Jumaat, 16 Mac 2012
teluk batik n Marina Cove Resort
Hari Rabu yang Lepas selepas selesai urusan Aqiqah. Saya, En suami ,Afham dan juga Wan (abah sy)kami bertolak ke lumut tepat pukul 9 pagi..
Plan asalnya nak pergi Langkawi @ PD tapi memandangkan cuti En suami pun hanya tinggal dua hari..hanya tempat terdekat saja kami tuju..sebab lumut dari taiping tak sampai 2 jam perjalan.. Kami ikut jalan beruas, jumpa air tawar,sitiawan dan sri manjung dan terus ke Marina Cove sebelum checkin hotel kami singgah di tesco manjung untuk beli pampers Afham..terus lunch dekat sana sekali..
Checkin pukul 2 ptg suami ambil superior family room tanpa balcony sebab kami datang time cuti sekolah bilik yang ada balcony semua dah penuh..bilik luas sangat perabot je agak old fesyen kit ..rasanya hotel tu mungkin dah lama..sempat juga tgok citer hindustan tp takde astro..anak n en suami pon dah terbongkang..eheheh..layan dengan abah sy jela.=)
pukul 5 siap2 bagi mandi anak terus kami keluar menuju ke pekan lumut..jalan2..sepatutnya pergi mandi manda kat teluk batik dulu..tapi biasalah bila big boss a.k.a abah sy dah pegang stereng kereta..ehehe..ikut jela.. ronda2 jap pastu pusing balik ke teluk batik..sampai pun dah pukul 6.30 ramai yang dah balik dan yang setengah lagi dok mandi manda..teruja sangat si afham sebab kena hembusan angin pantai..suka n galak bukan main.
okla nak dipendekan citer kita layan gamba kat bawah ye memandangkan afham dah bangun..terhad dah masa mama afham ni =) eheheh
Majlis Aqiqah Si anak Bujang Part II
Alhamdulilah hari yang di tunggu telah berlalu dengan jayanya..kami 3 beranak pun dah balik ke BM..penat semasa majlis tu takde lah terasa sangat sebab semuanya main tempah n makanan order catering je.. cerita nak mula dari 2 hari sebelum berlangsungnya majlis si anak teruna sy tu.. cerita tentang 2 ekor kambing tunggangnya
seekor hitam dan seekor putih..pada asalnya kambing yang ditempah hanya satu..disebabkan kambing boer yang kami beli tu memang besar berat nye pun mencecah 50kg dan kambing2 yang lain masih belum cukup umur..berbincang dengan suami dan abah sy..cukuplah sekadar seekor .....tup-tup seminggu sebelum majlis berlangsung..abang kandung sy abg firdauz telefon bagitahu dia nak 'sponsor' seekor lagi kambing, katanya sunat untuk anak lelaki dua ekor..dah kelam kabut abg kandung sy yang sorang lagi tinggal berhampiran dengan rumah abah mencari kambing tersebut.. ALhamdulilah jumpa di saat2 akhir
Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing.

Untuk majlis aqiqah Muhammad Afham kami dah balik kampung awal 3 hari sebelumnya untuk membuat preparation..en suami bercuti selama seminggu..bukan senang tau en suami nak cuti panjang2 macam tu..workholic punya olang~~ ehehe..Pagi khamis kami dah membuat temujanji dengan ustaz yang menjual kambing untuk menyembelih dua ekor kambing di rumah nya...ooohh sebenarnya macam ni..kambing ustaz tu jual hanya seekor je yang warna putih tu sebab kambing yang lain tak cukup umur dan seekor lagi abg kandung huda dapat dekat kampung lain..terima kasih abg cho susah payah cari kambing yang seekor lagi tu..pagi pukul 8 kami dah berhimpun di rumah ustaz nak tgok kambing punya pasal..sampaikan afham pon saya Isnin, 5 Mac 2012
Diari si Tembun
Entry kali ni sepatutnya sudah lama dipublish. Tetapi disebabkan tiada internet connection, maka saya pun menyepi seketika. kalau dekat rumah abah boleh online 24/7 sebab guna streamyx. walaupun kadang2 tidak berkesempatan untuk online tetapi lappy sentiasa on. Sekarang sudah ada broadband sendiri, so boleh la online antara waktu afham sedang beradu.. bukannya apa, bosan juga kadang2 bila afham tidur.
