Assalammualaikum wbth..
Salam 15 syawal 1435 dah dua minggu kita menyambut lebaran penuh kesederhanaan..Alhamdulillah
Dah lama sebenarnya saya tak update blog ni..
panjang umur bertemu lagi kita kan..Alhamdulillah
idea banyak tapi masa tak mengizinkan..
malam ni nak cerita tentang satu produk yang agak hot dengan testimoni2 yang gempak2 belaka..
saya mula2 tahu pasal product pada bulan 5 2014 baru2 ni bila saya bertanya pada salah seorang seller tentang set skincare ni, untuk hilangkan bekas jerawat dan jeragat di muka.. dia pun sembang panjang lebar tentang babies blink ni..dia sarankan saya pakai produk ni sebab kononya la ada kelulusan dari pihak KKM..so percaya dengan seller ni saya terus order satu set macam dekat bawah ni disertakan sekali dengan serum.. konon pakai awal nti untuk time raya ni muka nak ala2 pinkish la konon macam nora danish.
dah pakai hampir 3 bln kesannya mula2 mmg flawless gila..suami pon tegur kenapa kulit muka berlain..lawa la kot..eheh..tapi bila dah masuk bulan ke3 pakai..jerawat batu tak henti2 keluar, macam nanah tu..sepanjang umur nak masuk 3 series ni tak pernah lagi dapat jerawat batu gedabak macam ni..Sejarah hidup pertama kali tu pun sebab pakai babies blink ni..hampeh sungguh,.konon nak lawa di pagi raya..sekarang ni ambik kau..muka dah jadi belacan..lagi teruk sebelum pakai babies blink ni..
since katanye produk bumiputera ada kkm bagai. .tak boleh percaya sangat dah dengan produk2 macamni even bumiputera pon. sakit betul hati..skrg sy dah buang set tu..mls nk prcye mne2 produk lg skrg ni...
testimoni skrg ni pn jgnla prcye sgt.semuanya nak lariskan produk masing2..
-
-
-
-
Dalam diam daku tenyeh safi semula...uhuhu
Selasa, 12 Ogos 2014
Rabu, 23 April 2014
abah aku dan kenangan april 2014
Petang rabu 16 april aku dapat panggilan dari kak nyah..bagitau abah aku dah dikerjakan ke emergency hosp taiping, sebab sebelum tu abah muntah2 dan sakit perut. tak lalu makan, asyik tidur.bila bangun akan pitam.kakcik yang bawa abah . Allah gelisahnya hati aku..
Suami terus meminta cuti kecemasan dari balai dan kami bertolak sebelum maghrib..
dalam perjalanan pulang..fikiran aku kosong.. diam dan kaku seribu bahasa.. kebetulan anak pon tidur dalam kereta.. suami tanya aku cuma jawab sepatah dua..
ini bukan kali pertama abah masuk wad..entah tak terkira dek jari..selalunya hati dan perasaan aku tak risau macam ni.. tapi hari tu.... jiwa aku kosong.. jauh aku termenung..
sampai di hosp taiping..dah pukul 830 malam..
aku tak kira walau pun bukan waktu melawat aku tetap nak naik atas wad 4c nak jumpa abah..
aku tipu dekat security tu kata.. doktor nak jumpa aku..padahal tak da pon..
kalau tak buat macam tu memang esok la jawabnya baru dapa tjumpa abah...
kami tiga beranak terus menuju ke wad c4.. di wad c4 pon ada satu lagi security..
minta pada pakcik tu aku nk masuk jumpa abah..dia kata sorang sahaja boleh masuk..
tambah pula anak aku ada waktu tu.. suruh en suami temankan anak dulu.. masuk terus buka pintu wad... pergi ke katil 16..sambil berjlan dengan langkah longlai dan mata tercari2 ..terlihat sekujur tubuh abah aku yang lemah di atas katil..
terus menuju kearah abah cium peluk dan sayang.. alhamdulillah tengok keadaan abah baik.. boleh bercakap dan bertanya khabar macam biasa.. kebetulan kakcik aku ada temankan abah dari pagi lagi..kesian kakcik tak balik lagi rumah mandi dan makan. abah tanya mana cucu dan menantu dia.. aku jawab ada dekat luar tak boleh masuk ramai2 sebab bukan waktu melawat.. abah hanya angguk faham..
setakat yang aku jumpa malam tu keadaan abah bertambah baik..alhamdulillah.. aku check buku rawatan di atas meja makan abah..tengok bp masa di kecemasan tadi.. 44/22 patotla abah pitam.. tapi lepas doktor masukkan ubat adrenalin utk mengepam jantung abah, alhamdulillah bp abah dah naik 107/60.. alhamdulillah ada peningkatan..syukur dan gembiranya aku..
aku sembang dengan abah..abah kata..dia kena cucuk dekat leher utk masuk kan ubat..ya aku nampakk..wayar berselirat dekat leher abah..aku nampak wayar berselirat dekat lengan abah..macam2 mesin ada..mesin ubat ada dua jenis yang masuk dalam badan abah aku guna wayar dari tengkok..mesin bacaan untuk jantung dan mesin tekanan bp abah..dia mengetus..punyala sakit doktor tak bius n buat hidup.. mentang2 la aku ni orang tua..cetus abah ku. aduhhh.. kesiannya abah..
aku kata dekat abah.."abah kena kuat semangat tau..sabar banyak2.ingat ALLAH je ye bah"dan abah aku angguk.."sabtu depan abah nak ambil pingat kan,kalau abah sihat nanti "org" belikan abah kerusi roda tu".
kebetulan abah berhajat nak beli kerusi roda jenis travel..yang ringan walaupun dah ada satu..tapi tak sesuai utk travel.sebab abah aku memang suka berjalan dan shoping..
tetapi disebabkan keadaan sakitnya itu..kadang2 abah cepat penat dah gerak langkah nya pun perlahan..
