>

Isnin, 18 Januari 2010

Kelebihan Mengamalkan surah Al Ikhlas




Assalamualaikum wbt Alhamdulillah. Tiada ucapan lain selain Alhamdulillah atas ilmu baru yang saya dapat. Untuk diri dan masa depan. Betapa 3 hari kebelakangan ini saya menyekat 'hubungan' saya bersama internet. Seperti orang putus kasih rasanya. Sampai sakit badan asyik duduk di meja berteman kan pc. Jadi, kali ini seperti yang saya janjikan, saya ceritakan Kelebihan Mengamalkan Surah Al-Ikhlas rentetan terjadinya peristiwa saya terkesima 2 kali . Oh, sebelum itu, ini fakta yang saya tersilap.Sempurna 1 bacaan ibarat membaca sepertiga Al-Quran ::.Rasulullah S.A.W pernah bertanya sebuah teka-teki kepada para sahabat: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Quran dalam jangka masa dua tiga minit saja? Tiada seorang pun daripada sahabatnya yang menjawab. Malah Saidina Umar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengkhatamkan Al-Quran dengan begitu cepat. Kemudiannya Saidina Ali mengangkat tangannya. Saidina Umar bersuara kepada Saidina Ali bahawa Saidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah S.A.W menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Ini kerana Rasulullah S.A.W pernah berkata bahawa membaca surah Al-Ikhlas ganjarannya sama dengan membaca 10 juz kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali, maka khatamlah sebuah Al-Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juz Al-Quran.Dari Imam Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Sa’id Al-Khudri: Ada seorang lelaki telah mendengar bacaan surah Al-Ikhlas berulang-ulang kali di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada Rasulullah S.A.W. dan menyampaikan perkara itu kepada baginda sebab dia menyangka bacaan itu tidak cukup dan lengkap. Rasulullah S.A.W berkata: Demi tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga Al-Quran!“Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas, maka seakan-akan dia telah membaca satu pertiga Al-Qur'an.” ( Hadith Riwayat Ahmad dan An-Nasai )Nota: Sejak seminggu lepas, saya membaca Al-Quran selepas solat Subuh dan bukannya selepas Maghrib seperti lazimnya kerana sentiasa bangun awal pagi untuk study. Sebaik tahu akan kelebihan ini, saya akhiri bacaan saya dengan surah ini beserta sebuah surah lagi. Berkatnya hari kita kalau dapat mengkhatamkan Al-Quran di pagi hari ya..:: Membina rumah di syurga ::.“Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebelas kali, Allah SWT membangunkan rumah untuknya di syurga." (Hadith Riwayat Ahmad dan Muadz bin Aras)Dari Al-Muwatta', diriwayatkan oleh Abu Hurairah: Saya sedang berjalan dengan Rasulullah S.A.W, lalu baginda mendengar seseorang membaca surah Al-Ikhlas. Baginda berkata: Wajiblah. Saya bertanya kepadanya: Apa ya Rasulallah? Baginda menjawab: Syurga (wajiblah syurga bagi si pembaca itu).Nota: Ini real estate kita di