>

Sabtu, 12 Mei 2012

Resepi Nasi Ayam Penyet


Hari ni saya bangun agak lewat sikit..selepas malam tadi berjaga dari pukul 4 pagi hingga pukul 6 pg..penangan Anak bujang saya demam + batuk berkahak dan selesema dah 3 hari..kesian anak mama!!..time ni je dia sangat manja.nak beriba bagai..alahai..tak sampai hati juga saya nak letak atas tilam.. sebab saya memang tak ajar afham beriba..so dia tak kesah sangat..hari dia demam..bagi can sikit la kan..~~ ehehe Hajat hati memang tak nak tidur balik..tapi apa boleh buat, bila tengok En suami bukan main sedap lagi lena atas tilam yang empuk tu~.jeles!! .lepas betul2 pastikan afham tidur..saya pun apa lagi..tarik kain selimut semula..ngeh3x sudahnya bangun pukul 9.30pg dek terdengar bunyi suara afham menangis,suami pula tak gerakkan saya.."ayang penat sambung lah tidur lagi" wah!! dia uruskan afham pagi tadi..tapi afham tetap menangis bila saya dukung bagi susu..dia terus senyap..beriba la pulak sampai mood dia dah ok.. Last2 buat sarapan pagi dah dekat pukul 12tengahari...ehehe kebetulan anak-anak saudara saya ada dirumah tidur semalaman..pagi2 lagi dah bising lapar..ihihihi ape boleh buat.."Burger malaysia" @ pau goreng sarapan a.k.a mkn tghri.. Sambil2 makan tu..search google resepi apa nak masak hari ni..tiba2 tekak ni teringin plak nak makan Ayam penyet..terus dapat resepi dari himpunan resepi blog masakan @potret kasih..apa lagi terus cuba..kebetulan..suami nak keluar beli ubat anak..terus pesan barang2..ehehe.. Menjadi juga selepas berhempas pulas di dapur seorang2 ..mujur juga en suami kerja petang boleh la tengok2 kan anak yang sedikit manja semenjak 3 hari ..ehehe lepas makan saya tanya suami berapa bintang nak bagi..dia kata 8/10..wah bangga nya kejap..kira okla kan sebab percubaan pertama..eheheh
ni kalau korang nak cuba resepi kat bawah Resepi Nasi Ayam Penyet 1 ekor ayam ( potong2 dan asingkan bhgn isi dengan yng bukan isi eg kaki, kepak, leher, tulang dada utk di buat sup ) 1 keping tempe ( dalam peket ) 4 keping tauhu Tepung beras ( anggaran utk tabur pada ayam,tempe dan tauhu goreng ) Ulam2 ( saya guna kobis, kacang panjang, timun dll ) Bahan kisar 1 sudu makan ketumbar biji 1 sudu teh jintan kasar 1 sudu teh jintan halus 1 sudu teh lada putih 1 sudu teh serbuk kari 1 sudu teh serbuk kunyit 2 biji bawang besar 4 ulas bawang putih 1 inci halia 1 kiub ayam ( bahan kisar ini agak banyak dan nanti akan di gunakan utk memerap ayam, tempe, tauhu dan digunakan untuk membuat serdak @ kremes ) Cara Penyediaaan 1. Kisar bahan2 di atas bersama 1/2 cawan air, garam, gula dan bahan perasa/kiub ayam yang dihancurkan. 2. Kemudian perap bahan kisar bersama bhgn ayam yg telah di cuci dan di bersihkan. 3. Simpan dan perap ayam dalam peti sejuk beberapa jam sebelum di goreng. 4. Untuk menggoreng ayam, taburkan sedikit tepung beras pada ayam yang telah perap tadi kemudian goreng ayam seperti biasa. 5. Untuk tauhu, potong dua melintang, kemudian gaulkan dengan lebihan rempah perapan ayam tadi, masa nak mengoreng taburkan sedikit tepung beras dan lumur hingga rata. kemudian barulah di goreng seperti biasa. 6. Untuk tempe, potong 4 dan belah dua melintang, kemudian gaulkan dgn lebihan rempah perapan ayam. Masa mengoreng boleh tabur dengan sedikit tepung beras dan goreng seperti biasa. ……………. Untuk sup Bahagian kaki, kepak, leher, tulang rusuk ( dipotong2 ) Untuk Tumisan 3 ulas bawang putih ( di tumbuk ) 3 ulas bawang merah ( di hiris ) 1 biji bawang besar saiz kecil ( ditumbuk ) 1 inci halia ( di ketuk kasar/ ditumbuk halus 1/2 sudu makan lada putih ( ditumbuk ) rempah 3 sekawan secukupnya ( kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga ) 1 sudu makan rempah sup serbuk/ rempah bunjut garam secukupnya sedikit perasa/ kiub ayam – jika suka air secukupnya untuk kuah minyak untuk menumis daun bawang/ daun sup ( bahan tabur ) Cara membuatnya 1. Tumis rempah 3 sekawan serta bahan2 hiris/tumbuk hingga wangi kemudian masukkan ayam, rempah bunjut dan air. 2. Masak hingga ayam empuk, masukkan garam dan kiub ayam, sesuaikan rasa, bolehlah di tutup api…. ……………. Untuk Sambal 5-6 biji cili merah secekak kecil cili padi ( boleh kurang jika tak suka pedas ) 3 biji buah tomato – saya guna saiz besar belacan bakar ( anggaran 1 1/2 inci ) 1 sudu makan garam 2 sudu makan gula 1 -2 biji limau kasturi- ambil jusnya Cara membuatnya 1. Kisar semua bahan diatas bersama sedikit air masak. 2. Sesuaikan rasa garam dan gulanya – bolehlah terus dihidangkan!! ………. Bahan Serdak @ kremes 1 biji telur ayam 1 cawan air ( saya guna cawan kecil ) 2 1/2 sudu penuh tepung beras sedikit rempah perapan ayam tadi sedikit garam Cara membuatnya 1. Satukan dan kacau hingga sebati bahan2 diatas. Kalau bancuhan agak pekat tambah lagi sedikit air…. 2. Panaskan minyak ( banyak ) dalam kuali…. 3. Bila minyak dah panas… masukkan sesenduk kecil dan spread/tebar kan bancuhan tepung dalam minyak. 4. Cepat2 kacau dan goreng hingga kekuningan dan garing ( cruncy ). 5. Angkat menggunakan tos… dan buat hingga habis… ……… Untuk menghidang Hidangkan nasi, tempe dan tauhu goreng, ayam goreng, ulam dan sup ( dalam mangkuk kecil ). Serdak @ kremes tu di taburkan kat atas ayam dan tempe/tauhu….. dan bolehlah menjamu selera….

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...