aku dah pun servey harga dekat penang..aku bagitau abah kalau abah sihat dan boleh keluar hospital..sebelum abah dapat pingat..aku belikan satu kerusi roda travel tu.. dia pon jawab "ok nanti abah bagi duit rm150" jauh di sudut hati aku dah bernazar.. kalau abah sembuh kali ni dan dapat keluar wad..memang aku nak hadiahkan kerusi roda tu untuk dia..
aku peluk cium salam abah aku minta maaf,aku minta abah ampunkan dosa2 aku.aku minta abah halalkan makan minum.
aku kata esok pagi pulak aku datang..minta izin keluar utk suami aku pulak masuk tengok abah..
aku jaga anak diluar.. suami aku masuk tak lama dalam 5 minit..kak ety sampai bawa baju sejuk dan bekalan ubat abah..
borak2 kejap tunggu kak ety keluar..suami aku senyap je..dia kata abah nampak sihat.. aku tersenyum kelat. =)
dalam kereta otw balik ke rumah kakcik aku di bukit jana.. baru suami aku bagitau.. dia kata dia peganng kaki abah n tangan abah dah sejuk..aku tak mau ambil tau apa maksud suami aku tu..
pagi khamis 17/4 .. semua adik beradik aku dah berkumpul di rumah kakcik.. mereka sampai pagi dari kl.. semua balik kali ni..
pagi lagi kak cik dah siap masak nasi goreng utk kami semua..kami bersiap2 terus ke hospital.. anak aku tinggal kan dengan suami..kak long ganti dengan kakcik rupanya waktu kaklong smpai dari kl..kaklong dah ada di wad.. aku tumpang kakcik dan kaknyah ikut serta .. sampai di hospital pukul 830pg.. dan seperti biasa bukan waktu melawat.. kaknyah naik dulu jumpa abah..yang lain semua tunggu di bawah.. sementara tunggu waktu melawat sempat juga kami adik beradik pergi ziarah tok menakan dan mak menakan sebelah abah di wad 17 hosp taiping.. alhamdulilah mereka semua baik dan beransur pulih..
Allah...aku tak mampu teruskan tulisan ini.. ;(
sementara kami pergi ziarah tok menakan abah .. kaknyah temankan abah di wad..bila time melawat kami pun naik jumpa abah. aku tengok muka kaknyah macam dah bergenang air mata..tapi aku tak tanya apa2.terus salam peluk cium abah..macama biasa waktu melawat penuh dengan adik beradik aku..abang ipar dan anak2 buah yang lain pun sampai. siap abah n kaknyah boleh cerita lagi pasal karpal singh meninggal dunia. rancak perbualan dua beranak tu. =) tersenyum aku dan yang lain.. di fikiran ku kalau abah kuat bersembang..abah dah sihat..alhamdulillah getus hati ku.
sebelah petang turn aku pulak jaga abah.. sampai ke petang aku duduk dekat abah.. 2 kali abah minta oat..dan banyak kali abah nak minum air masak..dia kata dahaga..aku tengok dari mesin2 yang berselirat di badan abah..aku tengok mesin utk bacaan bp dan jantung abah..masya ALLAH..beratnya sakit yang abah tanggung selama ni..mesin tu menunjukkan bacaan jantung abah ok.. tapi tekanan darah makin rendah..kalau pagi tadi..100/80.. ptg dah turun 80/60.. doktor kata mungkin sebab tukar ubat utk mengepam darah abah..bp abah turun balik...doktor akan tukar balik ubat yang semalam..ubat adrenalin..
pukul 130 ptg..abah solat hormat waktu ..sebab masuk waktu zohor. aku tengok je abah.. lepas habis solat...dia minta air masak lagi.. aku bangun kan abah dari katil walaupun abah boleh buat sendiri..abah sembang lagi..tapi tengok abah dah tak larat.. dia gagahkan juga sembang dengan aku.. sempat lagi ajar aku niat solat mayat.. terdiam aku tak kata apa..sambil2 tu dia pesan juga dengan aku..dia nak anak aku masuk sekolah tahfiz.macam2 kami sembang.. tapi abah dah mengantuk nak tidur.. aku biarkan abah lena..
aku tengok abah yang lemah.. aku tengok mata abah..hidung abah.. telinga abah..totally berubah..aku pegang erat tangan abah yang sejuk..macam2 bermain di fikiran aku..bukan masanya lagi..aku tetap yakin...semoga abah cepat sembuh doaku..
teringat kaklong aku ada bgtau..nurse2 yang dah kenal abah aku kata..awat pakcik masuk wad kali ni lain..tak ceria..abah aku senyum ja..
sementara abah tidur..aku keluar kejap pergi kantin..beli air dan kudapan..balik ke wad..tengok abah dah terjaga..abah minta aku bangun kan dia.. dan suruh tengok berapa bacaan bp dia.. "masih sama bacaannya abah" abah aku diam..
pukul 4 ptg waktu melawat ramai sanak saudara datang ziarah abah aku.. dia macam selalu masih bersembang rancak..siap nasihatkan itu ini pada adik ipar dan sepupu2 nya..
lepas habis waktu melawat .. abah tanya dah 4.45 ke.. dia nak solat asar..lepas solat..aku ambil kain tuala basah lapkan muka abah..tangan dan kaki abah..abah kata" awat muka abah berminyak ka".. aku kata " takdela abah.. nak bagi abah segar ja." abah angguk.. lepas tu abah dah tak banyak cakap.. dia minta ubat bawah lidah utk jantung.. dia kata dia sakit dada..lepas tu dia suruh aku ambil kan ubat bawah lidah yang satu lagi..kalau tak silap 3 kali ubat berganti..still sakit dadanya tak berkurang..
aku bagitahu doktor.. doktor akan buat pemeriksaan untuk jantung abah lepas tu..
