>

Selasa, 30 November 2010

Pesan Suami ..Diam lebih baik!


Sudah 26 tahun 2 bulan huda mengecapi hidup di dunia yang fana ini. Huda sudah banyak melalui pengalaman yang indah juga pengalaman yang mengerikan. Pengalaman yang huda lalui juga mengajar huda satu perkara yang amat mustahak untuk Huda amalkan walau di mana jua Huda berada. ‘Kurangkan berkata-kata yang sia-sia dan sesungguhnya mendengar itu lebih baik daripada berkata-kata yang sia-sia.’

Huda baru dapat MEMO yang ditampal di rumah sewa huda malam tadi...


 bait-bait memo itu sedikit pun tidak membuatkan huda rasa berkecil hati dengan penulis nya..bahkan bersyukur kerana masih ada lagi orang yang sudi mengingatkan kita..Alhamdulilah..
  
“Kerana mulut badan binasa!’ Ini merupakan pepatah yang huda pegang setiap kali berada di tempat baru atau suasana baru. huda sudah puas hancur badan dan hati dek kerana penangan mulut yang berbicara ikut sesedap rasa.HUda sudah terlalu banyak menerima pengajaran yang amat dahsyat dek kerana kata-kata dan mulut.

Hati kecil Huda mengetus...Salahkah huda  bertanya...salah kah kita menyoal tentang hak kita berada dirumah sewa itu..atau didikan keluarga huda yang  begitu terbuka sehingga boleh bertanya apa2 soalan jika mendatangkan kemushkilan di jiwa..sedangkan di dunia luar mereka katakan TIDAK....berada di zaman jepun kah huda sekarang ini..tergelak sendiri..:):) 
Persoalan tentang soal bayaran rumah, Bil air dan api, maintanace kerosakan dan lain2x...huda ada hak..hak sebagai pengguna..Malaysia ku yang demokrasi!

ohh.. tapi bila berdepan dengan orang yang selalu anggap diri mereka betul huda jadi tersisih tiba-tiba.. mungkinkah kerana soalan itu menguris hati mereka..maaf kan diri Huda yang serba tidak sempurna ini jika ia berlaku
..ikutkan hati yang amarah..mahu sahaja saya menerjah mereka itu( teerjah yang berhemah)eheheh..tapi dek kerana pesan suami" diam tak semestinya kita salah ayang"...huda surrender..huda tahu kelemahan individu yang bernama manusia..tak lekang dari membuat kesilapan..

Huda akui, sesungguhnya berkata-kata terlalu banyak tidak membawa kebaikan langsung, malah mungkin dengan terlalu banyak berkata-kata akan membuatkan lebih banyak hati yang akan terluka. Benarlah kata-kata ini,

“Kata-kata ibarat pedang yang bisa membunuh lawan.”

Benar!! krn mulut kita boleh kehilangan ramai kawan kerana terlalu banyak berkata-kata.. Semua kerana kata-kata! Kerana kata-kata, sebuah organisasi boleh hancur. Kerana kata-kata, sebuah hubungan boleh musnah! Kerana kata-kata juga, segala apa yang kita amat sayangi dan cintai akan menjauhi kita sejauh-jauhnya.

Huda pernah merasa terbeban kerana mulut. Huda pernah merasa sedih kerana mulut. huda pernah merasa TERTIPU kerana mulut. huda pernah merasa bodoh kerana mulut. Kerana mulut, Huda sememangnya pernah binasa&sakit. Dan Huda tidak sanggup lagi menghadapi kebinasaan itu sekali lagi kerana, membina kekuatan diri dan keyakinan diri setelah hancur binasa itu adalah sesuatu yang bukan mudah untuk Huda lakukan. Apatah lagi untuk melakukannya semula untuk kali kedua. Mohon pengertian dari insan2 yg berada di sekelilingku...

Ya ALLAH! Sentiasa ingatkan aku akan kelukaan-kelukaanku sebelum ini, agar aku sentiasa beringat akan peringatan-peringatanMU.

Huda tahu, ALLAH Maha penyayang! Dugaan demi dugaan datang untuk menguji keimanan huda kepadaNYA. Sesungguhnya dugaan-dugaan yang datang menguji sebenarnya mengajar HUda dan mendidik Huda untuk menjadi seorang manusia yang beriman kepada ALLAH dan khalifah di muka bumi ini. Alhamdulillah…





MENASIHATI ORANG yang BERSALAH , TIDAK SALAH!. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG..

2 ulasan:

Yu berkata...

DORANG RASA BESAR KEPALA...MACAM TULAH....KITA SEBAGAI PENYEWA DITINDAS....SATU JE "HARAM MAKAN DUIT ORANG LAIN WALAU 1SEN PUN".BERINGATLAH AKHIRAT KELAK...TIKET NAK MASUK SYURGA BOLEH BELI KOT DENGAN DUIT "PAU" ORANG.

tamarahuda berkata...

tula sabar je.. penguat iman kita...tak kesah ape yang derang nak cakap n ape yang derang nak buat..!! oohh baru sy rasakan macam mana ayu rasa dulu..uhuksss..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...