di Firdausi sana. Biarpun.."teman ku hanya lah aku

Isnin, 17 Januari 2011

kenangan terindah...


Setiap dari kita pasti mempunyai kenangan.samada indah atau pahit.adalah terpulang kepada kita utk menilainya.seperti yg lain, Huda jua punya kenangan.bukan satu, bukan dua dan bukan tiga.ya, terlalu banyak kenangan yg Huda punyai.rasanya tidak cukup satu hari seandainya ingin Huda ceritakan semua kenangan dalam hidupku....

bagi Huda, semua kenangan dalam hidupku terlalu inda..biarpun adakalanya pahit namun ia terlalu mengesankan.sehingga memberikan Huda satu pengajaran baru buat penerus hidup.ternyata kegagalan & kekecewaan semalam mampu menciptakan kejayaan & kebahagiaan hari ini...inilah yg ku kira indah.terlalu indah....

antara yg terindah.ialah lahir sebagai anak emak..Huda cukup bangga punya dia sebagai emakku...biarpun kini dia telah tiada...namun semangat & kekuatannya sentiasa ada bersamaku..mana mungkin Huda lupa wajah Lembut  itu...ia telah terpahat kukuh di dalam hati ini.kerna hanya itu yg Huda ada di kala kerinduan yg teramat.cuma satu, emak mungkin jauh dariku.namun, hati ini.hati ini masih terlalu dekat padanya.adik rindu emak, adik sayang emak....

yg terlalu indah.Huda masih punya keluarga & teman2 tersayang.kehadiran mereka dalam hidupku terlalu mengesankan.merekalah tunggak kekuatanku saat ini.tanpa mereka, entah bagaimana hidupku agaknya..Huda sayang kalian.....

Yang paling terindah dalam hidup huda..adalah dengan kehadiran insan bernama Ayob bin Mat Isa sebagai imam ku,suamiku & peneman di kala susah dan senang.tiada yg lebih indah melainkan memiliki cinta & kasih sayangnya.Huda bahagia..sgt bahagia bersama dia.dan saat ini, dialah segala-galanya dalam hidup Huda.moga dia cinta terakhir dalam hidup Huda..Abang~ janji dengan Huda.temani Huda seumur hidup...

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau peliharakan istana cinta yg telah kami bina ini....moga ia kekal tersergam indah hingga ke akhir nanti....

dan yg paling teragung...adalah Dia...Dia yg selalu di sisiku dan tak pernah jemu2 menemaniku...Dia datangkan Huda Ujian, Cubaan & Dugaan...namun setiap kali itu juga Dia kurniakan kepadaku Kecekalan, Ketabahan & Kekuatan....itulah Dia....cinta abadiku....

indah...ya, hidup ini terlalu indah sebenarnya...

Jumaat, 14 Januari 2011

Semalam Punya Cerita..Hari Ni ber entry..:):)


Rindu sangat-sangat!!....Kat sapa!!kat siapa lagi kalau bukan kat En Suami la.....:)

Seharian menunggu pangilan dari En Suami..Hampe dan bosan nya..
apa la sebok sangat En suami ni .. nak kata kerja malam ..
en suami kerja siang..nak kata cuti En Suami tak cuti.~Please lah Call Huda. laalalalal..


( Situasi Di pejabat)

Tipula kalau huda kata En Suami tak call langsung!!
memang ada.. pukul 2.44pm..ha..tgok Huda engat tau tarikh2 darurat camtu.ehehe ..
 tapi En suami miscall aje lah.huda tak sempat nak accept panggilan En suami..
Sebok dengan kerja..dah huda tak angkat sekali..
En Suami kena la cuba untuk kali ke 2-3 kali..
hurmm..En Suami tak buat seperti yang huda nak..huwaaa~~
Huda pon satu! kredit ada kan!! (sambil huda mengangguk kepala menandakan ada berbaki  Rm13.62,),,, ehehe.tapi kan..Huda cuma nak suruh EnSuami pujukkk huda..call la..pleasee...pleasee..huk3x.


(Masih situasi sama di pejabat)

 En Suami ada Ym Huda..sekali lagi Huda terlambat balas daaa.. ini bukan sebab merajuk dah..
tapi sebab memang banyak kerja
(situasi di YM)
abang:   salam
abang:   ayang...                                                       4.02pm







Huda: salam
Huda: abang...                                                                  5.02pm




(abang tak reply)but still online..... Huwaaaaaaaa...

kembali merajukkk..sob.sob!



offline ym                                                                            5.10pm






hunf..hunff..padan muka huda! uhukss


huh!! ada ka patot..ish3x. tak patot..tak patot..memang betul2x tak patot.. 



(Situasi MALAM sebelum huda merajuk) Kejadian di Rumah.ihihihhi...

