>

Rabu, 21 November 2012

malasnya nak update


apa nak buat..bila anak dah pandai nak mengemas rumah lebih dari mamanya..aduss..berganda jadi kerja mama afham tau.. dalam letih2 pun hati saya tetap seronok!! anak yang seaktif afham seminit tak boleh senyap kecuali tidur..ngeh3.. entry yang sebelum ni cerita pasal afham masuk wad kan...masa tu afham baru nak masuk 5 bulan..now!! afham dah 11 bulan.dah pandai berjalan n berlari diusia 10 bulan..ayoyo..cepat nya anak mama ni..Alhamdulilah!!tq ALLAH banyak sebenarnya idea yang nak di tumpahkan atas entry setiap kali saya online ..tapi apakan daya!! anak lebih diutamakn dahulu`.. jom tengok gambar2 afham bila dia dah dapat kaki.. =)

Isnin, 21 Mei 2012

bila anak masuk wad


Sunyi lagi blog ni sebab Mama Afham busy sangat-sangat tp pagi ni Alhamdulillah masih diberi kelapangan masa untuk saya mengupdate,walaupun selalunya memang tak sempat! sibuk dengan aktiviti yang tak akan pernah habis2 sebagai isteri dan Ibu..syukur ALhamdulillah dipanjat kan kepada ALLAH swt atas kesenangan dan kesihatan yang baik tika ini=) Sebut pasal kesihatan baru-baru ini anak teruna saya terpaksa saya kejarkan ke wad kecemasan di hospital BM atas sebab batuk berkahak yang tak henti2 disertai dengan demam,ini kali kedua afham demam teruk..selalunya bagi ubat demam afham dah beransur pulih tapi kali ni asyik mengamuk je bila kahak tak boleh keluar dari mulut..sementelah kita yang dewasa bila kena batuk berkahak pun rimas..tambah baby yang tak tahu apa. Ahad lepas saya merasakan yang batuk berkahak afham dah masuk tahap serius dah.sampai muaka merah2, Apa lagi, kelam kabut jumpa doktor kat Hosp BM.pergi ke bhgn kecemasan,siap afham kena masuk oksigen sambil mengamuk2 bukan sebab sakit tp sebab nak tidur..ehehe, lepas doktor bhgn kecemasan tu observe Sekali kene tahan wad dan refer pada Doktor pediatrik pulak dah. So, doktor bagi Reference Letter untuk jumpe pediatrik petang tu juga, memang kes kena tahan wad la ni..tapi takpe demi anak untuk sembuh berkorban je..banyak pulak prosudere masuk wad hosp kerajaan ni..dengan anak mengamuk di kendong..mujur lah ada suami..gilir2 nak tenteram kan si anak teruna ku itu,tunggu nak masuk wad pun dekat 1 jam..dok tanya tu dok tanya ni..tapi mujur lah saya sabar, dekat pukul 3 ptg juga baru dapat katil di wad 1,letak2 afham atas katil terus lena dia..en suami pula balik rumah ambil barang2 saya n afham Tunggu punya tunggu, bertegur sapalah dengan parents yang dok sebilik. Maklumlah, mulut ramah tamah. Huehueheu. Saja meramahkan mulut sebab perasan mereka jumpa doktor yang sama. So, nak tau apa yang berlaku pada anak parents tu. Sama kes dengan Afham. demam + batuk. Ramai juga kanak2 yang kene demam + batuk berkahak ni rupanya minggu tu.musim agaknya! Ada yang sampai berkudis2 macam kudis buta. Kasihan sangat. Kalau orang luar yang tak tahu, pasti takkan nak dekat dengan kanak2 ni. Pasti takkan biar anak mereka dekat dengan kanak2 ini, risau jangkit kononnya. Saya pegang kanak-kanak ni. Kasihan. Risau physiology mereka sebenarnya. Risau ramai orang tunjuk muka geli dan sebagainya. Sebab tak ramai yang paham. Hanya orang yang eczema paham perasaan orang yang dijangkiti eczema; Hanya orang yang gemok paham perasaan orang yang gemok; Hanya orang yang ada jerawat paham perasaan orang yang ada jerawat; Hanya orang yang jongan paham perasaan orang yang jongan; Orang yang tak paham selalu buat muka geli, buat muka sinis, buat kondem, buat ejek; Kan? suami hantar barang dekat pukul 5 ptg..bagitau dia dapat cuti kecemasan dua hari..tapi yang spoil dia tak boleh teman saya jaga afham sekali..maklumlah hosp kerajaan..uhuhuh..tinggal lah saya dengan