>

Rabu, 13 Januari 2010

Teringat sewaktu aktif dahulu


Salam, I would like to share this article written on my long-time blog's It is something that I have been thinking for a really long time but haven’t had the time to write. Hope it is read in good faith by everyone .
Satu perkara yang sy ingin kongsi selama sy berada bumi Jaiputra. Mungkin post2 terdahulu lebih kepada perkongsian secara general tetapi kali ini sy mengkhususkan kepada satu perkara..Melihat kpd sejarah sy yang lepas2 tak pernah terfikir untuk sy melibatkan diri secara serius ..Tapi jahat mana manusia ni, ade jugak rasa nak jadik baik sikit2. sy masih lagi ‘dasyat’ seperti dulu, tapi Alhamdulillah masih ada yang sudi nak kongsi dan sabar dalam membawa sy utk sama2 kembali kepada penciptaNYA sikit2 dan lama2 sy leh accept.doa dari keluarga yg bnyk menolong..
Cuma sy sedikit terkilan apabila bercakap soal gerak kerja dakwah ini, Ya ianya wujud, suatu ketika dulu agak ketara namun lama kelamaan menjadi semakin baik..


semakin ramai orang yang kita temui. Rupa pelbagai paras. Tingkah pelbagai ragam. Walaupun ada yang nampak sama, hati di dalam tiada siapa yang tahu. Bak kata pepatah, rambut sama hitam, hati lain-lain. Inilah fitrah kehidupan. Tidak semuanya sentiasa murni dan berniat baik.Namun sejujurnya saya terkilan dengan sesetengah orang yang suka mengelas-ngelaskan orang lain berdasarkan fahamannya sendiri dan membolehkan wujud jurang antara mereka. Mungkin apa yang saya katakan ini masih tidak jelas. Jadi saya sertakan contoh orang yang sebegini.Contohnya dalam satu komuniti itu, mereka memilih kawan-kawan berdasarkan pemahaman agama mereka. Jika tidak mencapai tahap yang mereka inginkan, orang itu akan dikelaskan bersama dengan satu kelompok yang tahapnya dikatakan lebih rendah. Bagi dia dan rakan-rakan yang dikatakan faham dengan mantap tentang semuanya ini akan bergerak bersama. Bagi saya, memanglah satu kewajipan untuk kita bergerak secara bersama-sama atau erti kata lainnya bersama jemaah tapi dengan tindakan mengelaskan orang lain dengan alasan sesetengah orang itu tidak faham dan dituruntarafkan dan bermacam-macam istilah lain, itu salah.Penapisan mungkin patut dibuat tetapi bukanlah berbentuk zahiriah. Luaran tidak menampakkan warna sebenar seseorang itu. Dan jika pengelasan dibuat berdasarkan sifat luar saja, secara tidak langsung jurang itu akan jelas kelihatan. Lantas, mereka yang berada dalam kelas yang bawah ini akan merasa diri mereka diletaktepikan dan tidak membwa kepentingan dalam komuniti tersebut. Lantas, mereka akan lebih membawa diri.Sungguhpun kelompok di atas tidak dengan umum mengiyakan pengelasan ini, namun ia dapat dirasai. Mereka akan terus aktif sesama mereka, bergiat sesama mereka. Justeru itu, apa akan terjadi dengan kelompok yang di bawah? Sudahlah dikelas-kelaskan, kini dipinggirkan pula dalam aktiviti-aktiviti kelompok di atas. Bukankah ini akan menyebabkan yang jauh bertambah jauh, yang rosak bertambah rosak.Saya pernah melalui sendiri situasi ini. Kasta komuniti yang faham agama dan telah memodenkan gerakan mereka tanpa taktik yang betul. Yang buat jurang terlihat dengan jelas dan kelas-kelas ini dipandang dengan persepsi yang berbeza. Saya pernah diletakkan dalam kelas di atas. Tapi saya kurang bersetuju dengan cara pengelasan dibuat. Lain ideologi, orang itu ditolak tepi. Lain fahaman, orang itu dikemudiankan. Lain sifat luaran, orang itu diturunkelaskan. Dan apabila ada orang daripada kelas atas bergaul rapat dengan kelas yang lain ini, mereka turut dipandang lain. Lain yang bagaimana? Mereka turut dipandang teruk. Dipandang sebagai orang yang tidak betul-betul faham lagi dengan tanggungjawab mereka.Saya melihat perkara ini begini. Jika semua yang baik-baik diliputi hidup bersama krim-krim pekat manis yang lazat, sampai bilalah kita boleh lihat seluruh komuniti itu merasai kelazatan krim itu. Kenapa tidak diratakan krim-krim pekat ini agar seluruh komuniti merasai manisnya, lazatnya dan cantiknya krim itu.Seperti yang saya sebutkan tadi, saya pernah merasai pengelasan ini. Yang pada awalnya diletakkan dalam kelas di atas. Tapi saya tetap meneruskan hubungan baik dengan kawan-kawan dalam kelas yang di bawah yang dicipta