>

Rabu, 30 November 2011

Tanda-tanda bersalin



Semalam genap sudah huda 40 minggu..ramai saudara dan rakan taulan menanyakan tentang bkelahiran baby huda ini..Alhamdulillah..baby masih mahu berenang2,berguling2 didalam perut mamanya sambil  dihidangkan dengan makanan yang lazat2 ...ehehehe

Dari sudut emosionalnya huda agak rasa terganggu dan bimbang memikirkan baby yang belom mahu keluar ..bertanya sendiri..di mana silapnya..cara pemakanan huda ke? silap cara tidur huda ke? atau  stress sangat ke? tapi apa-pun pertanyaan yang membelenggu dalam benak fikiran ini tak mampu menandingi dengan kuasa ALLAH swt..percaya dan yakin setiap kejadian cepat dan lambat seseorang ada hikmahnya.. mungkin kerana terlalu excited dengan  persedian  yang telah dibuat untuk menyambut kelahiran bayi seorang ini. eheheh . Hanya menunggu detik untuk menatap wajah bakal anak ini yang huda dan suami nantikan.. maklumlah apabila sudah berhempas pulas mengendong , membelai satu jasad dalam perut  dengan penuh kasih sayang ini kehulu ke hilir..pasti hendak merasa manis nya nikmat menjadi ibu dan ayah kepada bayi ini..huda cuma positifkan diri baby tak lari ke mana..still inside my tummy yang aktif bergerak-gerak..

dari sudut fisiologinya pula huda berasa agak gentar dan takut memikirkan proses kelahiran yang bakal huda jalani tidak lama lagi..apa-apapun semua itu huda kena hadap dengan sabar..semoga mama dan baby akan selamat dan sihat walafiat hendakNya..amen
huda caiyokkkk~~~

jom kat bawah ni kita share ilmu sikit...
*********************************************

Tanda-Tanda Bersalin dari Alam Hamil.

Kontraksi Rahim
Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. Sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. Sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian. Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.

Sakit Belakang
Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

Pecah Ketuban
Dalam cerita drama atau filem, wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar. Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah di saat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin. Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.

Bloody Show
Di saat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam serviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. Sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.

Serviks Terbuka
Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semasa pemeriksaan faraj.

*********************************************

Tanda-Tanda Bersalin dari Ratu Hati.

Bayi Turun Ke BawahPerut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • Sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • Kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • Sakit perut & memulas
  • Kerap buang air besar
  • Kerap terkentut

Keluar Lendir Pekat Atau Keluar Darah Bercampur Lendir
  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.

Sakit Belakang

  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

Pecah Air Ketuban

Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

Pintu Pangkal Rahim Terbuka Dan Menipis
Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.

Kontraksi Yang Tetap Dan Berterusan
Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda.

*********************************************

Tanda-Tanda Bersalin dari mengandung.com.

Biasanya ada 3 tanda utama yang menunjukkan seseorang itu telah hampir masa untuk melahirkan anak, iaitu:
  • Lumrahnya, apabila berlaku pengeluaran lendir yang bercampur dengan darah di faraj. Pengeluaran ini menunjukkan bahawa ruang serviks anda telah mula membuka dan menyebabkan cecair lendir bercampur darah tadi keluar.
  • Apabila air ketuban mula pecah dalam proses pengecutan rahim yang menyebabkan pemecahan karung bayi. Air ketuban ini berbau hanyir dan tidak bewarna. Tidak seperti air kencing yang bewarna kuning dan berbau hancing. Pastikan pada masa ini anda telah sampai di pusat bersalin yang telah dipilih, jika tidak segera dapatkan bantuan untuk ke hospital.
  • Apabila anda mula berasa sakit di bahagian perut dan belakang seumpama sakit tatkala senggugut, tapi yang ini lebih sakit dari senggugut. Sakit ini datang sekali sekala yang biasanya selang sejam, kemudian makin kerap sehingga selang 15 minit dan seterusnya setiap 5 minit dan rasa sakit makin kuat. Setiap kali rasa sakit itu datang, ia akan berlarutan sehingga 15 ke 30 saat.
*********************************************

Selasa, 29 November 2011

cuti sekolah ...Huda pon bercuti..yehaa


Assalamualaikum...dan salam sejahtera ..hari ni genap dua minggu cuti sekolah bermula.. begitu jugalah dengan huda hampir dua minggu dirumah abah menunggu detik baby keluar saje lagi..hari ni sehari due "terover" eheheh...mengusung la perut kesana dan kemari lagi..wauweee..mungkin hikmah yang tersirat huda tak tahu..mungkin baby nak bagi mama dia rest cukup2x..lepas ni "selamat berjaga malam mama n baba" huk2x...bayangkanlah nanti..eheh..macam mana pon mama sayang baby..semoga baby keluar cepat2 n sihat2 saja ye..