afham je malam tu..dalam hati ni yang nak buat insurans peribadi untuk afham cepat2, kalau hosp swasta anytime boleh masuk,berapa orang nak jaga pon tak kesah..bukan sebab tak mampu nak jaga afham sorang2 tapi jeles sebab en suami dapat cuti,sebaiknya guna lah cuti tu jaga afham kan..ekekekek..!! setiap 4 jam sekali tidur afham di ganggu oleh kakak2 misi yang cun untuk masukkan antibiotik,ambil tekanan darah, nadi ,check suhu demam dan sebagainya..tidur mama afham juga terganggu ..tapi mujur afham tak mengamuk sebab lali dek penagan ubat rasanya..kalau tak habis satu wad dengar suara anak mama yang lantang itu.. ha satu lagi bila hari kedua di wad agak susah nak tidur kan afham ni sebab dirumah saya letak afham dalam buaian tapi di hospital..aduiii jenuh juge lah nak pujuk afham supaya tidur dengan nyenyak..kejap2 dia bangun..tapi penyelamat tika itu adalah ubat yang diberi oleh misi yang buat dia asyik nak tidur.. hari ketiga 2 orang doktor chinnese datang check di awal pagi..macam biasa si afham ni memang ramah gamaknya besar nnti, dia dah senyum2 dengan doktor2 tu,,siap buat bunyi bunyi2 lagi.. doktor tu kata " anak kakak cerdik la,comel n sangat kiut looo" mari adik doktor check!! lepas check dada atas bawah dia cek belakang pulak, doktor kata "ok tak boleh balik lagi yea baby..dada ada bunyi lagi!kita tngok esok plak macam mana".dan lepas tu afham kena masuk oksigen selang 4 jam sekali,pukul 12 dan pukul 4 pagi tak lena diulit mimpi la mama afham sebab afham mengamuk nak tidur tak mau pakai bendalah tu..apa boleh buat nak sehat kan sayang,,mama paksa dalam manja jugaklah..akhir sekali tertidur sambil melekap oksigen di hidung afham. keesokan hari nya pun sama juga, batuk dah tak teruk sangat cuma tetiba muka, kaki dan tangan afham naik merah..macam ken gigit nyamuk..~sampai ke kelopak mata, serius dah lain jadi muka anak teruna saya tu..dari mata bulat terus jadi sepet..entah la kenapa..terus doktor suruh stay sehari lagi kemungkinan alergic dengan ubat, tak sampai petang pun,merah2 di seluruh badan afham dah berkurang,tapi nampak afham sangat tak senang duduk..mungkin kesan dari merah tu buat badan dia jadi gatal dan miang..petang tu pon doktor ada datang..dia kata kalau dah surut merah2 tu esok dah boleh balik.. "ni bukan sebab ubat kalau sebab ubat dari hari pertama lagi dah boleh detect.. ni mungkin sebab hama atau sabun yang tak sesuai", tapi oklah merah2 tu dah kurang hari kelima kebetulan en suami cuti..jadi saya suruh dia datang awal sikit ganti tempat saya jaga afham sebab saya ada urusan nak settle diluar, nak daftar itu dan ini..last tershopink lakh kat jusco perda..alasannyer nak g amik duit je,,ihihi..beli bantal dan botol susu baru kat afham..balik tu dalam 12.30 tghri terus suami gtau afham dah boleh keluar petg ni..hiphip horay la saya!.. tak sabar nak balik rumah..masa kat wad teringat dirumah walaupun kecil tapi bagai di syurga..home sweet home!!

Sabtu, 12 Mei 2012

Nak update semua resepi di FB


Hari ni terlebih rajin plak dalam anak dok demam2 ni..dah rajin toksah kata apa kn!! kehkehkeh atas permintaan kawan2 di fb yang nak resepi saya buat tu..insyaALLAH saya akan update dari semasa ke semasa..tunggu je ye..ramai yang nak cuba.sebab asyik tengok gambar je kan..tapi saya hairan la.. kenapa tak de ruang enter kat dalam blog saya yang baru ni.. boleh siapa2 tolong tak..bila nak taip resepi jadi tak best nak baca..sebab semua sama je..ermmm!! o ya..~~ templete dari biru dah tukar ke hitam..ni kes header tak muat denga templete yang lama saya..ehehe.. header tu saya order dari sahabat saya suhana..cantek kan..kalau nak tempah pon boleh kat hanakamaz ..harga RM 15 je.. =)