habis waktu melawat.. kakak2 aku suruh aku balik..lagi pon dah pukul 7ptg..abang cik aku pulak nak gantikan turn menjaga abah pada waktu malam.. tengok abah nak tidur..aku salam peluk cium bagitau kata esok pagi aku mai pulak jaga abah..masa tu abah tidur..aku capai beg dan terus keluar..di luar..anak aku dan suami dah tunggu.. allah rindu si cerdik afham itu..dia nampak aku..terus peluk dengan geram sayang pipi aku kiri kanan.... dekat 11 jam tak jumpa afham. =)
18hb april
-
-
-
-
-
-
-
-
hari jumaat 18/4 tepat 8.27 pagi abah kembali kerahmatullah..kembali kepada penciptaNYA.. berjurai airmata mengalirr..hancur luluh aku mendapat berita itu..semalam abah berbual rancak..pagi ni abah dah tak ada..
sabar lah wahai hati..setiap yang hidup pasti akan mati.. hebatnya pengorbanan abah.. kuatnya semangat mu duhai abah.. bertahun abah bertahan dan berjuang dengan kesakitan.. 3 tahun 6 bulan abah bertahan..
semoga roh dan jasadnya tenang dan di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman.
Alfatihah buat allahyarham ayahnda tercinta Nayan @ aminudin bin che piah
dan Allahyarhamah hajar binti rafeah.

Isnin, 21 April 2014
Baju melayu abah dalam kenangan ..
Awal bulan Januari abah dah beli baju tu..
aku yang teman abah pi beli
bukan main suka lagi abah..
sebab 26 hb 4 2014 sabtu akan datang ni ..
abah dapat PINGAT JASA NEGARA dari SULTAN PERAK
dan ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
setelah 22tahun berkhidmat untuk negara..
dan 30 tahun bersara.
Segak takk abah aku...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
tapi kan ....
abah tak sempat ambil pingat tu..
abah sempat pakai baju melayu hitam tu je malam tu..
katanya "abah rehearsal"
songkok hitam
kasut hitam
yang semuanya baru...
aku cuma...... sempat ambil gambar abah je.
macam allahyarhamah emak pergi seminggu sebelum aku nikah...
macam allahyarham abah pergi seminggu sebelum dapat pingat..
aku rindu cerita2 abah... cerita yang penuh semangat perjuangan,,cerita zaman kanak2nya..cerita sejarah2 lama.
aku rindu tazkirah abah tentang solat, niatt iman, amal.. shahadat..zikir..solat dll
aku rindu amarah abah yang cepat high tempure..
aku rindu coleteh abah tentang dunia politik semasaa..
aku rindu dapat panggilan dari abah hari2 semata2 nak bersembang dengan Afham..walaupun afham tak pandai cakap lagi..Abah tetap telefon afham hari hari.....
aku rindu suara abah.. suara yang makin perlahan tenggelam dek kesakitan.
oh abah,..
-
-
-
-
-
Dugaan dan ujian semoga kami adik beradik lebih bersabar.....
tapi kan..semuanya dah tersimpan kuat dalam hati.
apa lah yang ada dengan pingat, pangkat, harta benda dan lain..
amalan , sedekah jariah dan anak2 yg soleh juga yang kekal nanti....
alhamdulillah abah ada anak2 cucu2 yang soleh solehah.. mendoakan abah dan emak di sana..
semoga abah dan emak tenang setenang2nya di sana.. doa dan yassin hadiah terbaik utk mak aabah
karangan untuk abah..tapi mampukah aku menghabiskan sisa2 tulisan ini
oh abah dan emak tenanglah kalian di sana..setiap sujud ku..ku titipkan doa utk mak abah sebagai hadiah yang ditunggu semua ibu dan ayah di alam sana..
aku memang redho..
kalau aku tak redho sekalipon...
ape yang boleh aku buat....
keadaan tetap tak akan berubah..
jadi...redho tu mungkin adalah lebih baik tuk melepaskan arwah..
tapi di mata...tak mungkin dihati...
tetapi...
hubungan dengan Allah sangat rapat..[Alhamdulillah]
dapat aku lihat sehari sebelum kematian nya...
subhanallah....sangat besar petunjuk Allah..
in syaa Allah...aku yakin ade bahagian yang baik untuknya di sana...amin...
aku tak sekuat kawan2 sahabat atau orang lain...
mungkin aku masih belum benar2 sembuh dan tabah berhadapan dengan hakikat...
bagi aku ruang..dan sedikit masa..
biar aku 'sembuh' dengan care aku sendiri...
walaupon Afham mungkin tak paham lagi..
tapi satu hari nanti aku akan bagitau afham yang opah dan wan teramat sayang kan dia.
p/s :: arwah mak dan abah akan sentiasa di hati... tenang lah makabah di sana yer..semoga tak terputus ingatan dan doa aku untuk nya....in syaa Allah.....

selamat tinggal abah.. 1943-2014
Assalamualaikum..
Hari yang sedih , minggu yang sebak, bulan yang penuh kesedihan, tahun2 yang mendatang tidak lagi mendapat kasih sayang seorang abah..
abah dah tiada di dunia..abah telah dijemput oleh NYA pada 18hb 4 2014 pada pukul 8:27 pagi hari jumaat yang indah.
bertuahnya abah dengan hari jumaat..
Allah..dan bertapa perit nya kami adik beradik utk melalui hari2 yang mendatang tanpa abah disisi..
selalu ada sahaja nasihatnya, ada sahaja tegurannya, ada sahaja ilmu2 akhirat nya yang dikongsi dengan kami anak2 abah
tapi sekarang semua dah hilang..hanya kenangan terikat kuat di hati ini..
selepas 3 tahun 6 bulan emak dijemput olehNya.. kini giliran abah pula..kami anak2 redho ..
abah telah selamat kembali kepada penciptanya dengan baik .. jasad yang sempurna, walaupun di dunia abah di caci di hina.
takpa..kata abah "itu semua urusan dunia yang pasti ALLAH tak memandang hina dengan kita hambaNYA"
Allah... tabah nya insan bernama abah..
semua sudah ditetapkan oleh sang penciptaNya setiap yang hidup pasti akan merasai kematian..semoga abah ditempatkan disisi para syuhada..soleh solehin
Semoga emak dan abah dapat bertemu semula di sana ...emak adalah bidadari syurga kepada abah yang setia.
