>

Jumaat, 2 Disember 2011

Tiba masa.









Due date yg baru insha Allah 10/12/2011 ni..
Ouch, tengok tarikh arini. Ada la <8 hari lagi. Foo.
Tapi aritu ada sorang kakak sepupu  pandai2 buat ramalan http://jann-qistinaqaisara.blogspot.com, dia kata huda bersalin 4hb..
Rupanya dia doakan anak huda lahir sama dengan hari lahir suaminya abg faizul. Ehehe macam menarik jugak kan.
Tawakkaltu ‘alallah. 

Nak tahu tak, pregnant ni huda baru tahu yang doctor kira tempoh mengandung 40 minggu.
10 bulan pulak kan?.
Saya ingat macam biasa la 9 bulan 10 hari. Tapi tengok countdown babygaga kat tepi fb, dah 40 minggu lebih..
Macam pelik sikit cara kira ikut sains ni. Huhu.

Berat huda sebelum pregnant 70kg. Now berat terbaru menjengkau 3 angka tapi belum sampai lagi.ehee. Takpe la ok lah tu! lepas ni kena betul2 berpantang ye huda

Dengan ini, mintak tolong sangat,
Doakan semoga NURUL HUDA BINTI NAYAN selamat melahirkan anak, dipermudahkan Allah, baby selamat dan sihat semuanya. Amin.
Time kasih.

Dan dengan ini, HUDA dengan rendah hati,
Mohon maaf atas segala salah silap daripada semua sekali, maaf atas salah kata dan salah laku, segala buruk perasaan, buruk sangka, segala konflik, yang sengaja dan tak sengaja. HUDA minta maaf.
Mohon halalkan makan minum dan semuanya.
Sila tuntut cepat ye kalau ada apa2. :P

Insha Allah, HUDA akan melahirkan kat Hospital Taiping dan brpantang kat rumah Abah kat Rumah awam Batu 2 1/2= sila lah singgah jika berkelapangan

Family dah pesan selalu baca ni :
“La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin..”
And baru tadi kawan pesan baca ini juga :
“Thummas sabila yassarah.”

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...