Sepanjang huda berada di rumah abah ni..ada cucu2 abah yang turut serta tinggal disini.. Almaklumlah cuti sekolah yang panjang...anak abang huda yang sulong seramai 3 orang dua perempuan dan seorang lelaki...penat juga melayan kerenah anak2 buah huda ni..macam2 permintaan macam2 kerenah ada yang nak menolong ada yang rajin menolong utk memungah..aduhaiii..bangun2 tidur terus menghadap televisyen..sampai nak tidur pun tak henti2 lagi dengan cerita yang ditotnton..cerita apa lagi kan..cerita kartoon la..sampai mak buahnye ni tak sempat nak tengok cerita lain.. kadang2 tu kena sorok alat kawalan jauh tu..eheheh,,,kalau tak bagi tengok ada pulak kerja lain yang nak dibuat..ehehe terselamat la sekejap dari saban hari mengemas rumah dengan memberi "remote" itu kepada mereka..

Kalau zaman kita dulu..memang berlain sangatkan..cuti2 sekolah macam  ni ada je xtvt yang nak dibuat..main masak2x dengan kawan2..main rounders..main tepuk gambar..aishh macam2 la permainan yang boleh dimain ketika itu..sampaikan nak makan tu pon kena panggil dan kena marah dengan mak.tapi zaman sekarang dah lain..budak2 sekarang macam dah pasif asyik menghadap tv dan internet sahaja..almaklumlah dunia sekarang macam2 kejadian yang berlaku.di cetuskan dengan anasir2 penculikan kanak2 yang sangat berleluasa di media2 tv saat ini.dan ibu bapa mengambil jalan yang.lebih selamat iaitu menghidangkan xtvt televisyen dan internet sahaja dirumah..

Bagaimana pula dengan keadaan  anak2 huda nanti ye..makin takut dengan masalah2 sosial yang berlaku pada zaman yang serba teknologi ini....mudah2 doa ibu dan usaha ayah membentuk dan  menjadikan anak2 yang sempurna cerdik aqal serta soleh dan solehah berterusan hingga akhir hayat...




p/s (dah mula terasa naluri seorang ibu membenih dalam jiwa) ecewaaahhhh

Isnin, 28 November 2011

hari ini hari due date dan cerita 6 bulan yang lepas.:)preview back


Alhamdulilah ruang dan masa masih memberi huda kesempatan untuk meng"update' blog ini walaupun lebih 6 bulan tiada khaba berita dari huda..rindu tak...eheheh..tapi jauh disudut hati memang ingin terus menulis dan terus menulis...sampaikan suami sering bertanya mengenai blog huda"ayang dah update blog.." sambil huda membuat muka dan mengelengkan kepala"eheheh.. kemalasan terus melanda dari hari ke hari..minggu ke minggu dan bulan ke bulan..alahai...

Semua benda yang malas tu mesti ada sebab kan..ehehe..alhamdulilah kini huda dah pon pregnant(itulah sebabnya)...hari ni cukup  40 minggu dah..wauuuuweee dah 40 minggu baru nak update huda!!! rajin nye..
!!...rehat sakan..ahahah..tiba masa huda nak berjumpa dengan baby saja ni..mungkin boleh jadi malam ini..atau esok lusa..setiap hari setiap masa..setiap hari setiap masa sering berdoa kepadaNYA agar huda dan bayi ini sihat dan selamat..huda sangat rindu dengan baby dalam perut yang rajin menendang, bergolek dan menguling kat dalam ni..sakan dia ye...cepat lah menjengah dunya duhai sayang... mama dah tak sabar nak peluk sayanglah!!!...