Resepi Nasi Ayam Penyet


Hari ni saya bangun agak lewat sikit..selepas malam tadi berjaga dari pukul 4 pagi hingga pukul 6 pg..penangan Anak bujang saya demam + batuk berkahak dan selesema dah 3 hari..kesian anak mama!!..time ni je dia sangat manja.nak beriba bagai..alahai..tak sampai hati juga saya nak letak atas tilam.. sebab saya memang tak ajar afham beriba..so dia tak kesah sangat..hari dia demam..bagi can sikit la kan..~~ ehehe Hajat hati memang tak nak tidur balik..tapi apa boleh buat, bila tengok En suami bukan main sedap lagi lena atas tilam yang empuk tu~.jeles!! .lepas betul2 pastikan afham tidur..saya pun apa lagi..tarik kain selimut semula..ngeh3x sudahnya bangun pukul 9.30pg dek terdengar bunyi suara afham menangis,suami pula tak gerakkan saya.."ayang penat sambung lah tidur lagi" wah!! dia uruskan afham pagi tadi..tapi afham tetap menangis bila saya dukung bagi susu..dia terus senyap..beriba la pulak sampai mood dia dah ok.. Last2 buat sarapan pagi dah dekat pukul 12tengahari...ehehe kebetulan anak-anak saudara saya ada dirumah tidur semalaman..pagi2 lagi dah bising lapar..ihihihi ape boleh buat.."Burger malaysia" @ pau goreng sarapan a.k.a mkn tghri.. Sambil2 makan tu..search google resepi apa nak masak hari ni..tiba2 tekak ni teringin plak nak makan Ayam penyet..terus dapat resepi dari himpunan resepi blog masakan @potret kasih..apa lagi terus cuba..kebetulan..suami nak keluar beli ubat anak..terus pesan barang2..ehehe.. Menjadi juga selepas berhempas pulas di dapur seorang2 ..mujur juga en suami kerja petang boleh la tengok2 kan anak yang sedikit manja semenjak 3 hari ..ehehe lepas makan saya tanya suami berapa bintang nak bagi..dia kata 8/10..wah bangga nya kejap..kira okla kan sebab percubaan pertama..eheheh
ni kalau korang nak cuba resepi kat bawah Resepi Nasi Ayam Penyet 1 ekor ayam ( potong2 dan asingkan bhgn isi dengan yng bukan isi eg kaki, kepak, leher, tulang dada utk di buat sup ) 1 keping tempe ( dalam peket ) 4 keping tauhu Tepung beras ( anggaran utk tabur pada ayam,tempe dan tauhu goreng ) Ulam2 ( saya guna kobis, kacang panjang, timun dll ) Bahan kisar 1 sudu makan ketumbar biji 1 sudu teh jintan kasar 1 sudu teh jintan halus 1 sudu teh lada putih 1 sudu teh serbuk kari 1 sudu teh serbuk kunyit 2 biji bawang besar 4 ulas bawang putih 1 inci halia 1 kiub ayam ( bahan kisar ini agak banyak dan nanti akan di gunakan utk memerap ayam, tempe, tauhu dan digunakan untuk membuat serdak @ kremes ) Cara Penyediaaan 1. Kisar bahan2 di atas bersama 1/2 cawan air, garam, gula dan bahan perasa/kiub ayam yang dihancurkan. 2. Kemudian perap bahan kisar bersama bhgn ayam yg telah di cuci dan di bersihkan. 3. Simpan dan perap ayam dalam peti sejuk beberapa jam sebelum di goreng. 4. Untuk menggoreng ayam, taburkan sedikit tepung beras pada ayam yang telah perap tadi kemudian goreng ayam seperti biasa. 5. Untuk tauhu, potong dua melintang, kemudian gaulkan dengan lebihan rempah perapan ayam tadi, masa nak mengoreng taburkan sedikit tepung beras dan lumur hingga rata. kemudian barulah di goreng seperti biasa. 6. Untuk tempe, potong 4 dan belah dua melintang, kemudian gaulkan dgn lebihan rempah perapan ayam. Masa mengoreng boleh tabur dengan sedikit tepung beras dan goreng seperti biasa. ……………. Untuk sup Bahagian kaki, kepak, leher, tulang rusuk ( dipotong2 ) Untuk Tumisan 3 ulas bawang putih ( di tumbuk ) 3 ulas bawang merah ( di hiris ) 1 biji bawang besar saiz kecil ( ditumbuk ) 1 inci halia ( di ketuk kasar/ ditumbuk halus 1/2 sudu makan lada putih ( ditumbuk ) rempah 3 sekawan secukupnya ( kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga ) 1 sudu makan rempah sup serbuk/ rempah bunjut garam secukupnya sedikit perasa/ kiub ayam – jika suka air secukupnya untuk kuah minyak untuk menumis daun bawang/ daun sup ( bahan tabur ) Cara membuatnya 1. Tumis rempah 3 sekawan serta bahan2 hiris/tumbuk hingga wangi kemudian masukkan ayam, rempah bunjut dan air. 2. Masak hingga ayam empuk, masukkan garam dan kiub ayam, sesuaikan rasa, bolehlah di tutup api…. ……………. Untuk Sambal 5-6 biji cili merah secekak kecil cili padi ( boleh kurang jika tak suka pedas ) 3 biji buah tomato – saya guna saiz besar belacan bakar ( anggaran 1 1/2 inci ) 1 sudu makan garam 2 sudu makan gula 1 -2 biji limau kasturi- ambil jusnya Cara membuatnya 1. Kisar semua bahan diatas bersama sedikit air masak. 2. Sesuaikan rasa garam dan gulanya – bolehlah terus dihidangkan!! ………. Bahan Serdak @ kremes 1 biji telur ayam 1 cawan air ( saya guna cawan kecil ) 2 1/2 sudu penuh tepung beras sedikit rempah perapan ayam tadi sedikit garam Cara membuatnya 1. Satukan dan kacau hingga sebati bahan2 diatas. Kalau bancuhan agak pekat tambah lagi sedikit air…. 2. Panaskan minyak ( banyak ) dalam kuali…. 3. Bila minyak dah panas… masukkan sesenduk kecil dan spread/tebar kan bancuhan tepung dalam minyak. 4. Cepat2 kacau dan goreng hingga kekuningan dan garing ( cruncy ). 5. Angkat menggunakan tos… dan buat hingga habis… ……… Untuk menghidang Hidangkan nasi, tempe dan tauhu goreng, ayam goreng, ulam dan sup ( dalam mangkuk kecil ). Serdak @ kremes tu di taburkan kat atas ayam dan tempe/tauhu….. dan bolehlah menjamu selera….