Al fatihah buat ayahnda n bonda tercinta
HJ NAYAN @ AMINUDIN Bin Che Piah
HJH HAJAR Binti Rafaeah

Sabtu, 12 April 2014
Nasi Ayam Bertambah =)
Kenapa tajuk post bertambah.. ehehe..sebab bila huda masak nasi ayam je suami mesti tambah dengan rakusnya..ahaha. bukan satu pinggan tapi tiga pinggan.. si isteri pun tersenyum sampai ketelinga..seronok tengok suami dan anak menikmati hidangan.. Alhamdulillah..
sebenarnya antara sebab lain kami dah dua minggu tak jumpa nasi.. konon nak diet nasi kejap..alih2 suami bagi cadangan suruh buat nasi ayam malam tadi.. terpaksalah akur dan hancur kejap diet atkins kononnya la semalam.ehehe
Nanti di berikan kelapangan masa huda nak kongsi juga resepi nasi ayam yang sedap ni..
allahyarhamah mak huda punya resepi..dulu masa di Kem Banting mak ada belajar dengan tokei cina yang buka restoran nasi ayam di sana..tapi lepas diolah oleh mak..semua bahan digunakan yang halal sahaja., almaklumla arwah seorang yang peramah dan baik hati.. ramai yang senang dengan arwah,,tak lokek(kedekut) pon tokei cina tu nak bagi resepi..
Allahyarhamah rajin buat nasi ayam, ada orang tempah, makan utk anak beranak.memang terbaik..sampai kan abah sendiri kata..tak da siapa boleh lawan nasi ayam mak hang! oh terharu=)
semoga bonda Hajar binti rafeah tenang di sana.. rindu kenangan bersama =)
Rabu, 9 April 2014
Genap setahun kami di Penang, genap dua tahun blog tak updated
Masa kejap sahaja berlalu , pejam celik pejam celik rupa2nya hampir 2 tahun huda tak update blog kesayangan ini.. ALLAH.. sibuknya dengan urusan dunia..urusan anak, urusan suami, sesungguhnya ku bersyukur padamu ya ALLAH masih dikurniakan dengan akal dan kesihatan yang baik buat kami sekeluarga.
entah kenapa tiba2..lepas sahaja mengemas "opisku" workstation..di waktu yang sama afham juga telah tidur dengan nyenyaknya..huda bercita2 nak update kisah ku di blog semula..cerita angan2 ku,,cerita yang memberi memori indah di kala membaca blog ku semula,. kalau tidak,, nak tengok pun susah sebabnya dah busy dengan bisnes online dan anak.. Alhamdulillah rezeki afham.
mudah2 an.. di berikan kekuatan utk huda terus menulis di blog kesayangan ini.. afham pun sudah 2 tahun 3 bulan, dan kami tinggal di pulau pinang pun dah hampir setahun..
Rabu, 21 November 2012
malasnya nak update
apa nak buat..bila anak dah pandai nak mengemas rumah lebih dari mamanya..aduss..berganda jadi kerja mama afham tau.. dalam letih2 pun hati saya tetap seronok!! anak yang seaktif afham seminit tak boleh senyap kecuali tidur..ngeh3..
entry yang sebelum ni cerita pasal afham masuk wad kan...masa tu afham baru nak masuk 5 bulan..now!! afham dah 11 bulan.dah pandai berjalan n berlari diusia 10 bulan..ayoyo..cepat nya anak mama ni..Alhamdulilah!!tq ALLAH
banyak sebenarnya idea yang nak di tumpahkan atas entry setiap kali saya online ..tapi apakan daya!! anak lebih diutamakn dahulu`.. jom tengok gambar2 afham bila dia dah dapat kaki.. =)
Isnin, 21 Mei 2012
bila anak masuk wad
Sunyi lagi blog ni sebab Mama Afham busy sangat-sangat tp pagi ni Alhamdulillah masih diberi kelapangan masa untuk saya mengupdate,walaupun selalunya memang tak sempat! sibuk dengan aktiviti yang tak akan pernah habis2 sebagai isteri dan Ibu..syukur ALhamdulillah dipanjat kan kepada ALLAH swt atas kesenangan dan kesihatan yang baik tika ini=)
Sebut pasal kesihatan baru-baru ini anak teruna saya terpaksa saya kejarkan ke wad kecemasan di hospital BM atas sebab batuk berkahak yang tak henti2 disertai dengan demam,ini kali kedua afham demam teruk..selalunya bagi ubat demam afham dah beransur pulih tapi kali ni asyik mengamuk je bila kahak tak boleh keluar dari mulut..sementelah kita yang dewasa bila kena batuk berkahak pun rimas..tambah baby yang tak tahu apa.
Ahad lepas saya merasakan yang batuk berkahak afham dah masuk tahap serius dah.sampai muaka merah2, Apa lagi, kelam kabut jumpa doktor kat Hosp BM.pergi ke bhgn kecemasan,siap afham kena masuk oksigen sambil mengamuk2 bukan sebab sakit tp sebab nak tidur..ehehe, lepas doktor bhgn kecemasan tu observe Sekali kene tahan wad dan refer pada Doktor pediatrik pulak dah. So, doktor bagi Reference Letter untuk jumpe pediatrik petang tu juga, memang kes kena tahan wad la ni..tapi takpe demi anak untuk sembuh berkorban je..banyak pulak prosudere masuk wad hosp kerajaan ni..dengan anak mengamuk di kendong..mujur lah ada suami..gilir2 nak tenteram kan si anak teruna ku itu,tunggu nak masuk wad pun dekat 1 jam..dok tanya tu dok tanya ni..tapi mujur lah saya sabar, dekat pukul 3 ptg juga baru dapat katil di wad 1,letak2 afham atas katil terus lena dia..en suami pula balik rumah ambil barang2 saya n afham
Tunggu punya tunggu, bertegur sapalah dengan parents yang dok sebilik. Maklumlah, mulut ramah tamah. Huehueheu. Saja meramahkan mulut sebab perasan mereka jumpa doktor yang sama. So, nak tau apa yang berlaku pada anak parents tu. Sama kes dengan Afham. demam + batuk. Ramai juga kanak2 yang kene demam + batuk berkahak ni rupanya minggu tu.musim agaknya! Ada yang sampai berkudis2 macam kudis buta. Kasihan sangat. Kalau orang luar yang tak tahu, pasti takkan nak dekat dengan kanak2 ni. Pasti takkan biar anak mereka dekat dengan kanak2 ini, risau jangkit kononnya. Saya pegang kanak-kanak ni. Kasihan. Risau physiology mereka sebenarnya. Risau ramai orang tunjuk muka geli dan sebagainya. Sebab tak ramai yang paham.
