>

Isnin, 28 November 2011

hari ini hari due date dan cerita 6 bulan yang lepas.:)preview back


Alhamdulilah ruang dan masa masih memberi huda kesempatan untuk meng"update' blog ini walaupun lebih 6 bulan tiada khaba berita dari huda..rindu tak...eheheh..tapi jauh disudut hati memang ingin terus menulis dan terus menulis...sampaikan suami sering bertanya mengenai blog huda"ayang dah update blog.." sambil huda membuat muka dan mengelengkan kepala"eheheh.. kemalasan terus melanda dari hari ke hari..minggu ke minggu dan bulan ke bulan..alahai...

Semua benda yang malas tu mesti ada sebab kan..ehehe..alhamdulilah kini huda dah pon pregnant(itulah sebabnya)...hari ni cukup  40 minggu dah..wauuuuweee dah 40 minggu baru nak update huda!!! rajin nye..
!!...rehat sakan..ahahah..tiba masa huda nak berjumpa dengan baby saja ni..mungkin boleh jadi malam ini..atau esok lusa..setiap hari setiap masa..setiap hari setiap masa sering berdoa kepadaNYA agar huda dan bayi ini sihat dan selamat..huda sangat rindu dengan baby dalam perut yang rajin menendang, bergolek dan menguling kat dalam ni..sakan dia ye...cepat lah menjengah dunya duhai sayang... mama dah tak sabar nak peluk sayanglah!!!...

Diberi kesempatan dan masa terluang ni huda nak cerita sikit mengenai pengalaman huda semasa mula2 dapat tahu huda mengandung 7 bulan yang lepas..ehehe..kelakar sebab dah nak masuk 3 bulan @11 minggu mengandung baru huda tahu yang ada something inside my stomach..ehehe..Alhamdulilah...hijrah huda dari rumah sewa di KL ke sisi suami di penang membawa seribu rahmat kepada kami sekeluarga..sujud syukur kepada Allah Subhanawataala diatas kurniaan yang sangat diidamkan oleh para isteri dan suami di muka bumi ini untuk meneruskan zuriat yangsoleh dan solehah mereka..amenn..kami suami isteri juga tidak ketinggalan untuk merasa nikmat itu..10.5.11 huda mengalami demam menyebabkan huda tidak ada tenaga untuk bangun bekerja..tapi disebabkan baru berpindah masuk ke cawangan baru di pulau pinang..huda gagahkan diri juga bersiap2 ke pejabat..Alhamdulilah..dihantar dan diambil oleh suami lebih bersemnagat untuk huda meneruskan jadual bekerja pada hari itu..tiada tenaga,.tiada selera membuat kan huda jadi lesu..ditambah pulang dan masuk kerumah dengan bauan masakan dari jiran sebelah rumah menyebabkan tekak huda semacam mual..tetapi huda belum mengesyaki yang huda sudah mengandung saat itu kerana bulan yang sebelumnya pun kerap berlaku huda kurang selera makan dan badan rasa tak sedap..period juga delay agak lama..jadi untuk bulan mei 2011 huda ignore jela..tak risau langsung ,..ahaha..petang 14.5.11 berbekal kan dengan nasihat suami..dari pejabat huda terus ke klinik mendapat kan ubat demam huda..konon jela..padahal dalam hati nak juga test pregnant..kalau ada.Alhamdulilah..tapi sesungguhnya memang tidak terlalu mengharap, maklumlah disebabkan bulan yang sebelumnya huda memang beriya-iya.over excited sangat dan bagitahu suami kata dah ada tanda2 macam orang mengandung....tapi hasilnya -ve..sian kan..eheheh..

selepas doktor check nadi dan tekanan darah .huda sempat  bg tahu doktor nak jalani ujian test mengandung..sebab period tak datang 2 bulan..doktor suruh ke tandas jalani prosuder biasa untuk urine test..time menunggu doktor mengesahkan tu memang tak yakin kata huda dah mengandung..tapi test jugak..atleast apa2 jadi huda bleh prepare seawal mungkin..Alhamdulilah doktor cina tu bagitahu yang hasil urine test tu ujian adalah positif...positif mean adalakan..tapi dia kata masih kecil dansuruh huda berjaga2 dengan kandungan itu..seronok bukan kepalang lagi saat itu..ternyata benda yang huda tak duga huda terima dengan penuh kesyukuran...Alhamdulilah..balik dari pejabat suami jemput..mintak suami singgah di pasaraya dan kebetulan ada jual alat test pregnancy..terus amik dan bayar..masa tu suami tak tahu lagi..huda nak sahkan sendiri yang ujian doktor jalankan siang tadi betul..wauuuweee..meragu2 tugas doktor ye..ahaha.. bukanlah macam tu..atleast huda yakin dengan sungguh2 huda dah mengandung..bukak je pintu rumah huda terus masuk ketandas...mesti suami huda pelikk,,eheheh~~selalu rehat2 duu kat ruang tamu maklumlah nak panjat tingkat 4 rumah kami.beradoi setiap kali masuk rumah..ahaha..dan bila menitiskan urine huda ke atas stick pregnancy itu..dan tiba2 naik dua line merah..gembira bukan kepalang lagi..terus huda menjerit kecil didalam tandas memanggil nama suami dan membuka pintu ala2 cite omputih dalam filem..ahaha..wah berterbangan rambut dan baju gaun..(tipulah baru balik keje dengan baju kurung tak berbuka lagi) ekeke..terus tunjukan stick test tu tadi..dua line..suami pon binggung.," ayang mengandung abang" terbeliak n terus tersenyum lebar tengok suami huda time tu...Alhamdulilah saat2 gembira yang memang huda nak kongsikan bersama suami..melihat suami tersenyum bangga dan gembira..akhirnyaa..isterimu mengandung~~ ..saat tulah yang huda tunggu selama 6 bulan perkahwinan kami.. Alhamdulilah..akan huda simpan menjadi kenangan yang terindah dalam hidup.. Bermulalah episod diari seorang bakal ibu yang sentiasa ingin di samping suami tercinta.

Sepanjang bergelar bakal mama ni..tiada alah yang teruk ..cuma sekadar muntah2 di awal pagi time mengosok gigi..memang tak boleh masuk tandas dan bau menumis..sepanjang awal pregnant tu..suami la yang bersusah payah sikit..sebab huda langsung tak boleh masuk dapur..tekak rasa semacam..alahai..itulah rupanya pengorbanan seorang suami untuk isteri tercinta..:) rasa dihargai..rasa di sayangi..rasa dicintai..kalau macam nilah rasanya tiap2 tahun nak mengandung...ahahah wauuweeee..!~~LOve AbanG sAnGaT2

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...