golongan itu. Bagi saya, hubungan baik dengan semua perlu diteruskan. Jangan libatkan soal siapa lebih baik dan siapa yang kurang. Saya melihat, dengan mencampuri kawan-kawan yang dikategorikan sebagai lupa agama atau kurang menitikberatkan soal agama adalah suatu kemestian. Cuba bayangkan, jika kita hanya bergaul dengan orang yang dikatakan sama taraf dengan kita, siapa yang hendak membantu membetulkan kelas yang satu lagi? Dan sekiranya kita berada bersama-sama kelas yang satu lagi, kita mesra dengan mereka, boleh bawa berbincang dengan mereka, boleh melawak bila perlu dan boleh dengan lapang hati menegur jika kita tahu mereka berbuat salah.Bagaimana dengan kelas yang di atas? Mereka jumud melihat yang di bawah sebagai kurang elok dan wujud jurang kemunikasi dan pergaulan antara mereka. Sudahnya apa? Yang dibawah kurang hormat pada yang di atas dan kepimpinan mereka juga selalu dipertikaikan. Berkomplot, berpolitik, mempunya varian mereka sendiri dan hanya terkepung dalam kelompok itu saja. Inilah tafsiran daripada orang lain terhadap mereka yang di atas. Ini silap. Ini tidak sepatutnya terjadi.Yang di atas sepatutnya cuba meletakkan diri mereka dalam kelas di bawah. Supaya dapat memahami dengan lebih apa yang sedang berlaku dan mengesan di mana puncanya masalah jika benar mereka melihat rakan-rakan ini perlu diubah. Jika mereka masih keras dan kaku dengan pendapat dan cara mereka berfikir, sampai bila-bilapun mereka tidak akan dapat masuk dalam kelompok rakan-rakan ini.Ingat. Tidak bermaksud dengan kita mencampuri mereka bermakna kita mengikut dan menyetujui mereka. Sebaliknya dengan berbuat baik dan mencampuri mereka membawa kelebihan kepada kita. Kita dapat memahami di mana punca masalah dan boleh menjadi tempat rujukan bagi mereka. Jika kita tahu apa yang mereka rancangkan, kita boleh menjadi orang yang cuba bertolenransi dan memberikan buah fikiran dan nasihat kita tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan. Tapi jika jurang sudah wujud, bolehkah ini semua dilaksanakan?Jangan terus-terusan menghakimi orang lain kerana perbezaan yang ada. Lihatlah pada persamaan yakni kita sebagai sesama Muslim agar kemashlahatan yang bersifat umum dapat dipelihara. Bermain dengan api tidak semestinya terbakar. Lumrahlah jika terasa bahangnya. Sebab itu pastikan kita sentiasa ada kawan yang boleh menjadi pancuran air untuk menyejukkan. Dan dalam masa yang sama terus berusaha memadamkan api yang marak tadi. Inilah konsep yang pernah dibawakan oleh Saidina Uthman bin Affan. Mencampuri ummat yang terseret jauh dengan penuh hikmah budi, kedermawanan dan lembut bahasa. Sudahnya, mereka kembali kepada agama kerana melihat adanya contoh yang terbaik pada masa itu. Pokok pangkalnya berikan masa dan sabar. Kasta modenisasi ini tidak relevan jika kita hendak melihat kelangsungan ilmu itu dapat sampai kepada rakan-rakan yang kurang memahami.
Saya minta maaf andai perkongsian kali ini agak tajam dan ada yang tersindir. Ini pendapat peribadi yang umum dan sebagai orang yang pernah merasai situasi ini, saya melihat ia sebagai suatu yang perlu dimuhasabahkan semula. Jangan kerana kita rasa kita betul, kita perlu berkeras dengan cara kita sebaliknya cubalah letakkan diri kita di tempat mereka. Mereka mahukan ilmu dan berubah juga cumanya tiada yang mahu cuba memahami naluri mereka yang sedikit keras itu. Sekeras-keras batu, air jugalah yang berjaya melekukkan. Sekeras-keras hati, indah budi dan nasihat yang sesuai jugalah yang dapat melembutkan.
Bukan niat sy untuk salahkan sape2 apatah lagi mencari seteru tapi sebagai seorang rakan,sy rasa perlu sy luahkan apa yang terbuku dihati.. Syeikh Yusuf Estes pernah menyebut:
“My father used to say to me, your true friend is the one who told you that your mouth is smelly, need to figure out something. Your pseudo friend is the one who only talk in your back if he found your mouth is smelly”
Apapun perbezaan pendekatan, gerak kerja, silibus mahupun fahaman politik akan tiba satu masa apabila kita dipanggil untuk bersama atas dasar pegangan akidah yang sama, utamakanlah perjuangan kita yang asal..
Ya Allah, buatlah negeri ini selalu tersenyum..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...