Hanya orang yang eczema paham perasaan orang yang dijangkiti eczema;
Hanya orang yang gemok paham perasaan orang yang gemok;
Hanya orang yang ada jerawat paham perasaan orang yang ada jerawat;
Hanya orang yang jongan paham perasaan orang yang jongan;
Orang yang tak paham selalu buat muka geli, buat muka sinis, buat kondem, buat ejek;
Kan?
suami hantar barang dekat pukul 5 ptg..bagitau dia dapat cuti kecemasan dua hari..tapi yang spoil dia tak boleh teman saya jaga afham sekali..maklumlah hosp kerajaan..uhuhuh..tinggal lah saya dengan afham je malam tu..dalam hati ni yang nak buat insurans peribadi untuk afham cepat2, kalau hosp swasta anytime boleh masuk,berapa orang nak jaga pon tak kesah..bukan sebab tak mampu nak jaga afham sorang2 tapi jeles sebab en suami dapat cuti,sebaiknya guna lah cuti tu jaga afham kan..ekekekek..!!
setiap 4 jam sekali tidur afham di ganggu oleh kakak2 misi yang cun untuk masukkan antibiotik,ambil tekanan darah, nadi ,check suhu demam dan sebagainya..tidur mama afham juga terganggu ..tapi mujur afham tak mengamuk sebab lali dek penagan ubat rasanya..kalau tak habis satu wad dengar suara anak mama yang lantang itu..
ha satu lagi bila hari kedua di wad agak susah nak tidur kan afham ni sebab dirumah saya letak afham dalam buaian tapi di hospital..aduiii jenuh juge lah nak pujuk afham supaya tidur dengan nyenyak..kejap2 dia bangun..tapi penyelamat tika itu adalah ubat yang diberi oleh misi yang buat dia asyik nak tidur..
hari ketiga 2 orang doktor chinnese datang check di awal pagi..macam biasa si afham ni memang ramah gamaknya besar nnti, dia dah senyum2 dengan doktor2 tu,,siap buat bunyi bunyi2 lagi.. doktor tu kata " anak kakak cerdik la,comel n sangat kiut looo" mari adik doktor check!! lepas check dada atas bawah dia cek belakang pulak, doktor kata "ok tak boleh balik lagi yea baby..dada ada bunyi lagi!kita tngok esok plak macam mana".dan lepas tu afham kena masuk oksigen selang 4 jam sekali,pukul 12 dan pukul 4 pagi tak lena diulit mimpi la mama afham sebab afham mengamuk nak tidur tak mau pakai bendalah tu..apa boleh buat nak sehat kan sayang,,mama paksa dalam manja jugaklah..akhir sekali tertidur sambil melekap oksigen di hidung afham.
keesokan hari nya pun sama juga, batuk dah tak teruk sangat cuma tetiba muka, kaki dan tangan afham naik merah..macam ken gigit nyamuk..~sampai ke kelopak mata, serius dah lain jadi muka anak teruna saya tu..dari mata bulat terus jadi sepet..entah la kenapa..terus doktor suruh stay sehari lagi kemungkinan alergic dengan ubat, tak sampai petang pun,merah2 di seluruh badan afham dah berkurang,tapi nampak afham sangat tak senang duduk..mungkin kesan dari merah tu buat badan dia jadi gatal dan miang..petang tu pon doktor ada datang..dia kata kalau dah surut merah2 tu esok dah boleh balik.. "ni bukan sebab ubat kalau sebab ubat dari hari pertama lagi dah boleh detect.. ni mungkin sebab hama atau sabun yang tak sesuai", tapi oklah merah2 tu dah kurang
hari kelima kebetulan en suami cuti..jadi saya suruh dia datang awal sikit ganti tempat saya jaga afham sebab saya ada urusan nak settle diluar, nak daftar itu dan ini..last tershopink lakh kat jusco perda..alasannyer nak g amik duit je,,ihihi..beli bantal dan botol susu baru kat afham..balik tu dalam 12.30 tghri terus suami gtau afham dah boleh keluar petg ni..hiphip horay la saya!.. tak sabar nak balik rumah..masa kat wad teringat dirumah walaupun kecil tapi bagai di syurga..home sweet home!!