Khamis, 10 Mei 2012

suka time pregnant..


kalau retis jangan harapla kan nak tunjuk gambor tgh pregnant n besaq macam tong dram ni..afham 8 bulan dlm perut time ni..saya suka sebab saya suka gambar ni..sebab kami jarang ada gambar tangkap berdua yang ala2 romantik macam orang bercinta tu..eheh..tu pun suami saya tegak je..kami memang tak pandai nak bergambar..serius!! masa berkahwin tu jela moment paling best yang suami penah buat..tu pon photographer yang arah2 tangan kat bahu..tangan dekat pinggang...cececewahh...tak pandai kot nak pose ala2 mulut senget sebelah n mata juling2 gitu...ekeke..jadilah kenangan dengan afham dalam perut time tu..Sweet moment as sweet hubby n wifey... tapi kalau nak buang tebiat sekali sekala pesalahnye kan!! belek punya belek,rupanya banyak juga gamba dalam camera pink suami saya tu..ehehe =) nanti ada masa saya upload lagi memandangkan anak pon dah bangun... misi saya skrg nak cari hp...nak cari hp......nak cari hp.......

Selasa, 8 Mei 2012

Ameen afham pun nak kena update juga


Bulan ni anak bertuah saya dah genap 5 bulan..sekejap je masa kan..Alhamdulillah anak yang berbau syurga ini semakin hari semakin cerdik dan cerdas.. syukur pada ALLAH s.w.t atas kurniaan yang tiada nilainye ini..perasaan gembira,semangat dan rindu makin hari semakin seronok bermain2 di benak hati saya dan suami..anak membesar di depan mata adalah nikmat yang sangat sempurna. lihat si anak tidur saja hati saya tak keruan jadi sebak,rindu,manis, comel dan tenang je.. will always fall in luv with afham luvly bby, yeah ;)cewah omputih lak memalam ni
nota utk Afham: dear Afham, be good ok. ure the greatest gift. never a burden. sorry sometimes we get angry towards know-nothing-yet-beautiful you. be good, son.