akhirat nanti. Mari kita mengumpul dana! Tak perlu keluarkan walau sesen pun kan. Indahnya hidup!.:: Didoakan dan dipelihara oleh para malaikat ::."Ketika aku (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka aku telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang Sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur ke barat. Pada setiap padang Sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut, maka berkata mereka "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini, kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan." (Riwayat Ibnu Abbas)
Sabda Rasulullah S.A.W: Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya. Sesungguhnya 'Qul Huwallahu Ahad' itu tertulis di sayap malaikat Jibrail A.S., 'Allahus Somad' itu tertulis di sayap Mikail A.S., 'Lam Yalid Walam Yuulad' tertulis pada sayap Malaikat Izrail A.S. 'Walam Yakullahu Kufwan Ahad' tertulis pada sayap Israfil A.S. Siapa membaca surah Al-Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat Jumaat, nescaya terpelihara daripada perkara keji dan segala bala hinggalah bertemu Jumaat yang berikutnya. Jika dibaca 3 surah ini (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas) pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.(Saya tidak jumpa sumber sanadnya tapi tidak rugi jika diamalkan)Nota: Terasa diri seperti ada bodyguard yang jaga atas, bawah, kiri dan kanan..:: Dipelihara daripada azab kubur dan dipermudahkan di akhirat ::.Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi Siratul Mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). (Sanad yang sepenuhnya juga saya tidak temui. Sekadar kupasan daripada kitab saja.)Nota: Saya teringatkan kelebihan membaca surah Al-Mulk sebelum tidur. Juga untuk terhindar daripada azab kubur nanti.Saya kira cukup dulu untuk kali ini. Maafkan saya sebab ada beberapa dalil itu tidak mempunyai sanad/sumber yang jelas. Saya tidak tahu di mana hendak dirujuk lagi. Jadi, jika ada sesiapa yang tahu sumber hadis yang saya tidak sertakan sanadnya, bolehlah lampirkan di komen. Nanti saya akan kemaskinikan jika ada maklumat terkini.Oh ya. Lagi satu surah yang saya baca selepas mengaji atau sebelum memulakan study adalah surah Al-Insyirah (Alam Nasyrah). Sudah menjadi amalan sejak tingkatan satu. Surah ini pelapang dada. Memudahkan kita menimba ilmu, penguat semangat dan pelembut hati. Elok diamalkan di pagi hari. Terutamanya selepas Subuh. Jika ada para ibu yang hendak melembutkan anak-anak yang nakal atau degil, bolehlah dibacakan surah ini di ubun-ubun kepala anak-anak ketika mereka tidur :)Semoga dengan perkongsian ini, kita semua semakin jelas kenapa Annas dan Pakcik Mahmud mengamalkan surah Al-Ikhlas dalam kehidupan mereka. Semoga dapat membawa ilmu dan penghayatan baru dalam hidup kita semua.Ya. Hidup untuk terus menuju ke hadapan ke arah yang lebih baik, Insya Allah :)