hmmm sudah hampir 1 1/2 bulan saya menguruskan anak teruna saya Muhammad Ameen Afham seorang diri tanpa bantuan kakak2 lagi.maklumlah mak dah tak ada ..kakak2 lah tempat sy menumpang kasih..pada mulanya excited nak balik rumah sendiri dan jaga afham elok2.. bila dah berada dalam situasi tu baru rasa risau dan sedikit tertekan..maklumlah setiap malam kena bangun lebih kurang 5-6 kali nak nyusukan afham..bayangkanlah!! 1/2 jam sekali afham bangun dan menangis..sgt stress tapi Alhamdulilah En suami banyak membantu, kami sama2 bangun menjaga anak even do en suami baru sahaja pulang dari kerja..penat kan kanda!! demi anak, penat pun hilang..tapi selepas mengenjak usia afham 2 bulan 1/2, waktu tidur afham dah mula teratur.. waktu malam afham bangun sekali dan kadang2 dua kali untuk menyusu..menangis tu menanngis jugak kan sayang..cuma waktu nak tidur sangat dan anak mama ni lapar je..afham pun alhamdulilah belum pernah demam lagi kembung pun jarang2..Alhamdulilah..sayang anak mama!!
Siangnya afham akan bangun pukul 6.30am waktu babah nak pergi kerja.. afham main dengan baba kejap..dan sampai pukul 8 dia tak tidur lagi..pukul 8-9 tu waktu dia mandi..tahan tak mata si afham ni..mama prepare bekas mandi ,.air masak, buka baju..time tu memang seronok..sebab dia akan senyum je..buat suara ala2 manja...cair terus maama..afham memang kuat main air..tapi bila kena air sejuk ..mula la huaaarhhhhhhhhhh!!! ehehehe..extra manja anak mama ni kan.. lepas mandi siap pakai baju dan hensem2x..mula la merengek nak susu n tidor.. terus sy masukan dalam buaian..terus lena berdesih..maklumla 3 jam dah berjaga..saya pun sempat la buat breakfisrt n kerja mana2 yang patot..12-2 ptg afham akn jaga untuk menyusu dan tukar lampin, saya layan afham borak2..dia ketawa sy agah..saya agah lagi terus buat suara manje..ngeeee geramm!!! lepas tu letak afham dalam bouncing terus dia tngok tv..sempat la sy time tu nak masak2 yg ala kadar jela..sempat 1/2 jm je lepas tu di akan bunyi nak susu n tidur balik..lepas tidur pukul 5-6 dia bngun balik nk mandi..memng rutin afham semenjak dah pandai diagah ni..
Geram betul dengan manusia ni !!!..!!!
haa!! provoc je kan title kat atas tu...
ya ampun memang tgh sangt geram dengan omey saya nie..maunye tak menunggu sang putera bangun dari beradu...tapi malang dia lena dibuai mimpi..nak bagi afham sy mandi..nak tgok afham sy ketawa n senyum simpul bila perut dah kenyang..nak main2 ..aishhh.. rindu afham sangat!!..
