>

Selasa, 21 Disember 2010

Isteri yang bekerja..


Huda ada baca satu artikel ini yang mengatakan tidak ada hukum ‘harus’ bagi seorang isteri untuk memikul tanggungjawab bagi keperluan kewangan dalam rumahtangga. Kedudukan isteri itu lebih mulia di rumah, menguruskan rumahtangga, menjaga anak2, melayan suami.
Semua itu tugas berat seorang isteri yang tak dapat dinilai dengan wang ringgit. Namun begitu, mendapat isteri yang bekerja juga satu bonus. Selain membantu ekonomi rumah tangga, boleh juga tambah untuk education fund anak2 atau kumpul duit pegi haji.



Keperluan kewangan dan keperluan rumahtangga adalah tanggungjawab suami. Namun, dalam arus hidup masa kin, menjadi lumrah bagi seorang wanita memilik kerjaya serta mengendalikan rumahtangga. 2x ganda lebih berat tugasnya itu. Sebaik2nya isteri tadi tak perlu bekerja di luar. Namun, adakalanya ada yang terpaksa akur membenarkan isteri bekerja untuk mencari rezeki, kebanyakannya dengan harapan hidup mereka dan anak2 lebih selesa berbanding zaman dulu2. Zaman dulu tak ramai yang dapat bersekolah apatah lagi belajar di universiti. Zaman sekarang manusia celik ilmu, masing2 mahukan yang terbaik supaya keturunan akan datang lebih improve. Makanya bagi memenuhi tuntutan2 tersebut, isteri terpaksa berkorban tinggalkan rumah keluar bekerja.




Suami tidak boleh memaksa isterinya bekerja, melainkan atas kerelaan dan persetujuan suami. Jika masing2 sefahaman mengenai apa yang ingin dicapai dunia dan akhirat maka tetapkan keputusan yang terbaik dan kemudikanlah rumahtangga itu dengan baik.



Wallahualam

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...