>

Isnin, 21 April 2014

selamat tinggal abah.. 1943-2014


Assalamualaikum..



Hari yang sedih , minggu yang sebak, bulan yang penuh kesedihan, tahun2 yang mendatang tidak lagi mendapat kasih sayang seorang abah..



abah dah tiada di dunia..abah telah dijemput oleh NYA pada 18hb 4 2014 pada pukul 8:27 pagi hari jumaat yang indah.

bertuahnya abah dengan hari jumaat..



Allah..dan bertapa perit nya kami adik beradik utk melalui hari2 yang mendatang tanpa abah disisi..

selalu ada sahaja nasihatnya, ada sahaja tegurannya, ada sahaja ilmu2 akhirat nya yang dikongsi dengan kami anak2 abah

tapi sekarang semua dah hilang..hanya kenangan terikat kuat di hati ini..




selepas 3 tahun 6 bulan emak dijemput olehNya.. kini giliran abah pula..kami anak2 redho ..

abah telah selamat kembali kepada penciptanya dengan baik .. jasad yang sempurna, walaupun di dunia abah di caci di hina.

takpa..kata abah "itu semua urusan dunia yang pasti ALLAH tak memandang hina dengan kita hambaNYA"

Allah... tabah nya insan bernama abah..



semua sudah ditetapkan oleh sang penciptaNya setiap yang hidup pasti akan merasai kematian..semoga abah ditempatkan disisi para syuhada..soleh solehin

Semoga emak dan abah dapat bertemu semula di sana ...emak adalah bidadari syurga kepada abah yang setia.


Al fatihah buat ayahnda n bonda tercinta
HJ NAYAN @ AMINUDIN Bin Che Piah
HJH HAJAR Binti Rafaeah

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...