Gambar seminggu lepas..say"selamat petang mama"
tengah meeting dengan somebody..??
owh rupanya babah sy!! hurmm nak cite pasal apa ni babah.. nak tambah stock baju baru afham ke...eeheheh
Kalau pasal bola afham no komen yang sure afham ikut mama MU forever.. hurrmmm chelsea tak berapa kuat la babah..
babah:" ok minggu ni duduk je rumah ngn mama, tak yah g jalan2." !!! afham:" aallaaaa tp babah enchem kn hr ni"
p/s : mama afham yang tak de kekdahnyaaa......ihihihih
terlupa atau tak kenal
rasa teringin benor nak makan kuih koci.. semalam sy meng google resepi kuih traditional last2 terpikat rasa nak buat kuih tu..ok takpe! semua bahan ada kecuali nyior (kelapa) dengan semangat nya gerak En suami suruh g kedai..maklumla En suami kerja malam lepas solat subuh apa lagi ZzzzZZZ la kan.. afham dah siap mandi..ape2 pon afham dulu kena settle..lepas dia tidur baru lega sy nak buat kerja..tulis surat cinta eh surat pesanan barang..(macam budak tadikan en suami kena wat note bagai) ehehe..tapi tetap sweet....karang tersepak batu terlupa satu barang eh bukan takut lebam je ibu jari tu..ihihi .. kertas pesanan seperti dibawah..tulisan yang tak lawa tu sila abaikan !!
setelah satu jam en suami balik terkenting2 bawa barang2 yang dipesan..peluh menjurai2 sebab kena naik tangga tingkat 3.ehehe..penat kan..bydaway thank you longkong!!!semua ada kecuali nyior .~~ alalala...benda tu nak buat kuih koci petang nanti..saja tanya lagi kat en suami walaupun tgok dalam beg plastik tu memang tak de nyior " abang tak beli nyior ke" memang gitu kot perangai orang pompuan.. ehehe my longkong jawab "ada tu semua dalam beg plastik"..isteri dia pun tanya balik "ait yang tak pesan pon ada ni bang..tauhu banyak nye"..10 keping hamik kaw~ my longkong kata" eh tu bukan nyior ke?? ahahahah...dalam sejarah hidup saya paling banyak pernah beli tauhu 3 keping je..tu pon tak tahu nak buat ape..sebab bukan peminat tegar tau.. en suami said "sory yang.. abang terlupa" dalam hati sy kata terlupa ke tak kenal~!!;P hurmmm cancel buat kuih koci ye bang !
Gila ber"baking" skrg ni
Entah kenapa tetiba angin rajin datang nak mem'baking' skrg ni..terpengaruh dengan keenakan masakan kakak2 di dalam fb agaknya..bersemangat sungguh minggu lepas membeli belah barang untuk membuat kek dan sebagainya....walhal ibu beranak kecil seperti sy ni sudah tentu sibuk menguruskan bayi kecil saya kan..ALhamdulilah..makin mudah sekarang menjaga afham setelah mengenjak usia 2 bulan.. Tq sayang
malam ni taraaaaa.. rajin tak sy!! tart telur dan supper spagheti untuk rumet sy..hanya untuk en suami!! ihihih
Jumaat, 24 Februari 2012
A for Afham
dua bulan sudah umur afham.rasa sekejap je masa berlalu.percaya tak Afham sudah pandai menyebut kalimah "Allah"...terkesima sungguh!! ..agaknya gitula dia dalam perut dulu berzikir~tanpa putus dan bahagia serba ada walau dlm dunia "Rahim" kecil mama. love u afham!! Mungkin anak orang lain pon boleh menyebut kalimah itu juga =) Alhamdulilah. Semalam sy ajar afham ABC,Alif Ba Ta, afham hanya pandai menyebut "A".. yang selebihnya hanyalah .."ekk.ekk..engeyy..akok..aghe.." afham juga sudah bnyk berjaga sekarang. Dia suka diberi perhatian dan bermain..tambah2 jika baru lepas mandi..bukan main lagi galaknya..ehehe. Dia suka bila kita berbual-bual ,beri perhatian dan memujinya..senyuman nye bukan main simpul lagi..cair hati mama!! kadang2 dia akan menjerit kuat bila di agah atau pun mama n baba sibuk wat keje rumah..pay attention la tu~~ ehehe Tak sabar nak bawa afham g bercuti! babah kata cuti sekolah ni insyaALLAH..mama n babah afham tak sempat pergi honeymoon pon lagi..eheheh
Selasa, 21 Februari 2012
Majlis aqiqah si anak Bujang
sudah lama tidak meng "update" blog huh! kemahuan itu ada, namun kesempatan itu tiada. sibuk menguruskan rumahtangga dan menjadi ibu sepenuh masa buat afham ;)masih banyak perkara yang perlu dipelajari sebab kadang2 sy terfikir sy masih belum cukup sempurna dan terbaik buat afham. sudah dua bulan afham makin hari makin berisi.
