>

Jumaat, 15 Januari 2010

Mengidamm...kalaulah boleh..


Assalamualaikum wbt

Kalaulah Huda boleh menyatakan 5 hadiah yang Huda hajati, memang ada beberapa perkara yang terlintas. Tapi Huda bukanlah orang yang sukakan barang berjenama, terlalu up-to-date atau bercitarasa tinggi. Yang akan saya senaraikan ini hanyalah barang idamanlah kiranya. Tak dapat, tak jadi masalah. Dari kecil, kami adik-beradik tak dimanjakan dengan hadiah.
Mari lihat senarainya.::

Macbook Pro 15'4 MA895 ::Huda mula berminat dengan Macbook Pro (MP) sejak menjadi pengintip tidak rasmi di sebuah blog kepunyaan En. Batu yang sangat menarik. Setiap hari wajib Huda menjenguk ke sana 4-5 kali. (Linknya saya tidak boleh letakkan. Kalau tidak, dia akan dapat mengesan siapalah silent reader di blognya itu.) Dari hari ke hari Huda semakin menyukai MP. Kacak sungguh. Badan macam model gitu. Tip top. Skrin pun teramatlah menepati citarasa mata Huda. Ada banyak lagilah sebabnya. Harganya sekitar RM8000++. Ini yang membantutkan impian. Tak apa.Huda tak kisah pun tak dapat. Cuma sudah jatuh cinta dengan MP.::


Nak Naik Haji@ umrah dan Menjelajah ke Timur Tengah ::Kalau orang lain berlumba-lumba hendak menjejakkan kaki ke Eropah, ke UK, Ireland dan negara-negara tersohor yang lain contohnya, atau hendak ke Amerika, Huda tidaklah teringin sangat hendak ke sana. Huda lebih berminat untuk ke negara-negara di Timur Tengah. HUda lebih berminat dengan tamadun Arab. Tamadun zaman kegemilangan Islam juga melihat negara-negara yang mempunyai komuniti Islam yang tidak disangkakan. Huda teringat kak cik ada menyebut tentang Morocco. Saya teringin ke sana. Tapi entahlah bila. Pokok pangkalnya masa dan wang.::


Mazda 6 ::Kacak amat. Tak perlu cerita panjanglah. Sebab memang kacak.macam kereta my brother in law kat saudi.tp kalau boleh nak warna putih yg lagi cun. Tapi ini memang angan-angan sajalah. Harganya di Malaysia mencecah RM140 ribu. Membazir pula berhabis kerana kereta. baik saya fikirkan tentang rumah dan pelaburan masa depan, Kalau kereta, pakai viva atau Myvi pun sudah ok kan.::





Nokia E72. Masih belum beli. Waktu telefon lama dulu rosak, Huda pakai beli saja apa-apa yang sempat Huda jumpa dalam lingkungan bajet masa itu. . Tapi selagi telefon yang ada ini masih elok, tak kuasa Huda beli yang baru pula kot. Jangan membazir.::









Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...