HP hilang lagi


Pejam celik pejam celik kejap je sebulan dah blog ni tak berupdate..dok nanti..nanti..nak berupdate..last2 hampeh!! sebuk sangat ke kau huda oi..setakat jaga anak..masak ,basuh untuk suami~petik jari pon boleh..~~ohohoho saya sebuk buat ape eh..cer teka..ehehe...mood hobi baru saya..ehehe..ber "baking"..time rajin lah!! kalau malas toksah kata apa..jeling pon tak mau..ekekek..
ha lagi satu yang buat spoil mood sy nak update blog sebab........ hurmmm~..hp hilang lagi..saya sangat careless k..!! memang saya mengaku..ntah macam mana nak buang penyakit ni..tapi saya tak risau macam entry saya sebelum ni~ sebab saya hilang HP saya dalam rumah saya juga!!~ eheheh..jadi solution nye adalah (cari perlahan-lahan) hp pun pandai main cak-cak kan..nanti kalau saya jumpe hp saya balik saya nak babab dia..banyak songeh k..~!! hukhuk rindu la dengan hp comel warna pink saya tu.~~ bila boleh kita bertemu..=( tak ada dia saya susah sebab saya suka shoping online.. camne saya nak buat transaction untuk dapatkan nombor tagged maybank2u tu..alahaiiii... yang pink ilang suami bagi yang dia punya guna sementara warna silver brand yang sama juge..ingat kan nak beli baru macam iphone4 ke..ihihi Berangan la ko huda... eh anak pon dah bangun..terpaksa berundur dulu ye..satgi2 update lagi..angin dah rajin tiba2 ada..ehehe

Sabtu, 31 Mac 2012

Sup Daging pekat


Rajin sangat la saya semenjak dua menjak ni nak upload gambar makanan..(ceh rajin la sangat!!) =) bukan apa suami baru beli gudget baru..bila snap gambar perghhh lawa sangat.. tu yang nak share dengan semua bukan pasal dslr baru tapi pasal hobi baru saya masak n upload gambar..tumpang afham tengah lena masa ni saya guna sakan2 buat apa yang patot..sebab jap lagi kalau dia bangun..alamat memang melekap jela dengan saya..makin hari makin banyak akal afham sekarang..letih tapi Happy!! ehehe Tengahari ni EN suami pun ada di rumah so saya kodek2 icebox jumpe daging 2 minggu lepas en suami beli tak terusik pun.. mula2 dalam otak nak buat masak kicap je..dah favourite en suami..tapi alih tekak ni teringin nak makan sup lak..(ko punye tekak je eh ko kire ye huda) ehehehe SUP DAGING PEKAT..
sup ni pekat sebab ada serbuk kurma tu lah..ihihih..selamat menjamu mata..=)

Jumaat, 30 Mac 2012

masak lemak cili padi ikan tongsan


Selalunya kalau nak beli barang basah saya dan suami lebih gemar pergi tesco Alma je..paling dekat dan selesa..tapi kelmarin kami bertolak dari rumah bapa mertua di selama perak melalui jalan kulim..jadi kami singgah sebentar di tesco kulim..ambil barang apa yang patut sebab malam nanti suami saya bertugas pula..tiba2 terpandang satu slice ikan ni ..tengok isi cantek..baca tag di atas ikan tu nama tongsan..saya tak berapa nak kenal sangat jenis ikan ni..dlam kelam kabut ngn afham pun tengah merengek dekat babanya..saya pon ambil jela 3 potongan ikan tu..lepas siap barang kami pun bayar..perut pon dah berkeroncong..makan2 jap terus balik.. keesokkanya baru saya masak ikan tu..saya google tgok resepi apa yang sesuai nak masak dengan ikan tongsan ni..ramai yang buat masak lemak tempoyak..terliur gila tengok masakan dalam blog yang mantap tu..pergghh ,,tapi memamndangkan tempoyak takde stock di dapur..tukar jela la jadi masak lemak cili padi. pertama kali saya rasa isi ikan ni..agak hanyir sikit..tapi mujurlah dah rendam isi ikan tu dengan asam jawa.. rasa ikan ni macam ikan patin...ape2 pon memang sedap..

