>

Isnin, 18 Oktober 2010

~ Kisah CINTA Ku~


Buat Suami yang terlalu ku Cintai...............

Tarikh 11.09.2010 tarikh keramat yang menjadi sejarah buat Huda dan suami.
Alhamdulilah berkat doa semua..Huda dan mr ayob sah menjadi suami isteri..
masih ku ingat pertemuan pertama diantara Huda dan suami pada 11.07.2010..sehingga Huda tidak sanggup untuk melihat wajah nya tika itu hanya mendengar halus2 suaranya dr kamar ku...ermmm malu2 kuchingg~~ehehe..memg malu sgt time tu..eehehe..dia begitu menyenangkan arwah mak dan abah...arwah mak begitu memuji nya tika itu..katenye dia seorang yang penyabar, rajin n baik hati...girang hati ku mendengar perbualan mak tika itu menandakan mak merestui hubungan kami..Alhamdulilah...syukur padaMu ya ALLAH kerana kurniakan aku seorang suami yang menyejukkan pandangan dan mendamaikan jiwa....

Tahun ini dan tahun hadapan tahun baru yang cukup bermakna buat Huda..kini Huda sudah bersuami, Huda kini bergelar seorang isteri dan kelak bakal merangkul gelaran ibu.. Huda mohon pada ALLAH.moga segala perancangan dipermudahkan..Moga segala rezeki dipermurahkan..Amennn ya Robb.
Buat suami ku.......betapa beruntungnya Huda kerana menjadi pilihanmu. Tiada kata yang mampu diungkapkan betapa Huda bersyukur dan berterima kasih kerana dipertemukan denganmu..kau menjadi imam solatku. kau menjadi pemimpin setiap langkahku. Demi Allah, akan ku abadikan diri ini utk mu selayaknya bg seorang lelaki yang bergelar suami.

Terima kasih kerana sudi menyunting diri ini menjadi suri hatimu..
memberikan Huda peluang merebut pahala yang berganda dengan
mengerjakan segala tanggungjawab sebagai seorang isteri. Dan dengan perkahwinan ini, kita telah menjauhkan segala keburukan dan kelemahan kita sebagai seorang manusia di atas muka bumi ALLAH. semoga dengan segala ibadah dan kebaikan kita selepas ini bertambah rahmah dan barakah dariNYA. ingatlah, kasih ALLAH kekal selamanya...

apa yang kita cari adalah REDHANYA. begitu kasih insan buat yang MAHA ESA
Huda Cinta, Kasih, Sayang dan rindu abg sentiasa......~~~

3 ulasan:

tamarahuda berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Alhamdulilah senang membaca

Tanpa Nama berkata...

wahh...=)))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...