Jumaat, 15 Januari 2010

Kembali Kepada Fitrah


Assalamualaikum wbt Bangun Subuh pagi tadi sangat awal. Maklum sajalah rasa nak berjimat untuk bulan ni.bulan berjimat.kalo boleh nak cut kolestrol,cut gula cut saving,semualaa.supaya dapt menyimpan lebih banyak untuk masa hadapan.so pagi td sy just masak simple je., nasi goreng yang masih ada lebihan mlm tadi.boleh la lapik perut untuk seharian bekerja. Selesai solat,memulakan rutin harian. .. Selesai satu kerja, basuh tangan dan hendak menggosok tudung pula. Rupa-rupanya ada kesan cili mesin di jari yang belum betul-betul tanggal dan apabila memegang tudung , cili terkena tudung pula. Sedang menggosok, baru tersedar hal ini. Bergegas ke bilik air mencuci segera supaya cili tidak kekal. Alhamdulillah. Selesai. Tapi sudah macam agak terlambat pula hari ini.6:30 selesai calow bete dan menghantar sms pada kawan, saya kabut terus. baru nak buka pintu pagar, saya berlari laju membuka kunci rumah. Kena kejar anjing? Eh bukan. Sejuk pergi amik tag tertinggal pulak..saya bernasyid Keluarga Bahagia versi Saujana wanita. Seorang-seorang. Siapa kisah kan. Sebenarnya tersangat rindukan abah dan emak. Terus saja terbayangkan nasyid ini. Layan sajalah. Blues pagi jumaat. dalam perjalanan, saya nampak 2 orang gadis berlari-lari anak dari arah depan. Skirt pendek separas lutut, jaket nipis separas pinggang, kasut 2 inci lebih tingginya kot. Lari, lari dan lari. Kedek-kedek saja sebenarnya. Laju manalah sangat kalau dah kasutnya tinggi yang amat. Dan di hadapan saya kemudiannya ada 3-4 orang lagi yang sebegitu. Berskirt pendek. Lari-lari kecil menuju arah bertentangan.Saya tahu kenapa mereka lari begitu. Nak lari pun kena beringat. Kalau jatuh golek-golek, nanti malu muka yang tebal warna-warni tu."Lepas itu saya beringatlah untuk berhenti gelak-gelak. Tak baik kan. Nanti saya pula yang jatuh atau apa, padan muka sendiri. Pagi tadi, Allah kurniakan akal yang waras dan sihat. Alhamdulillah juga saya hanya berkasut Sketchers dark brown-pink berbatu 3 kecil berkilat. Tapaknya leper. . Saya tak malu sebab muka saya memang tak lawa pun. Tiada warna-warni. Orang pun tak mahu pandang lama-lama.Saya hanya berminat dengan promosi seorang kawan saya. Katanya siapa pakai ketat-ketat, tak ikut yang sepatutnya, segan berkopiah, bertudung dan sebagainya, orang tu ketinggalan zaman. Sekarang ini trendnya bertemakan kembali kepada fitrah. Siapa tak mahu rasa kuno, jom kita sama-sama buat. Kembali kepada fitrah. Huh. Saya malas hendak cerita. Sebenarnya saya benci duduk di sini kerana adanya isu ini. . Kenapalah kolot, sempit fikiran dan bodoh sombong sangat mereka ini? Ok. Saya emo pula. Tinggal dulu. sayonara....~

Mengidamm...kalaulah boleh..


Assalamualaikum wbt

Kalaulah Huda boleh menyatakan 5 hadiah yang Huda hajati, memang ada beberapa perkara yang terlintas. Tapi Huda bukanlah orang yang sukakan barang berjenama, terlalu up-to-date atau bercitarasa tinggi. Yang akan saya senaraikan ini hanyalah barang idamanlah kiranya. Tak dapat, tak jadi masalah. Dari kecil, kami adik-beradik tak dimanjakan dengan hadiah.
Mari lihat senarainya.::

Macbook Pro 15'4 MA895 ::Huda mula berminat dengan Macbook Pro (MP) sejak menjadi pengintip tidak rasmi di sebuah blog kepunyaan En. Batu yang sangat menarik. Setiap hari wajib Huda menjenguk ke sana 4-5 kali. (Linknya saya tidak boleh letakkan. Kalau tidak, dia akan dapat mengesan siapalah silent reader di blognya itu.) Dari hari ke hari Huda semakin menyukai MP. Kacak sungguh. Badan macam model gitu. Tip top. Skrin pun teramatlah menepati citarasa mata Huda. Ada banyak lagilah sebabnya. Harganya sekitar RM8000++. Ini yang membantutkan impian. Tak apa.Huda tak kisah pun tak dapat. Cuma sudah jatuh cinta dengan MP.::


Nak Naik Haji@ umrah dan Menjelajah ke Timur Tengah ::Kalau orang lain berlumba-lumba hendak menjejakkan kaki ke Eropah, ke UK, Ireland dan negara-negara tersohor yang lain contohnya, atau hendak ke Amerika, Huda tidaklah teringin sangat hendak ke sana. Huda lebih berminat untuk ke negara-negara di Timur Tengah. HUda lebih berminat dengan tamadun Arab. Tamadun zaman kegemilangan Islam juga melihat negara-negara yang mempunyai komuniti Islam yang tidak disangkakan. Huda teringat kak cik ada menyebut tentang Morocco. Saya teringin ke sana. Tapi entahlah bila. Pokok pangkalnya masa dan wang.::