Diberi kesempatan dan masa terluang ni huda nak cerita sikit mengenai pengalaman huda semasa mula2 dapat tahu huda mengandung 7 bulan yang lepas..ehehe..kelakar sebab dah nak masuk 3 bulan @11 minggu mengandung baru huda tahu yang ada something inside my stomach..ehehe..Alhamdulilah...hijrah huda dari rumah sewa di KL ke sisi suami di penang membawa seribu rahmat kepada kami sekeluarga..sujud syukur kepada Allah Subhanawataala diatas kurniaan yang sangat diidamkan oleh para isteri dan suami di muka bumi ini untuk meneruskan zuriat yangsoleh dan solehah mereka..amenn..kami suami isteri juga tidak ketinggalan untuk merasa nikmat itu..10.5.11 huda mengalami demam menyebabkan huda tidak ada tenaga untuk bangun bekerja..tapi disebabkan baru berpindah masuk ke cawangan baru di pulau pinang..huda gagahkan diri juga bersiap2 ke pejabat..Alhamdulilah..dihantar dan diambil oleh suami lebih bersemnagat untuk huda meneruskan jadual bekerja pada hari itu..tiada tenaga,.tiada selera membuat kan huda jadi lesu..ditambah pulang dan masuk kerumah dengan bauan masakan dari jiran sebelah rumah menyebabkan tekak huda semacam mual..tetapi huda belum mengesyaki yang huda sudah mengandung saat itu kerana bulan yang sebelumnya pun kerap berlaku huda kurang selera makan dan badan rasa tak sedap..period juga delay agak lama..jadi untuk bulan mei 2011 huda ignore jela..tak risau langsung ,..ahaha..petang 14.5.11 berbekal kan dengan nasihat suami..dari pejabat huda terus ke klinik mendapat kan ubat demam huda..konon jela..padahal dalam hati nak juga test pregnant..kalau ada.Alhamdulilah..tapi sesungguhnya memang tidak terlalu mengharap, maklumlah disebabkan bulan yang sebelumnya huda memang beriya-iya.over excited sangat dan bagitahu suami kata dah ada tanda2 macam orang mengandung....tapi hasilnya -ve..sian kan..eheheh..

selepas doktor check nadi dan tekanan darah .huda sempat  bg tahu doktor nak jalani ujian test mengandung..sebab period tak datang 2 bulan..doktor suruh ke tandas jalani prosuder biasa untuk urine test..time menunggu doktor mengesahkan tu memang tak yakin kata huda dah mengandung..tapi test jugak..atleast apa2 jadi huda bleh prepare seawal mungkin..Alhamdulilah doktor cina tu bagitahu yang hasil urine test tu ujian adalah positif...positif mean adalakan..tapi dia kata masih kecil dansuruh huda berjaga2 dengan kandungan itu..seronok bukan kepalang lagi saat itu..ternyata benda yang huda tak duga huda terima dengan penuh kesyukuran...Alhamdulilah..balik dari pejabat suami jemput..mintak suami singgah di pasaraya dan kebetulan ada jual alat test pregnancy..terus amik dan bayar..masa tu suami tak tahu lagi..huda nak sahkan sendiri yang ujian doktor jalankan siang tadi betul..wauuuweee..meragu2 tugas doktor ye..ahaha.. bukanlah macam tu..atleast huda yakin dengan sungguh2 huda dah mengandung..bukak je pintu rumah huda terus masuk ketandas...mesti suami huda pelikk,,eheheh~~selalu rehat2 duu kat ruang tamu maklumlah nak panjat tingkat 4 rumah kami.beradoi setiap kali masuk rumah..ahaha..dan bila menitiskan urine huda ke atas stick pregnancy itu..dan tiba2 naik dua line merah..gembira bukan kepalang lagi..terus huda menjerit kecil didalam tandas memanggil nama suami dan membuka pintu ala2 cite omputih dalam filem..ahaha..wah berterbangan rambut dan baju gaun..(tipulah baru balik keje dengan baju kurung tak berbuka lagi) ekeke..terus tunjukan stick test tu tadi..dua line..suami pon binggung.," ayang mengandung abang" terbeliak n terus tersenyum lebar tengok suami huda time tu...Alhamdulilah saat2 gembira yang memang huda nak kongsikan bersama suami..melihat suami tersenyum bangga dan gembira..akhirnyaa..isterimu mengandung~~ ..saat tulah yang huda tunggu selama 6 bulan perkahwinan kami.. Alhamdulilah..akan huda simpan menjadi kenangan yang terindah dalam hidup.. Bermulalah episod diari seorang bakal ibu yang sentiasa ingin di samping suami tercinta.

Sepanjang bergelar bakal mama ni..tiada alah yang teruk ..cuma sekadar muntah2 di awal pagi time mengosok gigi..memang tak boleh masuk tandas dan bau menumis..sepanjang awal pregnant tu..suami la yang bersusah payah sikit..sebab huda langsung tak boleh masuk dapur..tekak rasa semacam..alahai..itulah rupanya pengorbanan seorang suami untuk isteri tercinta..:) rasa dihargai..rasa di sayangi..rasa dicintai..kalau macam nilah rasanya tiap2 tahun nak mengandung...ahahah wauuweeee..!~~LOve AbanG sAnGaT2
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...