>

Jumaat, 10 Disember 2010

Dalam Kenangan


Awal Muharam 1432 Hijrah sudah dilepasi dan 1 Januari 2011 sudah semakin hampir. Selama ini, jika Huda hendak menyasarkan azam baru untuk sesuatu tahun itu, Huda ada kriteria Huda yang tersendiri. Azam yang berbentuk perubahan positif untuk sifat dan hati sebagai seorang Muslim, Isteri dan anak, Huda sentiasa mengguna pakai kalendar Hijrah sebagai titik permulaan. Huda senaraikan apa yang Huda sasarkan dalam tempoh setahun itu. Bagi perubahan dari segi Keluarga, etika diri, cita-cita dalam pelajaran dan pekerjaan juga sasaran dalam setahun mendatang sebagai seorang Isteri dan anak, Huda menjadikan kalendar Masihi sebagai titik permulaannya.

Untuk kali ini Huda telah merangkumkan kesemuanya dalam satu senarai. Sebelum Huda mula menyenaraikan target Huda untuk setahun mendatang ini, Huda mengkaji dulu pencapaian Huda untuk tempoh setahun ini.

 
Alhamdulillah, sebelum habis beberapa hari lagi dalam tahun 1431 Hijrah dan 2010 ini, hampir 100% target Huda sebagai seorang Isteri, Muslim dan anak tercapai. Jadi sasaran Huda untuk tahun depan semoga apa yang Huda telah mulakan akan Huda teruskan selamanya dengan penghayatan yang lebih. Bukankah maksud istiqamah itu ialah berterusan dan semakin memperbaiki kualiti pekerjaan kita itu. Jadi, untuk tahun baru ni, Huda cuma nak tambah Enam.

Huda nak Bahagia Selamanya dengan Lelaki yang Huda cintai  iaitu, AYOB BIN MAT ISA.. lelaki yang Huda cinta luar dan dalamnya, hati dan jiwanya. Manja dan mengadanya. 'Cool dan Sabarnya", Bertanggungjawab dan romantiknya.,Senyum dan jelingnya,.dan Huda berniat dalam tahun 2011 ni, Huda nak dapat kan CAHAYA CINTA kami. En Suami pun sudah beriya-ria nak kan baby, kalau lah baby boleh beli dekat mana-mana. Hari ini jugak huda pergi Beli.:) Kita jauh kan.Tapi setakat ni belum ada rezeki lagi..Sabar ye Abang ..Huda lagi tak sabar. Uhuksss..
pst: En Suami sebelum Nikah lagi dah siap cari nama untuk Baby.ehehehe.

Huda nak bahagiakan Abah Huda, Tuan Haji Nayan Bin Kamarudin hingga ke akhir hayat beliau. Huda tahu,Huda bukan lah seorang anak yang baik. Kadang-kadang nakal, Kadang-kadang degil. selalu kecikkan hati Abah.Tetapi Huda sayang Abah Huda Sangat-sangat pst: huda anak manje abah.ehehe tapi selepas nikah kekty pula ambil alih..huwaaaa


Huda nak keluarga yang sungguh-sungguh bahagia. Ye, macam keluarga Huda sekarang.


 
Ada K'LONG yang  sanggup berkorban untuk adik beradiknya yang lain
 
 
 
 
Ada K'NYAH yang mengambil berat dan baik hati. 

Ada ABGCHO yang Tegas dan penyayang
 

Ada ABGCHIK yang senyap dan disiplin tapi bernas dalam memberi pendapat dan dorongan untuk Huda,
Ada KAKCHIK yang Sempoi, pemurah dan baik hati sangat-sangat selalu dapat hadiah yang hebat-hebat
Dan juga KEKTY terlalu rapat dengan Huda tapi selalu marah dan membebel tapi sangat amik berat kesusahan adik dia yang seorang ini yang ni 2 kali ganda punya kalut..ehehe.impian Huda untuk mereka ini; moga talian persaudaraan ini takkan putus atau menerima panahan mata jahat sesiapa, amin.

Huda Juga semakin sayang pada Keluarga En Suami malah, Huda bersyukur kerana dilayan begitu baik oleh keluarga ini. Impian Huda untuk keluarga ini, Semoga MAK JAMILAH (tempat menumpang kasih selepas pemergian Allahyarhamah bonda) ABAH MAT ISA, KAKAK2 IPAR, ABG IPAR, ADIK AN DAN ADIK SITI bahagia selamanya.







SAHABAT.. yeah, insan yang dulunya Huda letak di tangga ke-3. (lepas En Suami datang je, terus jatuh di tangga ke-5...) Tapi percayalah SAHABAT, kamu semua tetap dalam hati Huda sampai bila-bila. Paling penting, Huda nak kongsi seribu impian & bahagia Huda bersama kalian... (this one Huda dedicate to LAILA FAEZAN, DIANA ABDUL WAHAB, KHAIRUZZAH BHARUM, SUHANA MATZAIN,SHAZAIMA CHEROSE, NORHAYATI AB TALIB, NORHAYATI A BAKIR dan NOOR HIDAYU ABU HASHIM).. i love u guys, and really2 love.impian Huda untuk kalian, moga persahabatan ini akan terus mekar walau kite dah tua bangka nanti. :P



Huda nak jadik orang yang FREE FINANCIAL PROBLEM. tak ada masalah duit langsung.nak ape, dapat. nak beli ape, beli..ada sesiapa nak tolong impian Huda untuk yang ke-6 ni ke.
Boleh Huda kasik akaun nombor Huda... =p

Salam Maal Hijrah 1432 Hijrah

dan

Selamat Tahun Baru 2011

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...