Mazda 6 ::Kacak amat. Tak perlu cerita panjanglah. Sebab memang kacak.macam kereta my brother in law kat saudi.tp kalau boleh nak warna putih yg lagi cun. Tapi ini memang angan-angan sajalah. Harganya di Malaysia mencecah RM140 ribu. Membazir pula berhabis kerana kereta. baik saya fikirkan tentang rumah dan pelaburan masa depan, Kalau kereta, pakai viva atau Myvi pun sudah ok kan.::





Nokia E72. Masih belum beli. Waktu telefon lama dulu rosak, Huda pakai beli saja apa-apa yang sempat Huda jumpa dalam lingkungan bajet masa itu. . Tapi selagi telefon yang ada ini masih elok, tak kuasa Huda beli yang baru pula kot. Jangan membazir.::









Khamis, 14 Januari 2010

Masih tak terlambat rasanya...


Assalamualaikum wbtTahun Masihi 2009 telah sampai ke hujungnya. sayu hati meninggalkan thun 2009 yg banyak tercatat memori suka duka bersama teman dan keluarga. Tahun yang menyaksikan turun naik saya.Sepanjang tahun ini, secara keseluruhannya prestasi saya di tahap yang agak memuaskan. Alhamdulillah. Kualiti masa saya juga agak baik. Lagi sekali Alhamdulillah. Cuma mungkin emosi yang boleh saya sifatkan sebagai baik sahaja. Biasalah. Kadang-kala mood kita baik, kadang-kala tidak. Semoga saya lebih bijak mengawal emosi sesuai dengan umur yang akan meningkat naik.Sebelum ini hidup saya banyak bersendiri dengan dunia saya yang hanya ada ^^#%%$. Sejak datangnya tahun 2010, Alhamdulila tumpuan saya lebih kepada keluarga dan rakan2 baik sy.Laila,khairuzzah,achik dan lain2 maaf jika tak dsebut..terima kasih kerana selalu membuat diri ini terasa sempurna untk memiliki sahabat seperti kalian.
Setiap kali datangnya tahun baru, saya sentiasa punya azam yang tersendiri. Tapi saya tidak spesifikkan. Sebaliknya saya suka azam saya berbentuk menyeluruh. Saya harap tahun 2010 akan terus menyaksikan saya mencipta kejayaan dalam apa jua bidang Saya tidak mahu kalah kepada tuah!Buat semua, Selamat Tahun Baru Masihi 2010. Semoga kejayaan duniawi mengiringi kita semua dan kemantapan iman dan taqwa menjadi target yang tidak dikesampingkan.Aaa... Saya bakal menambah usia! Ada apa pada nombor kan. Yang penting, muda jiwa =)

Nota: Semalam saya sempat online bersama 2 orang kawan. Kedua-dua mereka ada bertanya soalan yang sama, tiada kad jemputan yang bakal menyusul ke tahun 2010 ni. Jawapan saya juga sama, kad jemputan ke hari kantin sekolah anak buah adalah. Huhu. Saya belum nak kawin lagilah. Meh kasi calon meh. Kelakar betul mereka-mereka itu =) Adios 2009! Nota 2: Jangan lupa mulakan hari esok dengan doa pagi dan Ma'thurat. Moga-moga berkat tahun 2010kita =)

who's that ??


Recently kepala agak serabut...serabut dgn mcm2..sejarah yg dh lepas kite x patut terkenang kenang dh kn tp ape nk jd dgn sy ni????serabut nye... x tau ape nk jd ni...Apa nk buat ni??? terlalu teringat sgt2 ni.. sape bleh bg petua nk luput kn sejarah yg ade? ke kite kena ade sakit systemic LUPUS erythematosous dulu baru dpt buang sejarah...Tiba2, dr sudut hati sy yg lembut skit berbisik: jgn buang, biar je sejarah tu...klu ade nnti, ade la ulangannye..klu x de, biarla sejarah tu ajar kite tentang erti kehidupan...knp life ni byk unpredictable things?-
im blur wit my life currently-

