>

Rabu, 8 Disember 2010

Kenapa manusia sering tak puas hati?


Renungan sejenak....





Di mana letakkan perasaan? Kalau kita kata letaknya di hati, kenapa kita tak ber'hati perut' pulak ? Macamana nak menjaga perasaan seseorang? Selalu kita kata muhasabah diri dan berpesan-pesan kepada diri kita dan orang lain, tapi kita buat tak? Jangan cakap saja mudah, tapi tak ada hasilnya...





Kenapa Huda cakap macam ni pagi-pagi? Banyak persoalan yang timbul bila di depan kita konon nak tunjukkan contoh tapi sebenarnya dalam pada tu kita mengenakan dan menindas orang lain, tak ada perasaan betul..





Mari kita cuba baca  terjemahan dari ayat Thoha surah 1 hingga 5:


Tho.. Ha. Kami (Allah) tidak menurunkan al-Qur’an ini kepada engkau supaya engkau menjadi susah. Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut. Diturunkan daripada yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. (Iaitu) al-Rahman (Yang Maha Pemurah), yang bersemayam (menetapkan pentadbiran-Nya) di atas 'Arash.



Amalkan hari-hari, biar lembut hati kita, banyakkan sabar di hati kita, sebab itulah moto blog Huda ni..Biar kita hidup susah kerana orang lain, jangan kita hidup menyusahkan orang lain.. Hari ini kita menyusahkan hidup seseorang, suatu hari nanti orang lain pulak akan menyusahkan hidup kita, harap-harapnya tidaklah..jadilah contoh yang baik dan seikhlas-ikhlasnya. Kadang-kadang sayu hati Huda ni kenapalah kita ni sukar nak jujur dan menunjukkan sesuatu kerja kita ni dengan tanpa seuatu niat yang baik.





Sesiapa baca ni dan tak ada kena mengena jangan terasa pulak, bukan huda nak menyindir, tapi inilah hakikat, kalau yang biasa buat dan sedarlah di mana kita sekarang..Hidup kita bukannya lama, entah kan hari ni dapat tulis kat blog, esok dah tak ada, tak sempat nak mintak maaf..




Cuba kita balik semula kepada kedudukan kita masa dulu-dulu, adakah kita buat semua macam yang kita hendak sekarang? Belum tahu lagikan, sekurang-kurangnya kita ber'perasaan' kasih' dan 'kasihan'...


 
Sendiri

Sendiri

Manempuh hidup

Tiada berayah tiada beribu

Sendiri aku berjalan

Tiada harta menjadi bekalan



( korus )

Belum pernahku kesali hidupku

Lahir kedunia pun begitu

Suka dukaku tanggung sendiri

Dengan ketabahan hati

Mana saudara manakah teman teman

Disaatku memerlukan

Kepalsuanmu makin menjadi nyata

Kemesraan sementara



Sendiri

Kadang menyiksakan

Kerna tiada teman bicara


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...