ok sy sedang berkira-kira ,mahu menyediakan persiapan untuk majlis aqiqah afham, kelmarin lepas semasa balik kampung sempat juga pergi mencari kambing2 untuk diaqiqah kan pada majlis tersebut..dua ekor kambing sedang dalam proses pencarian lagi. sungguh sedangkan majlis tinggal kira2 20 hari shj. banyak tempat yang sy, abah, abang kakak dan si kenit afham gi survey lepas satu kampung kami ke kampung yang lain..kebanyakan kambing2 mereka sudah ditempah orang ataupun yang tinggal masih tidak cukup umur.di kala pening memirkan masalah kmbing..terfikir sejenak jika ada tanah mahu sahaja sy membela kambing2 ni...huh`` kalau ada tanah sanggup ke..ceh! ihihh
idea: ole-ole manis
idea:door gift beg kertas
idea:bunga telur teddy bear
yang ni semalam dah buat sikit..kalau tak jumpe teddy bear kecik tu bunga jela sy bagi ye..homemade lebih jimat..=)
Pelamin : done sudah tempah
ok sy sedang berkira-kira ,mahu menyediakan persiapan untuk majlis aqiqah afham, kelmarin lepas semasa balik kampung sempat juga pergi mencari kambing2 untuk diaqiqah kan pada majlis tersebut..dua ekor kambing sedang dalam proses pencarian lagi. sungguh sedangkan majlis tinggal kira2 20 hari shj. banyak tempat yang sy, abah, abang kakak dan si kenit afham gi survey lepas satu kampung kami ke kampung yang lain..kebanyakan kambing2 mereka sudah ditempah orang ataupun yang tinggal masih tidak cukup umur.di kala pening memirkan masalah kmbing..terfikir sejenak jika ada tanah mahu sahaja sy membela kambing2 ni...huh`` kalau ada tanah sanggup ke..ceh! ihihh
idea: ole-ole manis
idea:door gift beg kertas
idea:bunga telur teddy bear
yang ni semalam dah buat sikit..kalau tak jumpe teddy bear kecik tu bunga jela sy bagi ye..homemade lebih jimat..=)
Pelamin : done sudah tempah
Selasa, 20 Disember 2011
Bertambah seorang lagi ummat Nabi Muhammad
Alhamdulillah, huda dah selamat bersalin pada pagi ISNIN yang lalu,
pukul 8.27 pagi, 12 december 2011.
caeser delivery.
baby boy ;)
2.7 kg.
semoga zuriat kepada Ayob dan Huda jadi anak yang soleh, bijak, sihat dan hebat peribadinya.
amin.
pukul 8.27 pagi, 12 december 2011.
caeser delivery.
baby boy ;)
2.7 kg.
semoga zuriat kepada Ayob dan Huda jadi anak yang soleh, bijak, sihat dan hebat peribadinya.
amin.
Jumaat, 2 Disember 2011
Tiba masa.

Due date yg baru insha Allah 10/12/2011 ni..
Ouch, tengok tarikh arini. Ada la <8 hari lagi. Foo.
Tapi aritu ada sorang kakak sepupu pandai2 buat ramalan http://jann-qistinaqaisara.blogspot.com, dia kata huda bersalin 4hb..
Rupanya dia doakan anak huda lahir sama dengan hari lahir suaminya abg faizul. Ehehe macam menarik jugak kan.