Sabtu, 12 Mei 2012
Nak update semua resepi di FB
Hari ni terlebih rajin plak dalam anak dok demam2 ni..dah rajin toksah kata apa kn!! kehkehkeh atas permintaan kawan2 di fb yang nak resepi saya buat tu..insyaALLAH saya akan update dari semasa ke semasa..tunggu je ye..ramai yang nak cuba.sebab asyik tengok gambar je kan..tapi saya hairan la.. kenapa tak de ruang enter kat dalam blog saya yang baru ni.. boleh siapa2 tolong tak..bila nak taip resepi jadi tak best nak baca..sebab semua sama je..ermmm!! o ya..~~ templete dari biru dah tukar ke hitam..ni kes header tak muat denga templete yang lama saya..ehehe.. header tu saya order dari sahabat saya suhana..cantek kan..kalau nak tempah pon boleh kat hanakamaz ..harga RM 15 je.. =)
Resepi Nasi Ayam Penyet
Hari ni saya bangun agak lewat sikit..selepas malam tadi berjaga dari pukul 4 pagi hingga pukul 6 pg..penangan Anak bujang saya demam + batuk berkahak dan selesema dah 3 hari..kesian anak mama!!..time ni je dia sangat manja.nak beriba bagai..alahai..tak sampai hati juga saya nak letak atas tilam.. sebab saya memang tak ajar afham beriba..so dia tak kesah sangat..hari dia demam..bagi can sikit la kan..~~ ehehe
Hajat hati memang tak nak tidur balik..tapi apa boleh buat, bila tengok En suami bukan main sedap lagi lena atas tilam yang empuk tu~.jeles!! .lepas betul2 pastikan afham tidur..saya pun apa lagi..tarik kain selimut semula..ngeh3x
sudahnya bangun pukul 9.30pg dek terdengar bunyi suara afham menangis,suami pula tak gerakkan saya.."ayang penat sambung lah tidur lagi" wah!! dia uruskan afham pagi tadi..tapi afham tetap menangis bila saya dukung bagi susu..dia terus senyap..beriba la pulak sampai mood dia dah ok..
Last2 buat sarapan pagi dah dekat pukul 12tengahari...ehehe kebetulan anak-anak saudara saya ada dirumah tidur semalaman..pagi2 lagi dah bising lapar..ihihihi ape boleh buat.."Burger malaysia" @ pau goreng sarapan a.k.a mkn tghri..
Sambil2 makan tu..search google resepi apa nak masak hari ni..tiba2 tekak ni teringin plak nak makan Ayam penyet..terus dapat resepi dari himpunan resepi blog masakan @potret kasih..apa lagi terus cuba..kebetulan..suami nak keluar beli ubat anak..terus pesan barang2..ehehe..
Menjadi juga selepas berhempas pulas di dapur seorang2 ..mujur juga en suami kerja petang boleh la tengok2 kan anak yang sedikit manja semenjak 3 hari ..ehehe
lepas makan saya tanya suami berapa bintang nak bagi..dia kata 8/10..wah bangga nya kejap..kira okla kan sebab percubaan pertama..eheheh
ni kalau korang nak cuba resepi kat bawah
Resepi Nasi Ayam Penyet
1 ekor ayam ( potong2 dan asingkan bhgn isi dengan yng bukan isi eg kaki, kepak, leher, tulang dada utk di buat sup )
1 keping tempe ( dalam peket )
4 keping tauhu
Tepung beras ( anggaran utk tabur pada ayam,tempe dan tauhu goreng )
Ulam2 ( saya guna kobis, kacang panjang, timun dll )
Bahan kisar
1 sudu makan ketumbar biji
1 sudu teh jintan kasar
1 sudu teh jintan halus
1 sudu teh lada putih
1 sudu teh serbuk kari
1 sudu teh serbuk kunyit
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 kiub ayam
( bahan kisar ini agak banyak dan nanti akan di gunakan utk memerap ayam, tempe, tauhu dan digunakan untuk membuat serdak @ kremes )
Cara Penyediaaan
1. Kisar bahan2 di atas bersama 1/2 cawan air, garam, gula dan bahan perasa/kiub ayam yang dihancurkan.
2. Kemudian perap bahan kisar bersama bhgn ayam yg telah di cuci dan di bersihkan.
3. Simpan dan perap ayam dalam peti sejuk beberapa jam sebelum di goreng.
4. Untuk menggoreng ayam, taburkan sedikit tepung beras pada ayam yang telah perap tadi kemudian goreng ayam seperti biasa.
5. Untuk tauhu, potong dua melintang, kemudian gaulkan dengan lebihan rempah perapan ayam tadi, masa nak mengoreng taburkan sedikit tepung beras dan lumur hingga rata. kemudian barulah di goreng seperti biasa.
6. Untuk tempe, potong 4 dan belah dua melintang, kemudian gaulkan dgn lebihan rempah perapan ayam. Masa mengoreng boleh tabur dengan sedikit tepung beras dan goreng seperti biasa.
…………….
Untuk sup
Bahagian kaki, kepak, leher, tulang rusuk ( dipotong2 )
Untuk Tumisan
3 ulas bawang putih ( di tumbuk )
3 ulas bawang merah ( di hiris )
1 biji bawang besar saiz kecil ( ditumbuk )
1 inci halia ( di ketuk kasar/ ditumbuk halus
1/2 sudu makan lada putih ( ditumbuk )
rempah 3 sekawan secukupnya ( kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga )
1 sudu makan rempah sup serbuk/ rempah bunjut
garam secukupnya
sedikit perasa/ kiub ayam – jika suka
air secukupnya untuk kuah
minyak untuk menumis
daun bawang/ daun sup ( bahan tabur )
Cara membuatnya
1. Tumis rempah 3 sekawan serta bahan2 hiris/tumbuk hingga wangi kemudian masukkan ayam, rempah bunjut dan air.
2. Masak hingga ayam empuk, masukkan garam dan kiub ayam, sesuaikan rasa, bolehlah di tutup api….
…………….
Untuk Sambal
5-6 biji cili merah
secekak kecil cili padi ( boleh kurang jika tak suka pedas )
3 biji buah tomato – saya guna saiz besar
belacan bakar ( anggaran 1 1/2 inci )
1 sudu makan garam
2 sudu makan gula
1 -2 biji limau kasturi- ambil jusnya
Cara membuatnya
1. Kisar semua bahan diatas bersama sedikit air masak.
2. Sesuaikan rasa garam dan gulanya – bolehlah terus dihidangkan!!
……….
