>

Selasa, 23 November 2010

2 MinGGU LePaS 5/11/10


Tak sempat aku nak update entry untuk minggu lepas..aishhhh~~~malas sungguh rasa!!
so minggu ni kau catatkan apa yang terlintas aje la ye :)))
hari jumaat lepas kerja , aku ambil teksi dari office terus ke LRT Taman Bahagia dan terus ke KL Sentral.
aku sampai di KL Sentral pada pukul 6..sedangkan tiket perjalanan ke Taiping pada pukul 9 mlm.
awal lagi! tak tahu nak buat apa..aku pon pergilah round2 satu KL Sentral cuci-cuci mata..padahal dah bosan dah kedai yang sama aku masuk tiap2 minggu..eheheh.. dapat jugak beg tangan aku sambar satu dalam bosan2 tu.eheheeh
tuptup dapat panggilan dari abg chik suruh aku check balik jadual perjalanan ke utara sebab katanya ada jadual yang tertunda pada malam ini di sebabkan banjir yang berlaku di Perlis.
aku pun pergilah ke kaunter pertanyaan KTMB di aras dua, hati yang riang tadinya kini tak tenteram sikit, yelah dah la bersemangat sangat nak balik minggu ni... tiba-tiba ada plak jadual yang tertunda aishhhh!!!! dupdupdappp..risau dah sngt!!! ape2 pon aku tanyalah dulu..
naseb aku baik ..jadual tertunda hanya dari perjalanan ke alor star hingga padang besar sahaja!
sukanya!!! hiphip horeayyyy!! tak sabar nak naek keretapi balik kampung,........... ;) selepas berkurung 2 minggu lebih di Damansara..aishhh..bosannya!! aku terasa asing di kota batu ni...ecececeehhh!! maklumlah buah hati nun jauh di utara...
Selepas solat maghrib aku pusing-pusing lagi kat Kl Sentral dah tak tahu nak pergi mana!! masa yang berbaki tu aku hanya menghabiskannya untuk menonton berita yang disiarkan agak menarik tentang keputusan pilihan raya kecil Dun Galas dan Bukit Sapi..aku bukan lah seorang yang fanatik dengan arena politik..cuma pengetahuan semasa untuk aku!bagi aku politik banyak sandiwara banyak hipokritisme pihak2 tertentu untuk misi dan matlamat mereka sendiri..biarlah, yang penting tanggungjawab mengundi, aku akan laksanakan dengan sebaiknya mengikut ajaran Islam Al quran dan Sunnah yang sebenar-benarnya..Amenn ya Robb..tiba-tiba.tingtong!panggilan terakhir bagi penumpang keretapi Senandung langkawi dikehendaki berada di platform A..tersentak aku dengan tak sedar sudah pukul 9mlm rupanya.. terlalu asyik aku rupanya tadi.!! eheheeh~~ dengan cepat aku bergegas mengambil beg dan pastikan barang tidak tertinggal.aku masuk kedalam perut keretapi mencari tempat duduk aku.. Gerabak S1 tempat duduk C3..tak jumpe!!.. ishhh mushkillll..tersilap naik keretapi kah aku ni, getus hati kecilku..tak mungkin..cari punye cari...rupanya abg chik aku beli tiket bukan dekat gerabak kerusi tapi gerabak katil...wahhh!! bestlahh bisik ku..lepas mendapatkan katil dan meletakkan beg disisi kiriku..aku terus merebahkan diri.rasa begitu lega selepas seharian berkejar ke sana kemari..^_^ terima kasih abg chik~~
sampai di Stesyen Taiping tepat pukul 3am..abah dah setia menunggu aku sejak dari pukul 2 am lagi.. aku tersenyum lebar melihat kelibat kereta abah..entah! tiba-tiba......aku rasa sayu~sayu sangat2..sebak mengenangkan Allahyarhamah Mak..selalunya mak ada di sebelah abah dalam kereta untuk menjemput ku pulang..dengan gaya melambai padaku..aku mendakap MAK dan mencium tangannya...ArGghhhhh!!!tapi itu semua hanya tinggal kenangan.. kenangan yang terindah buat aku..kerana pernah ada seorang ibu yang begitu penyayang, seorang ibu yang amat aku sanjungi ( sungguh aku menangis saat ini) bertapa aku sangat rindu pada MAK... semuga MAK tenang di sana.....Al Fatihah...
tuptup aku dapat sms dari En abang :) berbunga kejap hati ini, "Salam , ayang dah sampai kan..ALhamdulilah, abang baru nak tido, risau ayang tak sampai lagi, tu abang tak boleh tido"
eheeheh dalam hati aku mengomel sendiri " esok pukul 6 pg abang nak bangun dah pergi kerja..kuat sungguh mata dia" :) ehehehe tersenyum aku sendiri..Alhamdulilah ALLAH SWT kurniakan seorang suami yang sangat baik,sangat penyayayang dan sangat bertanggungjawab, makbul doaku sebelum ini.. terima kasih Ya ALLAH..semuga kekal bahagia selamanya bersama abang.**because u love me**
sampai di rumah aku bergegas ke dapur buat air untuk abah mandi dan solat isya'..mata still maintain sebab aku dah lena panjang dalam ketapi tadi..tak tahu nak buat apa! nak kacau en abang..esok dia nak kerja pagi..apa lagi benda yang aku boleh buat saat itu melainkann paksa jugak untukkk ZzzzZZZZZzzzz..ehehehe
semoga berjumpa lagi di lain entry.......ta ta :):):)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...