BBQ - orang iraq balik M'sia


Lepas balik rumah Bm tak sampai dua hari, tiba2 saya dapat fb chat dari kakak sy @suriaty nayan dia minta saya balik ke taiping semula sebab ada suprise!!..hurmmm~~ehehhe tertanya-tanya juga apela yang suprise nye kan...bodek punya bodek akhirnya dapat tahu juga yang kakak saya tinggal di kurdistan iraq akan balik keesokkan harinya..mana tak suprise.. selalu mereka 4 beranak ni akan balik nak dekat raya je..tup2 kali ni awal pulak..ehehhe..melompat gembira saya nak jumpa kekanda n anak2 buah tercinta..ehehe mujurlah kebetulan suami saya pun akan cuti pada hari tersebut ..=)hoyeahhhh...kami pulang ke taiping semula...~~~ beg yang belum berkemas lagi tu la saya heret balik semula ke taipinggg....wahhhhh!! rajin kauuu...ihihihi malam tu kakak saya tu teringin nak makan ikan bakar katanya dekat sana ikan kembung empat ekor dekat Rm45.00.. kat sini bukan main pulun lg..

Jumaat, 16 Mac 2012

teluk batik n Marina Cove Resort


Hari Rabu yang Lepas selepas selesai urusan Aqiqah. Saya, En suami ,Afham dan juga Wan (abah sy)kami bertolak ke lumut tepat pukul 9 pagi.. Plan asalnya nak pergi Langkawi @ PD tapi memandangkan cuti En suami pun hanya tinggal dua hari..hanya tempat terdekat saja kami tuju..sebab lumut dari taiping tak sampai 2 jam perjalan.. Kami ikut jalan beruas, jumpa air tawar,sitiawan dan sri manjung dan terus ke Marina Cove sebelum checkin hotel kami singgah di tesco manjung untuk beli pampers Afham..terus lunch dekat sana sekali.. Checkin pukul 2 ptg suami ambil superior family room tanpa balcony sebab kami datang time cuti sekolah bilik yang ada balcony semua dah penuh..bilik luas sangat perabot je agak old fesyen kit ..rasanya hotel tu mungkin dah lama..sempat juga tgok citer hindustan tp takde astro..anak n en suami pon dah terbongkang..eheheh..layan dengan abah sy jela.=) pukul 5 siap2 bagi mandi anak terus kami keluar menuju ke pekan lumut..jalan2..sepatutnya pergi mandi manda kat teluk batik dulu..tapi biasalah bila big boss a.k.a abah sy dah pegang stereng kereta..ehehe..ikut jela.. ronda2 jap pastu pusing balik ke teluk batik..sampai pun dah pukul 6.30 ramai yang dah balik dan yang setengah lagi dok mandi manda..teruja sangat si afham sebab kena hembusan angin pantai..suka n galak bukan main. okla nak dipendekan citer kita layan gamba kat bawah ye memandangkan afham dah bangun..terhad dah masa mama afham ni =) eheheh