Bahan Serdak @ kremes
1 biji telur ayam
1 cawan air ( saya guna cawan kecil )
2 1/2 sudu penuh tepung beras
sedikit rempah perapan ayam tadi
sedikit garam
Cara membuatnya
1. Satukan dan kacau hingga sebati bahan2 diatas. Kalau bancuhan agak pekat tambah lagi sedikit air….
2. Panaskan minyak ( banyak ) dalam kuali….
3. Bila minyak dah panas… masukkan sesenduk kecil dan spread/tebar kan bancuhan tepung dalam minyak.
4. Cepat2 kacau dan goreng hingga kekuningan dan garing ( cruncy ).
5. Angkat menggunakan tos… dan buat hingga habis…
………
Untuk menghidang
Hidangkan nasi, tempe dan tauhu goreng, ayam goreng, ulam dan sup ( dalam mangkuk kecil ). Serdak @ kremes tu di taburkan kat atas ayam dan tempe/tauhu….. dan bolehlah menjamu selera….
Khamis, 10 Mei 2012
suka time pregnant..
kalau retis jangan harapla kan nak tunjuk gambor tgh pregnant n besaq macam tong dram ni..afham 8 bulan dlm perut time ni..saya suka sebab
saya suka gambar ni..sebab kami jarang ada gambar tangkap berdua yang ala2 romantik macam orang bercinta tu..eheh..tu pun suami saya tegak je..kami memang tak pandai nak bergambar..serius!! masa berkahwin tu jela moment paling best yang suami penah buat..tu pon photographer yang arah2 tangan kat bahu..tangan dekat pinggang...cececewahh...tak pandai kot nak pose ala2 mulut senget sebelah n mata juling2 gitu...ekeke..jadilah kenangan dengan afham dalam perut time tu..Sweet moment as sweet hubby n wifey...
tapi kalau nak buang tebiat sekali sekala pesalahnye kan!!
belek punya belek,rupanya banyak juga gamba dalam camera pink suami saya tu..ehehe =) nanti ada masa saya upload lagi memandangkan anak pon dah bangun...
misi saya skrg nak cari hp...nak cari hp......nak cari hp.......
Selasa, 8 Mei 2012
Ameen afham pun nak kena update juga
Bulan ni anak bertuah saya dah genap 5 bulan..sekejap je masa kan..Alhamdulillah anak yang berbau syurga ini semakin hari semakin cerdik dan cerdas.. syukur pada ALLAH s.w.t atas kurniaan yang tiada nilainye ini..perasaan gembira,semangat dan rindu makin hari semakin seronok bermain2 di benak hati saya dan suami..anak membesar di depan mata adalah nikmat yang sangat sempurna.
lihat si anak tidur saja hati saya tak keruan jadi sebak,rindu,manis, comel dan tenang je..
will always fall in luv with afham luvly bby, yeah ;)cewah omputih lak memalam ni
nota utk Afham:
dear Afham, be good ok.
ure the greatest gift. never a burden.
sorry sometimes we get angry towards know-nothing-yet-beautiful you.
be good, son.
HP hilang lagi
Pejam celik pejam celik kejap je sebulan dah blog ni tak berupdate..dok nanti..nanti..nak berupdate..last2 hampeh!! sebuk sangat ke kau huda oi..setakat jaga anak..masak ,basuh untuk suami~petik jari pon boleh..~~ohohoho
saya sebuk buat ape eh..cer teka..ehehe...mood hobi baru saya..ehehe..ber "baking"..time rajin lah!! kalau malas toksah kata apa..jeling pon tak mau..ekekek..
ha lagi satu yang buat spoil mood sy nak update blog sebab........ hurmmm~..hp hilang lagi..saya sangat careless k..!! memang saya mengaku..ntah macam mana nak buang penyakit ni..tapi saya tak risau macam entry saya sebelum ni~ sebab saya hilang HP saya dalam rumah saya juga!!~ eheheh..jadi solution nye adalah (cari perlahan-lahan) hp pun pandai main cak-cak kan..nanti kalau saya jumpe hp saya balik saya nak babab dia..banyak songeh k..~!!
hukhuk rindu la dengan hp comel warna pink saya tu.~~ bila boleh kita bertemu..=( tak ada dia saya susah sebab saya suka shoping online.. camne saya nak buat transaction untuk dapatkan nombor tagged maybank2u tu..alahaiiii... yang pink ilang suami bagi yang dia punya guna sementara warna silver brand yang sama juge..ingat kan nak beli baru macam iphone4 ke..ihihi Berangan la ko huda...
eh anak pon dah bangun..terpaksa berundur dulu ye..satgi2 update lagi..angin dah rajin tiba2 ada..ehehe
Sabtu, 31 Mac 2012
Sup Daging pekat
Rajin sangat la saya semenjak dua menjak ni nak upload gambar makanan..(ceh rajin la sangat!!) =) bukan apa suami baru beli gudget baru..bila snap gambar perghhh lawa sangat.. tu yang nak share dengan semua bukan pasal dslr baru tapi pasal hobi baru saya masak n upload gambar..tumpang afham tengah lena masa ni saya guna sakan2 buat apa yang patot..sebab jap lagi kalau dia bangun..alamat memang melekap jela dengan saya..makin hari makin banyak akal afham sekarang..letih tapi Happy!! ehehe
Tengahari ni EN suami pun ada di rumah so saya kodek2 icebox jumpe daging 2 minggu lepas en suami beli tak terusik pun.. mula2 dalam otak nak buat masak kicap je..dah favourite en suami..tapi alih tekak ni teringin nak makan sup lak..(ko punye tekak je eh ko kire ye huda) ehehehe SUP DAGING PEKAT..
sup ni pekat sebab ada serbuk kurma tu lah..ihihih..selamat menjamu mata..=)
Jumaat, 30 Mac 2012
masak lemak cili padi ikan tongsan
Selalunya kalau nak beli barang basah saya dan suami lebih gemar pergi tesco Alma je..paling dekat dan selesa..tapi kelmarin kami bertolak dari rumah bapa mertua di selama perak melalui jalan kulim..jadi kami singgah sebentar di tesco kulim..ambil barang apa yang patut sebab malam nanti suami saya bertugas pula..tiba2 terpandang satu slice ikan ni ..tengok isi cantek..baca tag di atas ikan tu nama tongsan..saya tak berapa nak kenal sangat jenis ikan ni..dlam kelam kabut ngn afham pun tengah merengek dekat babanya..saya pon ambil jela 3 potongan ikan tu..lepas siap barang kami pun bayar..perut pon dah berkeroncong..makan2 jap terus balik..