Last night En suami call...memang hari2 en suami call..bergayut berjam-jam....macam-macam benda yang kami sembang..dari satu topik ke topik yang lain sampai tak sedar jam menunjukan pukul 12;30 am lepas tu kan  ( huda dengar ketukan pintu di rumah en suami " tok.tok.tok..Assalamualikum) dan cepat-cepat en suami nak letakkan gangang..
En Suami:   " takpala ayang abang nak berehat ni"
Huda:         " yeke abang...eleh..... abang nak berehat ke sebab kawan abang ada datang tu"......
 tiba-tiba dia gelak besar..ahahah...
En suami: " dia buat dahhh.. ahahah..
sakit nya hati.
huda: Assalamualikum.
Abang: walaikumusalam..berbaki gelak masih kedengaran..( tu yang geram)
Huda: sambil menekan button merah di telefon...:)
mood entah apa-apa malam tu!!


(Malam ni)

lepas makan malam dan solat isya' Huda terus tidur..wahh bestnya baring-baring.. dapat jumpa dengan katil selimut n paling mustahak bantak busuk!!eheheh..lupa dekat Rindu si buah hati tu kejap...lalalala

Huda terjaga dari enak nya tidur..sebab mimpi  bersama Arwah mak..Rindu sangat dekat mak..mengalir air mata kejap..tambah rindu pada En suami dan Abah

Mata huda tak boleh pejam..situasi yang tidak begitu selesa utnuk huda malam ni.huda tak dapat tidur..golek ke kiri tak boleh..golek ke kanan pon sama.."tak boleh jadi ni".ngomel huda sendirian.. huda bangun dapatkan tuala kecil dan terus menuju kebilik air untuk berwudhuk..Solat hajat n sedekah kan yasin buat Allahyarhamah bonda..semoga roh mak Aman di sana bersama-sama para solehin,,amennn..Alhamdulilah.. sedikit ketenangan dan kekuatan huda dapat dari berwudhuk..

Mula teringat dekat en.suami balik..RINDU yang sangat terukkk!!Huda cuba buat panggilan tapi tak jawab..masa tu dah pukul 1153pm...rindu bangett sehh...sambil tertidur dan bangun pagi handphone diatas muka..eheheh..lena sungguh malam tadi.:):)

(Pagi ni)

Huda bangun seawal 6.00 dah terpacak kat bilik air ( awal ke??pleaselah)..eheheh..sejuk bukan main..aishh..basuh muka,gosok gigi, syampo rambut,syampoo badan, basuh kain baju semalam dan pakai malam tadi bla.bla.bla( tu pun nak cerita ke huda!!..) uhuks..takpela blog huda kan..eheheh..dah selesai semua, masuk kebilik dan terpandang handphone di sudut katil.. sipi lagi nak jatuh..ehehe.. angkat hp sambil terpandang ...hah..~~ ada miscall.auww..dari abang la.ehehehe ..kan dahkata.. abang miscal sekali je..:):):).. tetap hati huda berbunga girang..tak kira la.. nak denga jugak suara suami huda yang seharian tak dengar..aishhh rinduusehhh:):)
Huda: Assalamualaikum abang

Abang: walaikumsalam ayang dah bangun...

huda: ayang dah bangun, abang call tadi ayang tengah mandi..maaf ye,..awalnya abang bangun, hari ni tak kerja kan..balik kampung takk..(Semua soalan utk En Suami kalo boleh huda nak tanya dalam satu nafas je..rindu woooo.. semua nak one shoot..ehehe

Abang: takpa..,hari ni abang off, abang tak balik kampung abang tak tidur dari semalam tau     ayangg..

Huda: abang buat apa.. ayang call semalam pun  abang tak jawab..huhuhuh..(ayat nak pay attention) ahahaha..

Abang: ayang pun sama, abang call ayang tak jawab...

(dalam hati abang merajuk jugak kah...ahahahahaha.. baru ayang tauuu..)

Huda: yeallllaaaa....(sambil tergelak kecil)..Assalamualikum...larikkkk!!!!eeheeheh




adakah sindrom orang yang nak PMS..alalala.. cik P nak datang ke.. tak bestnya..:(..
Mood Swing..huhuhu..



P/s: Abang yang terbaik untuk ayang!!!, ayang Sayang abang sangat-sangat!!!..semoga ayang lebih tabah dan namooo merajuk-merajuk dahhh.nak jadi positif thinker dan relevan dalam semua aspek..i can control myself if u can control me also..eheheeh..sebab ayang dari tulang rusuk abang yang bengkokk kan...:):):)
I LOVE U SO MUCH!!! ....

22.1.2010 tunggu Huda nak balik kampung..hoyeahh!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...