Rabu, 13 Januari 2010

Teringat sewaktu aktif dahulu


Salam, I would like to share this article written on my long-time blog's It is something that I have been thinking for a really long time but haven’t had the time to write. Hope it is read in good faith by everyone .
Satu perkara yang sy ingin kongsi selama sy berada bumi Jaiputra. Mungkin post2 terdahulu lebih kepada perkongsian secara general tetapi kali ini sy mengkhususkan kepada satu perkara..Melihat kpd sejarah sy yang lepas2 tak pernah terfikir untuk sy melibatkan diri secara serius ..Tapi jahat mana manusia ni, ade jugak rasa nak jadik baik sikit2. sy masih lagi ‘dasyat’ seperti dulu, tapi Alhamdulillah masih ada yang sudi nak kongsi dan sabar dalam membawa sy utk sama2 kembali kepada penciptaNYA sikit2 dan lama2 sy leh accept.doa dari keluarga yg bnyk menolong..
Cuma sy sedikit terkilan apabila bercakap soal gerak kerja dakwah ini, Ya ianya wujud, suatu ketika dulu agak ketara namun lama kelamaan menjadi semakin baik..


semakin ramai orang yang kita temui. Rupa pelbagai paras. Tingkah pelbagai ragam. Walaupun ada yang nampak sama, hati di dalam tiada siapa yang tahu. Bak kata pepatah, rambut sama hitam, hati lain-lain. Inilah fitrah kehidupan. Tidak semuanya sentiasa murni dan berniat baik.Namun sejujurnya saya terkilan dengan sesetengah orang yang suka mengelas-ngelaskan orang lain berdasarkan fahamannya sendiri dan membolehkan wujud jurang antara mereka. Mungkin apa yang saya katakan ini masih tidak jelas. Jadi saya sertakan contoh orang yang sebegini.Contohnya dalam satu komuniti itu, mereka memilih kawan-kawan berdasarkan pemahaman agama mereka. Jika tidak mencapai tahap yang mereka inginkan, orang itu akan dikelaskan bersama dengan satu kelompok yang tahapnya dikatakan lebih rendah. Bagi dia dan rakan-rakan yang dikatakan faham dengan mantap tentang semuanya ini akan bergerak bersama. Bagi saya, memanglah satu kewajipan untuk kita bergerak secara bersama-sama atau erti kata lainnya bersama jemaah tapi dengan tindakan mengelaskan orang lain dengan alasan sesetengah orang itu tidak faham dan dituruntarafkan dan bermacam-macam istilah lain, itu salah.Penapisan mungkin patut dibuat tetapi bukanlah berbentuk zahiriah. Luaran tidak menampakkan warna sebenar seseorang itu. Dan jika pengelasan dibuat berdasarkan sifat luar saja, secara tidak langsung jurang itu akan jelas kelihatan. Lantas, mereka yang berada dalam kelas yang bawah ini akan merasa diri mereka diletaktepikan dan tidak membwa kepentingan dalam komuniti tersebut. Lantas, mereka akan lebih membawa diri.Sungguhpun kelompok di atas tidak dengan umum mengiyakan pengelasan ini, namun ia dapat dirasai. Mereka akan terus aktif sesama mereka, bergiat sesama mereka. Justeru itu, apa akan terjadi dengan kelompok yang di bawah? Sudahlah dikelas-kelaskan, kini dipinggirkan pula dalam aktiviti-aktiviti kelompok di atas. Bukankah ini akan menyebabkan yang jauh bertambah jauh, yang rosak bertambah rosak.Saya pernah melalui sendiri situasi ini. Kasta komuniti yang faham agama dan telah memodenkan gerakan mereka tanpa taktik yang betul. Yang buat jurang terlihat dengan jelas dan kelas-kelas ini dipandang dengan persepsi yang berbeza. Saya pernah diletakkan dalam kelas di atas. Tapi saya kurang bersetuju dengan cara pengelasan dibuat. Lain ideologi, orang itu ditolak tepi. Lain fahaman, orang itu dikemudiankan. Lain sifat luaran, orang itu diturunkelaskan. Dan apabila ada orang daripada kelas atas bergaul rapat dengan kelas yang lain ini, mereka turut dipandang lain. Lain yang bagaimana? Mereka turut dipandang teruk. Dipandang sebagai orang yang tidak betul-betul faham lagi dengan tanggungjawab mereka.Saya melihat perkara ini begini. Jika semua yang baik-baik diliputi hidup bersama krim-krim pekat manis yang lazat, sampai bilalah kita boleh lihat seluruh komuniti itu merasai kelazatan krim itu. Kenapa tidak diratakan krim-krim pekat ini agar seluruh komuniti merasai manisnya, lazatnya dan cantiknya krim itu.Seperti yang saya sebutkan tadi, saya pernah merasai pengelasan ini. Yang pada awalnya diletakkan dalam kelas di atas. Tapi saya tetap meneruskan hubungan baik dengan kawan-kawan dalam kelas