keesokkanya baru saya masak ikan tu..saya google tgok resepi apa yang sesuai nak masak dengan ikan tongsan ni..ramai yang buat masak lemak tempoyak..terliur gila tengok masakan dalam blog yang mantap tu..pergghh ,,tapi memamndangkan tempoyak takde stock di dapur..tukar jela la jadi masak lemak cili padi.
pertama kali saya rasa isi ikan ni..agak hanyir sikit..tapi mujurlah dah rendam isi ikan tu dengan asam jawa.. rasa ikan ni macam ikan patin...ape2 pon memang sedap..
BBQ - orang iraq balik M'sia
Lepas balik rumah Bm tak sampai dua hari, tiba2 saya dapat fb chat dari kakak sy @suriaty nayan dia minta saya balik ke taiping semula sebab ada suprise!!..hurmmm~~ehehhe tertanya-tanya juga apela yang suprise nye kan...bodek punya bodek akhirnya dapat tahu juga yang kakak saya tinggal di kurdistan iraq akan balik keesokkan harinya..mana tak suprise.. selalu mereka 4 beranak ni akan balik nak dekat raya je..tup2 kali ni awal pulak..ehehhe..melompat gembira saya nak jumpa kekanda n anak2 buah tercinta..ehehe mujurlah kebetulan suami saya pun akan cuti pada hari tersebut ..=)hoyeahhhh...kami pulang ke taiping semula...~~~ beg yang belum berkemas lagi tu la saya heret balik semula ke taipinggg....wahhhhh!! rajin kauuu...ihihihi
malam tu kakak saya tu teringin nak makan ikan bakar katanya dekat sana ikan kembung empat ekor dekat Rm45.00.. kat sini bukan main pulun lg..
Jumaat, 16 Mac 2012
teluk batik n Marina Cove Resort
Hari Rabu yang Lepas selepas selesai urusan Aqiqah. Saya, En suami ,Afham dan juga Wan (abah sy)kami bertolak ke lumut tepat pukul 9 pagi..
Plan asalnya nak pergi Langkawi @ PD tapi memandangkan cuti En suami pun hanya tinggal dua hari..hanya tempat terdekat saja kami tuju..sebab lumut dari taiping tak sampai 2 jam perjalan.. Kami ikut jalan beruas, jumpa air tawar,sitiawan dan sri manjung dan terus ke Marina Cove sebelum checkin hotel kami singgah di tesco manjung untuk beli pampers Afham..terus lunch dekat sana sekali..
Checkin pukul 2 ptg suami ambil superior family room tanpa balcony sebab kami datang time cuti sekolah bilik yang ada balcony semua dah penuh..bilik luas sangat perabot je agak old fesyen kit ..rasanya hotel tu mungkin dah lama..sempat juga tgok citer hindustan tp takde astro..anak n en suami pon dah terbongkang..eheheh..layan dengan abah sy jela.=)
pukul 5 siap2 bagi mandi anak terus kami keluar menuju ke pekan lumut..jalan2..sepatutnya pergi mandi manda kat teluk batik dulu..tapi biasalah bila big boss a.k.a abah sy dah pegang stereng kereta..ehehe..ikut jela.. ronda2 jap pastu pusing balik ke teluk batik..sampai pun dah pukul 6.30 ramai yang dah balik dan yang setengah lagi dok mandi manda..teruja sangat si afham sebab kena hembusan angin pantai..suka n galak bukan main.
okla nak dipendekan citer kita layan gamba kat bawah ye memandangkan afham dah bangun..terhad dah masa mama afham ni =) eheheh
Majlis Aqiqah Si anak Bujang Part II
Alhamdulilah hari yang di tunggu telah berlalu dengan jayanya..kami 3 beranak pun dah balik ke BM..penat semasa majlis tu takde lah terasa sangat sebab semuanya main tempah n makanan order catering je.. cerita nak mula dari 2 hari sebelum berlangsungnya majlis si anak teruna sy tu.. cerita tentang 2 ekor kambing tunggangnya
seekor hitam dan seekor putih..pada asalnya kambing yang ditempah hanya satu..disebabkan kambing boer yang kami beli tu memang besar berat nye pun mencecah 50kg dan kambing2 yang lain masih belum cukup umur..berbincang dengan suami dan abah sy..cukuplah sekadar seekor .....tup-tup seminggu sebelum majlis berlangsung..abang kandung sy abg firdauz telefon bagitahu dia nak 'sponsor' seekor lagi kambing, katanya sunat untuk anak lelaki dua ekor..dah kelam kabut abg kandung sy yang sorang lagi tinggal berhampiran dengan rumah abah mencari kambing tersebut.. ALhamdulilah jumpa di saat2 akhir
Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing.

Untuk majlis aqiqah Muhammad Afham kami dah balik kampung awal 3 hari sebelumnya untuk membuat preparation..en suami bercuti selama seminggu..bukan senang tau en suami nak cuti panjang2 macam tu..workholic punya olang~~ ehehe..Pagi khamis kami dah membuat temujanji dengan ustaz yang menjual kambing untuk menyembelih dua ekor kambing di rumah nya...ooohh sebenarnya macam ni..kambing ustaz tu jual hanya seekor je yang warna putih tu sebab kambing yang lain tak cukup umur dan seekor lagi abg kandung huda dapat dekat kampung lain..terima kasih abg cho susah payah cari kambing yang seekor lagi tu..pagi pukul 8 kami dah berhimpun di rumah ustaz nak tgok kambing punya pasal..sampaikan afham pon saya
Langgan:
Catatan (Atom)