>

Jumaat, 15 Januari 2010

Kembali Kepada Fitrah


Assalamualaikum wbt Bangun Subuh pagi tadi sangat awal. Maklum sajalah rasa nak berjimat untuk bulan ni.bulan berjimat.kalo boleh nak cut kolestrol,cut gula cut saving,semualaa.supaya dapt menyimpan lebih banyak untuk masa hadapan.so pagi td sy just masak simple je., nasi goreng yang masih ada lebihan mlm tadi.boleh la lapik perut untuk seharian bekerja. Selesai solat,memulakan rutin harian. .. Selesai satu kerja, basuh tangan dan hendak menggosok tudung pula. Rupa-rupanya ada kesan cili mesin di jari yang belum betul-betul tanggal dan apabila memegang tudung , cili terkena tudung pula. Sedang menggosok, baru tersedar hal ini. Bergegas ke bilik air mencuci segera supaya cili tidak kekal. Alhamdulillah. Selesai. Tapi sudah macam agak terlambat pula hari ini.6:30 selesai calow bete dan menghantar sms pada kawan, saya kabut terus. baru nak buka pintu pagar, saya berlari laju membuka kunci rumah. Kena kejar anjing? Eh bukan. Sejuk pergi amik tag tertinggal pulak..saya bernasyid Keluarga Bahagia versi Saujana wanita. Seorang-seorang. Siapa kisah kan. Sebenarnya tersangat rindukan abah dan emak. Terus saja terbayangkan nasyid ini. Layan sajalah. Blues pagi jumaat. dalam perjalanan, saya nampak 2 orang gadis berlari-lari anak dari arah depan. Skirt pendek separas lutut, jaket nipis separas pinggang, kasut 2 inci lebih tingginya kot. Lari, lari dan lari. Kedek-kedek saja sebenarnya. Laju manalah sangat kalau dah kasutnya tinggi yang amat. Dan di hadapan saya kemudiannya ada 3-4 orang lagi yang sebegitu. Berskirt pendek. Lari-lari kecil menuju arah bertentangan.Saya tahu kenapa mereka lari begitu. Nak lari pun kena beringat. Kalau jatuh golek-golek, nanti malu muka yang tebal warna-warni tu."Lepas itu saya beringatlah untuk berhenti gelak-gelak. Tak baik kan. Nanti saya pula yang jatuh atau apa, padan muka sendiri. Pagi tadi, Allah kurniakan akal yang waras dan sihat. Alhamdulillah juga saya hanya berkasut Sketchers dark brown-pink berbatu 3 kecil berkilat. Tapaknya leper. . Saya tak malu sebab muka saya memang tak lawa pun. Tiada warna-warni. Orang pun tak mahu pandang lama-lama.Saya hanya berminat dengan promosi seorang kawan saya. Katanya siapa pakai ketat-ketat, tak ikut yang sepatutnya, segan berkopiah, bertudung dan sebagainya, orang tu ketinggalan zaman. Sekarang ini trendnya bertemakan kembali kepada fitrah. Siapa tak mahu rasa kuno, jom kita sama-sama buat. Kembali kepada fitrah. Huh. Saya malas hendak cerita. Sebenarnya saya benci duduk di sini kerana adanya isu ini. . Kenapalah kolot, sempit fikiran dan bodoh sombong sangat mereka ini? Ok. Saya emo pula. Tinggal dulu. sayonara....~

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...