Tawakkaltu ‘alallah.
Nak tahu tak, pregnant ni huda baru tahu yang doctor kira tempoh mengandung 40 minggu.
10 bulan pulak kan?.
Saya ingat macam biasa la 9 bulan 10 hari. Tapi tengok countdown babygaga kat tepi fb, dah 40 minggu lebih..
Macam pelik sikit cara kira ikut sains ni. Huhu.
Berat huda sebelum pregnant 70kg. Now berat terbaru menjengkau 3 angka tapi belum sampai lagi.ehee. Takpe la ok lah tu! lepas ni kena betul2 berpantang ye huda
Dengan ini, mintak tolong sangat,
Doakan semoga NURUL HUDA BINTI NAYAN selamat melahirkan anak, dipermudahkan Allah, baby selamat dan sihat semuanya. Amin.
Time kasih.
Dan dengan ini, HUDA dengan rendah hati,
Mohon maaf atas segala salah silap daripada semua sekali, maaf atas salah kata dan salah laku, segala buruk perasaan, buruk sangka, segala konflik, yang sengaja dan tak sengaja. HUDA minta maaf.
Mohon halalkan makan minum dan semuanya.
Sila tuntut cepat ye kalau ada apa2. :P
Insha Allah, HUDA akan melahirkan kat Hospital Taiping dan brpantang kat rumah Abah kat Rumah awam Batu 2 1/2= sila lah singgah jika berkelapangan
Family dah pesan selalu baca ni :
“La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin..”
And baru tadi kawan pesan baca ini juga :
“Thummas sabila yassarah.”
Buatmu dalam Rahimku...
Maafkan mama andai tidak mendidikmu dengan baik.
Maafkan mama andai mama tak membentuk hatimu dengan baik.
Maafkan mama andai tidak menjaga makan mu dengan baik.
Maafkan mama selalu menjeng merapuh…
Maafkan mama jika fikiran terganggu…
Maafkan mama selalu lemah dengan ujian…
Maafkan mama selalu buruk perasaan…
Sesungguhnya kamu lebih kuat dari mama…
Sungguh mama tak mahu terkesan pada kamu…
Segala apa yang mama lalu…
Masa berganti masa…
9 bulan kini usia…
Sungguh mama bahagia ada kamu…
Walau tak dapat dilihat tapi dapat dirasa…
Ya Allah, jadikanlah zuriat dalam kandunganku ini anak yang soleh solehah, yang sihat,
yang kuat, yang bijak, yang baik rupanya, yang baik akhlaknya,
yang satu hari dapat membantu agama Mu dan ummah ini…
Amin..
Hari-hari RINDU
Yeaaaa...abang dah pulang...!!! rindu tauuuu...janji selepas subuh dah ada dekat taiping..ekeke..tapi takpe..Huda memang dah faham dengan perangai En suami ni..kalau dapat tidur dia la orang..ehehe..saja tak nak telefon awal2..padahal semalam En suami dah remind suruh kejut awal2..kan abang kan.."lepas subuh abang bertolak ya yang" seperti entry sebelum ni..ehehehe!!!...ayang bagi can kat abang tidur puas2 kan..:)
selepas ini ................
Welcome to join the parenthood World!!!! muah3x...(tak malu muah ye huda) ehehehe..takpe blog huda kan ni..
"SELAMAT TINGGAL MALAM YANG INDAH UNTUK JAGA BABY"
selepas ini ................
Welcome to join the parenthood World!!!! muah3x...(tak malu muah ye huda) ehehehe..takpe blog huda kan ni..
"SELAMAT TINGGAL MALAM YANG INDAH UNTUK JAGA BABY"
check up baby untuk Dec 2011
Pejam celik pejam celik..sekejap je rasa masa berlalu..dah masuk bulan dec..alahai..yang pandai membahagi masa untuk peroleh kejayaan, mereka adalah diantara orag2 yang beruntung Alhamdulilah..