yang di bawah yang dicipta golongan itu. Bagi saya, hubungan baik dengan semua perlu diteruskan. Jangan libatkan soal siapa lebih baik dan siapa yang kurang. Saya melihat, dengan mencampuri kawan-kawan yang dikategorikan sebagai lupa agama atau kurang menitikberatkan soal agama adalah suatu kemestian. Cuba bayangkan, jika kita hanya bergaul dengan orang yang dikatakan sama taraf dengan kita, siapa yang hendak membantu membetulkan kelas yang satu lagi? Dan sekiranya kita berada bersama-sama kelas yang satu lagi, kita mesra dengan mereka, boleh bawa berbincang dengan mereka, boleh melawak bila perlu dan boleh dengan lapang hati menegur jika kita tahu mereka berbuat salah.Bagaimana dengan kelas yang di atas? Mereka jumud melihat yang di bawah sebagai kurang elok dan wujud jurang kemunikasi dan pergaulan antara mereka. Sudahnya apa? Yang dibawah kurang hormat pada yang di atas dan kepimpinan mereka juga selalu dipertikaikan. Berkomplot, berpolitik, mempunya varian mereka sendiri dan hanya terkepung dalam kelompok itu saja. Inilah tafsiran daripada orang lain terhadap mereka yang di atas. Ini silap. Ini tidak sepatutnya terjadi.Yang di atas sepatutnya cuba meletakkan diri mereka dalam kelas di bawah. Supaya dapat memahami dengan lebih apa yang sedang berlaku dan mengesan di mana puncanya masalah jika benar mereka melihat rakan-rakan ini perlu diubah. Jika mereka masih keras dan kaku dengan pendapat dan cara mereka berfikir, sampai bila-bilapun mereka tidak akan dapat masuk dalam kelompok rakan-rakan ini.Ingat. Tidak bermaksud dengan kita mencampuri mereka bermakna kita mengikut dan menyetujui mereka. Sebaliknya dengan berbuat baik dan mencampuri mereka membawa kelebihan kepada kita. Kita dapat memahami di mana punca masalah dan boleh menjadi tempat rujukan bagi mereka. Jika kita tahu apa yang mereka rancangkan, kita boleh menjadi orang yang cuba bertolenransi dan memberikan buah fikiran dan nasihat kita tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan. Tapi jika jurang sudah wujud, bolehkah ini semua dilaksanakan?Jangan terus-terusan menghakimi orang lain kerana perbezaan yang ada. Lihatlah pada persamaan yakni kita sebagai sesama Muslim agar kemashlahatan yang bersifat umum dapat dipelihara. Bermain dengan api tidak semestinya terbakar. Lumrahlah jika terasa bahangnya. Sebab itu pastikan kita sentiasa ada kawan yang boleh menjadi pancuran air untuk menyejukkan. Dan dalam masa yang sama terus berusaha memadamkan api yang marak tadi. Inilah konsep yang pernah dibawakan oleh Saidina Uthman bin Affan. Mencampuri ummat yang terseret jauh dengan penuh hikmah budi, kedermawanan dan lembut bahasa. Sudahnya, mereka kembali kepada agama kerana melihat adanya contoh yang terbaik pada masa itu. Pokok pangkalnya berikan masa dan sabar. Kasta modenisasi ini tidak relevan jika kita hendak melihat kelangsungan ilmu itu dapat sampai kepada rakan-rakan yang kurang memahami.
Saya minta maaf andai perkongsian kali ini agak tajam dan ada yang tersindir. Ini pendapat peribadi yang umum dan sebagai orang yang pernah merasai situasi ini, saya melihat ia sebagai suatu yang perlu dimuhasabahkan semula. Jangan kerana kita rasa kita betul, kita perlu berkeras dengan cara kita sebaliknya cubalah letakkan diri kita di tempat mereka. Mereka mahukan ilmu dan berubah juga cumanya tiada yang mahu cuba memahami naluri mereka yang sedikit keras itu. Sekeras-keras batu, air jugalah yang berjaya melekukkan. Sekeras-keras hati, indah budi dan nasihat yang sesuai jugalah yang dapat melembutkan.
Bukan niat sy untuk salahkan sape2 apatah lagi mencari seteru tapi sebagai seorang rakan,sy rasa perlu sy luahkan apa yang terbuku dihati.. Syeikh Yusuf Estes pernah menyebut:
“My father used to say to me, your true friend is the one who told you that your mouth is smelly, need to figure out something. Your pseudo friend is the one who only talk in your back if he found your mouth is smelly”
Apapun perbezaan pendekatan, gerak kerja, silibus mahupun fahaman politik akan tiba satu masa apabila kita dipanggil untuk bersama atas dasar pegangan akidah yang sama, utamakanlah perjuangan kita yang asal..
Ya Allah, buatlah negeri ini selalu tersenyum..

