>

Khamis, 14 Januari 2010

Masih tak terlambat rasanya...


Assalamualaikum wbtTahun Masihi 2009 telah sampai ke hujungnya. sayu hati meninggalkan thun 2009 yg banyak tercatat memori suka duka bersama teman dan keluarga. Tahun yang menyaksikan turun naik saya.Sepanjang tahun ini, secara keseluruhannya prestasi saya di tahap yang agak memuaskan. Alhamdulillah. Kualiti masa saya juga agak baik. Lagi sekali Alhamdulillah. Cuma mungkin emosi yang boleh saya sifatkan sebagai baik sahaja. Biasalah. Kadang-kala mood kita baik, kadang-kala tidak. Semoga saya lebih bijak mengawal emosi sesuai dengan umur yang akan meningkat naik.Sebelum ini hidup saya banyak bersendiri dengan dunia saya yang hanya ada ^^#%%$. Sejak datangnya tahun 2010, Alhamdulila tumpuan saya lebih kepada keluarga dan rakan2 baik sy.Laila,khairuzzah,achik dan lain2 maaf jika tak dsebut..terima kasih kerana selalu membuat diri ini terasa sempurna untk memiliki sahabat seperti kalian.
Setiap kali datangnya tahun baru, saya sentiasa punya azam yang tersendiri. Tapi saya tidak spesifikkan. Sebaliknya saya suka azam saya berbentuk menyeluruh. Saya harap tahun 2010 akan terus menyaksikan saya mencipta kejayaan dalam apa jua bidang Saya tidak mahu kalah kepada tuah!Buat semua, Selamat Tahun Baru Masihi 2010. Semoga kejayaan duniawi mengiringi kita semua dan kemantapan iman dan taqwa menjadi target yang tidak dikesampingkan.Aaa... Saya bakal menambah usia! Ada apa pada nombor kan. Yang penting, muda jiwa =)

Nota: Semalam saya sempat online bersama 2 orang kawan. Kedua-dua mereka ada bertanya soalan yang sama, tiada kad jemputan yang bakal menyusul ke tahun 2010 ni. Jawapan saya juga sama, kad jemputan ke hari kantin sekolah anak buah adalah. Huhu. Saya belum nak kawin lagilah. Meh kasi calon meh. Kelakar betul mereka-mereka itu =) Adios 2009! Nota 2: Jangan lupa mulakan hari esok dengan doa pagi dan Ma'thurat. Moga-moga berkat tahun 2010kita =)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...