Tahun 2011 banyak meninggalkan memori yang terindah buat huda dan En suami..setelah menjalani 'PJJ' selama 6 bulan akhirnya kami bersama..eheheh..syukur ALhamdulilah..baru semalam rasanya tengah sibuk2 mengangkat barang untuk pindah rumah sewa di BM..cept sunguh masa berlalu kan..
Memori 2011 yang paling bernilai apa lagi kalau bukan berita gembira yang kami terima di pertengahan bulan Mei 2011..zuriat yang kami tunggu selama ini ..."anak baba n mama".mama nak tium2 dia pasni..lamenya berenang2 dalam perut mama sampai nak kena berjemput ye sayang..eheheh..Alhamdulilah
1.12.2011 semalam huda pergi buat check up di KKA taiping..prosedur tetap sama macam di KKA BM, cuma di KKA taiping ada system temujanji...huda dapat temujanji pada pukul 10 pagi..tapi dah tercangguk dekat depan klinik sejak pukul 830 lagi..konon boleh la masuk awal..ehehe..no..no..no..memang staff dekat sana mengikut peraturan yang telah ditetapkan..ehehe..kalo di KKA BM..siapa datang dulu dia dilayan dulu..so... huda!!! awk tunggu jela sampai pukul 10pg ye baru nama awak dipanggil..ehehe.apa yg huda perhati perbezaan antara nurse dekat kedua2 klinik ini ada sedikit beza..Nurse dekat KKA taiping agak kasa waktu memeriksa jantung anak huda ..sakit nye ALlah je yang tahu..di KKA Bm alahai sngt lah lembut..eheh..sampai tak jumpa degupan jantung baby..maklumlah perut huda kan tebal..memang tiap kali nak check nurse kadang2 feedup ehehhe..ibu2 mengandung lain kejap je dah dapat kesan..huda ni..kadang2 dekat 5 minit..nurse guna alat scan degup jantung tu merayau keliling perut huda..kat sini takde..eh kat atas pun takde..kat bawah pon takde...bila nurse dah dapat kesan..haaa..rupanya dekat tepi..ahahah...baby puann ni asyik menyorok je ye..ahaha..senyum jela huda pon..nakal anak mama kan..sebenar bukannya salah baby pon. perut mama yang tebal kan baby kan....eheh walau bagaimana pon mereka tetap friendly..banyak membantu dan memberi nasihat yang penting kepada huda dan bakal2 ibu yang lain..terima kasih "misi"
Setelah pemeriksaan dengan nurse selesai..satu hal lagi nak tunggu Q utk scan dengan doktor pula..alahai..:)..tapi tak apa huda kena kuat.demi anak mama n baba..cayang dia~~.sejam jugak la nak menanti nama huda dipanggil..abah huda yang awlnya menemani huda pun dah surender..dia balik rumah dulu..eheheh.tula dah pesan kat abah tak payah hantar..huda boleh drive sendiri..abah huda takut huda jadi apa2..maklumlah dah overdue..En suami pula dekat penang masih bertugas..jadi tugas tu digalas oleh abah huda..walaupun huda tk bagi..kesian abah.. -( tunggu punya tunggu ahkhirnya rasa bosan itu di segarkan kembali dengan nama huda dipanggil..huh~~ lega..;)
sesi scan menyeken (apa punya bhssa la ni) ehehe dah selesai..bagusnya doktor dekat sini..sangat detail penerangan beliau..doktor tu tunjuk dari kepala..tulang belakang kaki tangan..jantung..semua part baby la..kalau dekat KKA BM jangan harapla...ehehe..doktor bagi huda tempoh 9 hari shaja untuk prepare masuk wad..jika baby tak keluar juga..nampak gayanya memang kena induce la permaisuri mama ni..=) mama tak kesah janji mama n baby nanti sehat dan selamat..amenn..push mama pushh~~ baby keluar cepat2 yea sayang..
Langgan:
Catatan (Atom)

















