>

Isnin, 20 Disember 2010

SEMOGA ABAH CEPAT SEMBUH..


Dah seminggu genap abah di hospital.

baru-baru ini abah dikejarkan ke wad C.C.U

kami adik beradik semua dah gelisah dan pakat-pakat balik.

sehinggakan kakak di oversea pun balik sekali.

risau berulang dua kali kata kakchik.

semasa hayat bonda ada dan dimasukkan ke hospital. kakchik tak sempat balik.

mungkinkah rasa ralat membuku di hati kakak ku itu. :(



adakah abah akan menyusul seperti Arwah Mak

oh tidak..

janganlah buat masa sekarang....

Ya ALLAH ku mohon sangat2 padamu.

berikanlah kesempatan untuk Huda balas semula jasa Abah.

dan segala limpahan kasih sayang beliau kepada kami adik beradik.

walaupun hakikat nya memang kita akan kembali ke sana semula.

huda redha ya ALLAH..cuma berikanlah kami sedikit kesempatan untuk lebih bersama Abah.

tak sanggup rasanya....

untuk pemergian kali kedua.

Arwah mak baru sangat pergi meninggal kan kami.

kami tak mampu kehilangan seorang lagi insan yang kami sayangi.



Huda tahu abah kuat semangat.

cuba bertahan ya duhai ABAH sayang.

rindu nak abah balik.

gelak ketawa abah.

usikan manja abah.

berleter abah dekat Huda dan Kekty(kakak Huda)

kesian dekat abah.

kena serangan jantung

dan paru-paru berair.

semua itu kesan dari abah seorang perokok tegar 15 tahun yang lepas.

 Wad D4 Hospital Taiping



 time ini abah tak sedar.baru lepas inject morphin.sian abah :( sakit sangat katanya.




 Abah dan kekty sebelum dimasukkan ke wad c.c.u




 Kakak2 di ruang menunggu( masa ni kekty demam)





Abang2 sedang menunggu di ruang menunggu wad c.c.u



p/s: tidak dibenarkan untuk mengambil gambar di wad c.c.u

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...