Majlis Aqiqah Si anak Bujang Part II


Alhamdulilah hari yang di tunggu telah berlalu dengan jayanya..kami 3 beranak pun dah balik ke BM..penat semasa majlis tu takde lah terasa sangat sebab semuanya main tempah n makanan order catering je.. cerita nak mula dari 2 hari sebelum berlangsungnya majlis si anak teruna sy tu.. cerita tentang 2 ekor kambing tunggangnya seekor hitam dan seekor putih..pada asalnya kambing yang ditempah hanya satu..disebabkan kambing boer yang kami beli tu memang besar berat nye pun mencecah 50kg dan kambing2 yang lain masih belum cukup umur..berbincang dengan suami dan abah sy..cukuplah sekadar seekor .....tup-tup seminggu sebelum majlis berlangsung..abang kandung sy abg firdauz telefon bagitahu dia nak 'sponsor' seekor lagi kambing, katanya sunat untuk anak lelaki dua ekor..dah kelam kabut abg kandung sy yang sorang lagi tinggal berhampiran dengan rumah abah mencari kambing tersebut.. ALhamdulilah jumpa di saat2 akhir Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing.
Untuk majlis aqiqah Muhammad Afham kami dah balik kampung awal 3 hari sebelumnya untuk membuat preparation..en suami bercuti selama seminggu..bukan senang tau en suami nak cuti panjang2 macam tu..workholic punya olang~~ ehehe..Pagi khamis kami dah membuat temujanji dengan ustaz yang menjual kambing untuk menyembelih dua ekor kambing di rumah nya...ooohh sebenarnya macam ni..kambing ustaz tu jual hanya seekor je yang warna putih tu sebab kambing yang lain tak cukup umur dan seekor lagi abg kandung huda dapat dekat kampung lain..terima kasih abg cho susah payah cari kambing yang seekor lagi tu..pagi pukul 8 kami dah berhimpun di rumah ustaz nak tgok kambing punya pasal..sampaikan afham pon saya heret dukung bawa pi tgok kambing dia...
kambing paktam ni special sikit...kambing kampung la katakan,., break first dia makan kuih je hari2 kata tuanya... ce tgok kambing putih kat atas tu..dia makan dedak kan!! kambing hitam tu tak sentuh langsung..tak de selera katanya!! eheheh
En suami yang sangat rajin..even dah upah orang untuk sembelih n melapah..dia tetap menolong orang yang bagi upah tu..dua2 kambing pulak tu dia lapah..ehehehe rajin kan!!
ok ni untuk gift tetamu lak..apam polkadot saya tempah dekat Parit buntar..mujur dia boleh hantar ke rumah..ehehe.
DIY bunga kertas untuk 200... wah tak sangka tangan sy berseni jugak..ambil masa dua minggu nak siap..kalau anak kecik tak kacau..sehari pon boleh siap dah rasanya..=) tema PUTIH BIRU + sape2 yang nak tempah tu dialu2 kan..eheheh
coklat ni pon homeade by kakak sy ..bagi RM 50 sahaja ..nah kau!! bleh dapat dalam 150 biji.. wahhh tempat lain 2 biji tu pon dah seringgit..eheheh..Alhamdulilah rezeki anak.
kan saya dah kata En suami saya sangat rajin...ihihihi
fancy cookies ni saya tempah dekat klebang ipoh.. petang sebelum kenduri tu pergi mencari2 dengan suami rumah kakak yang buat biskut ni.tapi memang berbaloi sedap sangt walaupun jauh..=)
taraaaaa.... ciktam dah siap di perap tinggal untuk dibakar je lagi./. abgcho dan En suami mengambil peranan nak buat kambing golek ni walaupun first time ...rasa dia tak menghampakan
dah masak sikit kan.. nak tunggu 12 jam baru betul2 masak..:)
goodies bag untuk tetamu.. buat semuanya 200 pcs made DIY sendiri tau En suami nolong print n gam..jimat tak yah nak beli beg mahal2 sebab last2 orang buang jugak kan.eheh..yang terlewat datang maaf ye kalau tak dapat..
ha ni nak citer sikit pasal marhaban..aduiii.. kelam kabut jadinya..maunye tak..janji derang datang pukul 1130 pg..tiba2 tersenggul depan muka pintu pukul 1030 pg..maunnye tak kalut dengan sy belom mandi lagi..duit untuk para marhaban baru nak isi..en suami pun baru balik dari kedai..anak belum pakai baju lagi..sebaik ramai kakak2 saya yang menolong..kelam kabut juga time ni..hurmmm sabor jela..
time marhaban ni afham tak sporting langsung..dia mengamuk sakan sebab tak cukup tidur pagi tu..mana tak nya ramai sangat peminat2 yang nak main dengan dia.saya pulak memang tak layan dia langsung..merajuk la gamamknye tu..eheheh..sian mama n baba dia yang memang dah sedia kalut dari pagi lagi ..
hidangan untuk para tetamu memang sedap..ada kambing msak kurma,ayam goreng berempah,kambing golek, ayam golek, air asam, kuih badak berendam, tepung talam.. macam2 ada.. =)
bapa n mak pengantin..en suami tetap sibuk time ni..tangah dia sebok2 tu..tarik jap tangan dia nak tngkap gambo..eheheh
ni hari kedua selepas majlis..sementara butik punya orang tak datang nak ambil balik buaian ni..kami bergamba lah dulu,,maklumlah semalam pengantin mengamuk sakan..memang tak sempat nak ambil gamba ngn si kecik ni..
afham tak suka duduk atas buai ni la mama!! please la angkat..eheheh
ha last but not least.. nila abgcik sy yang men"sponsor" seekor kambing untuk Afham..TERIMA KASIH ABG CIK
Sy dan suami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kakak2 dan abang2 yang sudi membantu menjayakan majlis aqiqah afham .. love all of u very muchh!!! Thanks jugak Pada yang bagi hadiah, Duit dan "salam" buat afham..sangat2 menghargai Rasa lega sangat bila majlis Aqiqah afham dah selesai.. pasni boleh lah pergi jalan2 dah kan.. =)