DuHai JIWA...


Wahai JIWA!!!,,,,Bila lagi engkau hendak merasa berTUHAN
Atas dasar ilmu engkau percaya
Tapi jiwamu tidak merasa Tuhan ada
Justeru itulah ke mana engkau pergi
Takut dengan TUHAN tidak ada
padahal dia...........
Takutkanlah akan-NYA di mana saja berada
Apabila rasa berTUHAN tidak ada pada jiwamu
Sudah tentu rasa takut kepada TUHAN tidak ada
Rasa dilihat..
Rasa didengar...
Rasa diketahui...
Rasa dikuasai...
Pasti tidak merasa
Wahai jiwa!
Bila lagi engkau hendak merasakan ALLAH itu BESAR,
Agung dan patut diCINTAi?
Bila lagi engkau hendak khusyuk mengingati-NYA?
KeBESARan ALLAH terserlah,
Mengapa tidak merasa?
KeKUASAan ALLAH bukanlah nampak dilihat,
Mengapa tidak gerun?
NIKMATNYA berlaku setiap detik,
Tidak nampakkah agar berSYUKUR?
Bila lagi wahai jiwa engkau hendak memandang tembus?
Bila lagi? Bila lagi? Bila lagi???
MASA tidak menunggu kita!!!
Dia tetap berjalan terus....

"2010 Permulaan Baru Dalam Meniti Arus Kehidupan"



Assalamualaikum evrybody... finally i've created my own blog... since years ago i wished that i could have 1... but no chance to do so.. n now, 1 of my dreams comes true... even it's only a simple thing, only having a simple blog right here in frienster n facebook, but it's very meaningful for me.. i like writing 4 the sometime part.. n here i hope i can share something wif u guys...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...