Isnin, 5 Mac 2012

Diari si Tembun


Entry kali ni sepatutnya sudah lama dipublish. Tetapi disebabkan tiada internet connection, maka saya pun menyepi seketika. kalau dekat rumah abah boleh online 24/7 sebab guna streamyx. walaupun kadang2 tidak berkesempatan untuk online tetapi lappy sentiasa on. Sekarang sudah ada broadband sendiri, so boleh la online antara waktu afham sedang beradu.. bukannya apa, bosan juga kadang2 bila afham tidur. hmmm sudah hampir 1 1/2 bulan saya menguruskan anak teruna saya Muhammad Ameen Afham seorang diri tanpa bantuan kakak2 lagi.maklumlah mak dah tak ada ..kakak2 lah tempat sy menumpang kasih..pada mulanya excited nak balik rumah sendiri dan jaga afham elok2.. bila dah berada dalam situasi tu baru rasa risau dan sedikit tertekan..maklumlah setiap malam kena bangun lebih kurang 5-6 kali nak nyusukan afham..bayangkanlah!! 1/2 jam sekali afham bangun dan menangis..sgt stress tapi Alhamdulilah En suami banyak membantu, kami sama2 bangun menjaga anak even do en suami baru sahaja pulang dari kerja..penat kan kanda!! demi anak, penat pun hilang..tapi selepas mengenjak usia afham 2 bulan 1/2, waktu tidur afham dah mula teratur.. waktu malam afham bangun sekali dan kadang2 dua kali untuk menyusu..menangis tu menanngis jugak kan sayang..cuma waktu nak tidur sangat dan anak mama ni lapar je..afham pun alhamdulilah belum pernah demam lagi kembung pun jarang2..Alhamdulilah..sayang anak mama!! Siangnya afham akan bangun pukul 6.30am waktu babah nak pergi kerja.. afham main dengan baba kejap..dan sampai pukul 8 dia tak tidur lagi..pukul 8-9 tu waktu dia mandi..tahan tak mata si afham ni..mama prepare bekas mandi ,.air masak, buka baju..time tu memang seronok..sebab dia akan senyum je..buat suara ala2 manja...cair terus maama..afham memang kuat main air..tapi bila kena air sejuk ..mula la huaaarhhhhhhhhhh!!! ehehehe..extra manja anak mama ni kan.. lepas mandi siap pakai baju dan hensem2x..mula la merengek nak susu n tidor.. terus sy masukan dalam buaian..terus lena berdesih..maklumla 3 jam dah berjaga..saya pun sempat la buat breakfisrt n kerja mana2 yang patot..12-2 ptg afham akn jaga untuk menyusu dan tukar lampin, saya layan afham borak2..dia ketawa sy agah..saya agah lagi terus buat suara manje..ngeeee geramm!!! lepas tu letak afham dalam bouncing terus dia tngok tv..sempat la sy time tu nak masak2 yg ala kadar jela..sempat 1/2 jm je lepas tu di akan bunyi nak susu n tidur balik..lepas tidur pukul 5-6 dia bngun balik nk mandi..memng rutin afham semenjak dah pandai diagah ni..

Geram betul dengan manusia ni !!!..!!!


haa!! provoc je kan title kat atas tu... ya ampun memang tgh sangt geram dengan omey saya nie..maunye tak menunggu sang putera bangun dari beradu...tapi malang dia lena dibuai mimpi..nak bagi afham sy mandi..nak tgok afham sy ketawa n senyum simpul bila perut dah kenyang..nak main2 ..aishhh.. rindu afham sangat!!..
Gambar seminggu lepas..say"selamat petang mama"
tengah meeting dengan somebody..??
owh rupanya babah sy!! hurmm nak cite pasal apa ni babah.. nak tambah stock baju baru afham ke...eeheheh
Kalau pasal bola afham no komen yang sure afham ikut mama MU forever.. hurrmmm chelsea tak berapa kuat la babah..
babah:" ok minggu ni duduk je rumah ngn mama, tak yah g jalan2." !!! afham:" aallaaaa tp babah enchem kn hr ni" p/s : mama afham yang tak de kekdahnyaaa......ihihihih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...